Saturday, 31 March 2012

Jom Masuk U


Assalamualaikum

Hari ini aku penat tawaf PWTC, semua tempat aku pergi.

"Pergi mana?"

Ya soalan anda,

"Pergi Karnival Pengajian Tinggi 2012 Jom Masuk U di PWTC"



Tadi aku pergi ikut lawatan sekolah.Memang best, macam-macam ada.Aku pun apa lagi, buat pendaftaranlah untuk semua Universiti dan Kolej yang aku minat.Kalau ada rezeki aku memang nak masuk Universiti Islam Antarabangsa.Inilah Universiti idaman aku.Aku akan ambil jurusan Perakaunan juga.Sama macam yang aku ambil kat sekolah.Bukan apa, maklumlah aku ni minat sangat dengan nombor.Suka guna nombor.

Ohh, kejap tapi yang paling menyeronokkan tadi, aku dapat jumpa Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin. Aku memang minat sangat dengan Tan Sri.Dapat ambil gambar beliau dah cukup buat aku gembira, walaupun tak dapat bergambar dengan beliau.




"Tan Sri, I'm so happy got to see you in person"



Only if we can take picture together, but it's okay.Impian dah pun jadi kenyataan.


Act aku ada ambil video sekali masa Tan Sri nak pasang puzzle tu, tapi aku tak nak masukkan kat sini.Video tu khas untuk aku je.Haha, untuk dijadikan kenangan berjumpa dengan Tan Sri.

Kalau korang tengok Buletin Utama tadi ada pasal Jom Masuk U ni.Time tengok berita tu tadi, aku dah tersenyum-senyum dah, sebab tadi aku ada dalam dewan tu sekali, dengar ucapan Tan Sri. :)

Dalam dewan tu macam-macam kitorang buat, ambil gambar dalam dewan tu.

Ni antara benda yang aku dapat kat PWTC tadi.


Ni beg yang memang disediakan untuk isi segala macam kertas,notebook,pen dan fail.



Inilah dia, benda yang aku dapat tadi, buku hijau ni cantik, tapi lagi cantik kalau warna purple atau pink,haha 
ada fail dengan notebook, memang best dapat free, jimat duit aku tak payah beli buku nota kecil lagi dah.

Okaylah, sampai sini saja.
See you on the next entry,

Assalamualaikum.


Thursday, 29 March 2012

Penat Sangat..Tapi Tak Apa.


Assalamualaikum

Fuhhh! Hari ni serius rasa penat sangat.Kadang-kadang terfikir juga, bila masa aku nak dapat rehat.Asyik bersengkang mata je, semalam tidur pukul 2.10 am, siapkan karangan BM dengan Ekonomi Asas.Nasib baik tak ada homework Akaun.Dapat rehat sekejap.Bulan April atau May ni aku dah nak kena start kerja khusus Prinsip Perakaunan.
Bak kata mak aku tahun lepas masa buat kerja khusus Akaun,
"Mak tengok Syahirah ni macam dah kerja, dengan kertas bertimbun kat depan mata.Lepas tu dengan document dalam laptop tu lagi.Semua kerja Akaun."

Then reply kat emak.
"Kita pun rasa penat sangat, tapi bila fikirkan dah nak SPM tahun depan, kenalah siapkan kerja khusus ni."

sekarang ni dah menjelang tahun baru, dah form 5 dah pun.Memang sah tahun ni aku ambil SPM.Percubaan SPM pula bulan 7 ni.Aku memang tengah berdebar-debar ni.tapi alhamdulillah, emak ayah, kawan-kawan,cikgu-cikgu banyak bagi sokongan.
"TERIMA KASIH SEMUA"

Insya-Allah kalau ada rezeki dapatlah 10A+, hehe... Teringin juga nak dapat result macam tu.Bila tengok Buletin Utama masa keputusan SPM keluar, ramai yang dapat 10A+ 11A+. Bila tengok tu terus rasa bersemangat.
"Kena belajar juga macam ni, nak 10A+ juga"

Kadang-kadang rasa penat sangat, tapi tak apa.Demi emak ayah dan masa depan..kita kenalah usaha lebih, kalau boleh berkali-kali ganda.

Okaylah nak off dulu.Siapkan homework Agama Islam. 
Assalamualaikum.