Thursday 23 August 2012

Best Food For Your Skin Plus A Few Ways To Prevent From Sunburn


Assalamualaikum assalamualaikum

Aku nak share beberapa makanan yang memang bagus punya untuk kulit kita semua.Fuhhh! best beb semalam aku layan cerita Vitamin kat KBS.Padahal dah lewat malam tu, tapi aku excited pula dengar doktor-doktor korea tu bercakap pasal makanan yang bagus untuk kulit kita.

Macam aku dulu memang haram lah pakai pencuci muka semua bagai tu.Kadang-kadang bedak pun aku tak pakai.Rasa leceh weh nak kena letak semua benda tu.Tapi sekarang aku pakai sikit je, sekadar untuk mengelakkan muka daripada berminyak.Tapi kalau pasal makeup, aku memang tak ada semua benda tu..tak reti aku nak pakai.Sedangkan kalau aku pakai lipbalm pun bibir aku terus rasa pedih.I don't know why, allergy maybe.Aku beli makeup sekali seumur hidup time form 4 sebab kena berlakon jadi hantu.Akulah hantu tu,hahahhaaha.But yang paling aku kagum aku dah reti guna pencuci muka tuuu..fuyooo Shurah lagi.Okay sebelum ni mak aku ada belikan jenama Syahirah tapi bila aku pakai muka ni rasa macam gatal-gatal.Terus mak aku tukarkan kepada Shurah.Now i feel much better.

Back to the story untuk entry kali ni aku nak cerita pasal BEST FOOD FOR YOUR SKIN.Haa tu dia excited guna capital letter.Aku tahu mesti ramai antara kita ni tengah mencari produk kecantikan yang elok untuk kesihatan kulit muka dan mungkin ada yang pergi spa untuk manjakan diri selain dapat mencantikkan kulit.Doktor korea semalam cakap faktor utama untuk mencantikkan kulit adalah makanan yang dimakan.Macam aku memang gemar gila dengan TOMATO, pantang nampak mak aku kat dapur nak masak pizza, mesti tomato tu yang aku ambil.Dalam 2 biji, sedapnya yummy!

Doktor tu cakap 3 BEST FOOD FOR YOUR SKIN adalah TOMATO.Alangkah terkejutnya aku time baca subtitle tu, "what! tomato is best food for my skin", dalam hati tak sia-sia rupanya aku kebas mak aku punya tomato selama ni,hehehe.Eating tomato,ketchup,tomato sauce and tomato pasted-top pizza more than two times in a week can reduce the risk of prostate cancer by 21 to 43 percent.Kenapa tetiba je keluar pasal cancer, saja untuk berkongsi maklumat.Tomato ni aku tak tahu apa kebaikan dia dah lupa apa yang doktor tu bagitahu semalam.Japp aku dah ingat lepas aku breakfast tadi, boleh sambung ehh boleh ehh? Tomato are high in Vitamin A, vitamin C, calcium and potassium.Tapi untuk mencantikkan dan menyihatkan kulit muka tomato memang yang terbaik.


Second best food is GRAPE.Haaa yang ni aku memang tak sangka, sebab sebelum ni yang aku tahu apple yang bagus untuk kulit.Thats why lah kalau tengah sedap menikmati apple aku gagahkan juga diri ni untuk telan semua kulit tu, sedangkan tak sedap pun.Aku lebih rela makan kulit timun.Anggur ni baik sebab dia ada  vitamin apa entah.Aku tak ingattt!arghh..Tapi kalau nak kulit yang sihat kenalah makan anggur.Aku tak berapa suka sebab masam ^^ *padahal ada je anggur yang manis, saja je la tuuu. Ohh wait anggur ada tiga jenis tau, warna purple,hijau dan merah.Anggur yang elok untuk mencantikkan kulit adalah anggur purple.Teringat ribena lah pula, kelas kau Syeraaa hehehe.


Makanan ketiga terbaik, aku percaya siapa yang suka gila dengan pizza, dia mesti pernah makan benda ni.Capsicum, nama tak berapa nak glamour cili benggala..but pada aku nama yang paling cute dia Bell Pepper.. unik pula nama dia, i like.Mak aku kalau buat pizza selalu letak capsicum hijau, pada aku yang warna kuning tu rasa dia lain sikit, yang merah tu pun rasa pelik.Warna hijau tu sedap, maybe sebab dia ada rasa pedas-pedas sikit.Maklumlah adik aku kata aku ni hantu cili,pantang nampak benda yang pedas-pedas mesti aku makan dulu.Capsicum mempunyai vitamin A yang tinggi dan bagus untuk kulit yang sihat.Dapat meningkatkan sistem imun dalam badan.Jadi kalau korang pergi makan pizza pesan kat orang tu letak capsicum banyak-banyak.Kalau dia letak sikit je, korang habiskan dulu lepas tu keluar je tak payah bayar.Confirm kau tak dapat masuk kedai dia lagi dah,haha.Tak pun nak best kan, beli siap-siap capsicum tu, potong awal-awal kat rumah, bila pizza dah sampai, korang tinggal tabur je atas pizza.Best weh fresh je rasa cili tu..rangup.


Selain tu juga, untuk mendapatkan kulit yang sihat jangan lupa guna sun block.Yang ni memang penting untuk kulit.Doktor tu ada pesan, untuk mengelakkan kulit kita daripada terkena cahaya matahari yang terlalu kuat pakailah pakaian yang berwarna hitam,biru dan hijau.Sebabnya cahaya matahari datang secara terus dan bila dah tembus baju dia terus kena kulit.tapi bila kita pakai baju warna gelap, semua cahaya tu akan diserap terlebih dahulu pada baju dan mengurangkan panas matahari yang terkena pada kulit.Sebab tu bila pakai baju hitam, korang akan rasa panas sikit sebab semua haba daripada cahaya matahari tu dah diserap dalam baju.tapi hasilnya bagus untuk kesihatan kulit kita.Pakailah baju yang tebal untuk mengelakkan kulit kita terkena cahaya matahari secara terus.


Lagi satu aku nak share tips penjagaan kulit muka melalui cara lain.Selalunya kita kalau basuh muka mesti guna air sejuk betul tak, akulah tu.Sebab malas lah weh nak suamkan air tu, antara panas dan sejuk.Aku buka paip terus basuh muka, baru rasa cool.tapi sebenarnya air panas dan sejuk tidak elok untuk muka, kerana mungkin boleh mematikan sel-sel kulit muka, apa entah doktor tu cakap aku tak ingat.yang pastinya air yang sesuai digunakan untuk mencuci muka ialah air suam.Haaa sebabnya dia boleh memberikan kesegaran pada muka kita.Aku ingat lagi hari tu dah terlampau penat, muka pun rasa tak bermaya sudahnya habis ice cube dalam peti sejuk aku ambil letak dalam mangkuk then siram kat muka.Amik kau menggigil terus aku, haha.Nak sejuk punya pasal rasa beku pipi ni.

Satu lagi, pakai makeup juga dapat menghalang cahaya matahari daripada kena kulit muka kita.Aku tak tahu kenapa, maybe kulit kita ni dah dihalang oleh something kot, thats why lah doktor tu cakap pakai makeup pun merupakan satu cara untuk mengelakkan terkena cahaya yang berlebihan.

Sebenarnya kita tak boleh elak terus cahaya ni, kulit kita juga perlu sedikit cahaya matahari untuk bernafas.Pesanan doktor tu sebelum 9am dan selepas 3pm, itu adalah waktu yang sesuai untuk kulit kita menerima cahaya matahari.Dan paling penting sekurang-kurangnya biarkan kulit kita berada di bawah cahaya matahari selama 10-15 minit.Ini dapat menyihatkan lagi kulit kita.

Selamat mencuba tips ni ye.Aku pun nak try juga duduk bawah cahaya matahari.

p/s : sesiapa yang ada allergy antara ketiga-tiga makanan di atas, jangan terus makan tau.Dapatkan dulu nasihat doktor sama ada sesuai atau tidak untuk dimakan.Sebab aku ada allergy juga, especially seafood.Disebabkan sedap aku telan juga, sudahnya rasa gatal-gatal.
All picture credit to GI

Selamat mencuba ye.,semoga tips ni berguna untuk kita semua.

By ^^

Sunday 12 August 2012

Mencari Idea Yang Lebih Mantap Untuk Habiskan Novel Pertama


Assalamualaikum

Hai semua hai....please hai balik ^^
Wow rajinnya aku hari ahad ni,tiba-tiba je buat entry baru di pagi hari ni ha.Aku tak boleh tidur balik lah maybe sebab hari ni hari ahad dan memang semalam aku dah landing awal kat atas katil.Supaya aku tak mengantuk lepas sahur.Aku dah plan benda yang aku nak buat hari ni.Sekarang pukul 7.15 am, perghh awal gila aku update blog.Banyak cakap pula, okaylah korang semua dah baca tajuk kat atas yang tulisan berangkai tu kan.

mencari idea yang lebih mantap untuk habiskan novel pertama karya aku 
Semua ni disebabkan aku rasa minat aku yang sangat mendalam terhadap novel.Boleh dikatakan hampir 30 buah novel yang aku dah baca, antaranya Bicara Hati *novel wajib baca*, Lafazkan Kalimah Cintamu *memang best, serius aku menangis baca bab yang last-last tu*, Sepupuku Suamiku *novel baik punya*, Sleepless *cerita seram, tak boleh tidur, tapi sedap je aku bermimpi*.

Pada pandangan aku maybe sebab aku suka baca novel,maka aku buat keputusan untuk buat novel sendiri.Dan alhamdulillah, aku berjaya siapkan novel tu sampai bab 31, lebih kurang 7,890 words, 78 pages bersaiz A4 paper.Aku tulis novel ni pun waktu malam, sebab banyak dapat idea.Let me share the synopsis.

~ Nur Reana bahagia dengan hidupnya walaupun dia tidak pernah tahu bagaimana rasa dicintai dan mencintai.Dia menolak cinta tulus daripada Emran Aiman.Tidak ada rasa kasih mahupun cinta buat lelaki itu dan bagaimana pula dia hendak menerimanya.
Lantas dirinya dijadikan buah catur oleh papanya sendiri hanya kerana ingin mengotakan sebuah janji.Hidup bersama Tengku Izwan Affendi ternyata mengheretnya ke kancah penderitaan.Layanan lelaki itu ternyata hanya sementara apabila dia berubah setelah egonya tercabar.Nur Reana keliru.
Kehadiran Tengku Ayuni menambahkan lagi luka di hatinya.Berbagai tohmahan dan cacian dia terima membuatkan Nur Reana lemah.Emran Aiman muncul kembali di sisi Nur Reana, membawa sekali dendam untuk peristiwa yang lalu.
Dapatkah Nur Reana menggenggam kasih Tengku Izwan Affendi di saat dirinya dikeji bersama dendam yang  kekal dihati Emran Aiman.Novel KU GENGGAM KASIHMU mampu merungkai segala rahsia di antara mereka.~ karya Nor Syahirah

Dah baca sinopsis, dah baca kan..kan...Sebenarnya aku tengah cari idea lagi.InsyaAllah kalau ada rezeki, karya pertama aku ni akan siap hujung tahun depan.Since aku nak SPM so tak dapatlah nak tulis sangat.Lepas exam ni baru aku sambung balik.Bila dah siap aku nak hantar manuskrip ni kat Alaf 21.Doakan tau.Aku teringin juga nak tengok novel aku ada kat pasaran.Cover depan warna bluepink dengan tajuk warna putih, kat bawah tu nama aku sebagai penulis.Wow! baru bayangkan dah rasa excited semacam aku dibuatnya,haha.So kita nantikan ye mudah-mudahan ada rezeki aku untuk novel sendiri ni.


get ready, nak ambil gambar ni untuk membuktikan bahawa you all dah baca entry saya kali ni.Tapi kenapa kat background google, dan tulisan tu telah menghalang lens camera saya.oh tidak!

Ok ok, nak iron uniform sek ni.by.chopp! lama betul aku tulis entry, start pukul 7 lebih, ni dah 8.18 baru nak publish.Lol.Semuanya disebabkan internet slow, jadi nak upload gambar ni memerlukan masa.

by *-*
Thanks for reading!


Saturday 11 August 2012

Tidy My Room


Assalamualaikum

Wohooo hari ni hari sabtu dan disebabkan semua homework aku dah siap, maka aku tengah merajinkan diri ni nak kemas bilik.Macam biasa tiap weekend aktiviti aku kemas bilik.Dan macam biasa lah, barang-barang cute wajib dalam bilik aku ni.Yang bertemakan purple pink, wow!

mini blackboard


okay *syahirahliese* official name twitter dengan fb aku.

Japp, tengah sedap menaip jari-jemari aku ni dok ketuk-ketuk keyboard ni, tiba-tiba rasa malas pula nak mengemas,haha.Terserlah yang aku rajin sekejap je.Yeap! aku nak memperajinkan diri balik ni.Chopp! setelah lama aku tengok bilik aku ni, ye aku perlu mengemas.Buku revision dah berselerak kat atas meja belajar aku ni.Side table ni pun dah macam apa, hp,camera,calendar,PD,perfume semua dah bercampur-aduk.Okaylah, aku memang kena kemas bilik aku dulu ni.

see ya,
selamat berbuka puasa

Monday 6 August 2012

Toothache!!


Assalamualaikum

Adoiiiii! haa amek kau.Sakit gigi aku ni dah berbulan-bulan rasanya.*sambil menumbuk-numbuk bantal menahan sakit.Serius oh aku rasa nak cabut je gigi ni.Bukan satu yang sakit, tapi 3.Macam mana aku nak makan? Sedangkan minum air pun dah terasa pedih.Kiri kanan pula tu.Sakit oh.

Ok let me tell you something, aku ni jenis yang suka makan.Jadi big problem bila gigi aku dah mula sakit, and macam mana aku nak makan semua makanan tu, takkan kalau makan aku kena terus telan je benda tu tanpa kunyah bagi hancur.Setahu aku masa mula-mula aku pergi jumpa dentist nak cabut gigi pun, aku baru berusia 8 tahun.Wow, mudanya! Memang seram sejuk aku bila nampak je Doctor tu masuk sambil tersenyum memandang ke arahku.Makkk aii kecut perut dibuatnya.Aku masih mampu menahan airmata tatkala gigi comelku ditanggalkan dari mulutku.Dah hilang satu benda yang berharga dalam hidup aku ni.

Lepas cabut satu gigi, aku tak pernah pergi jumpa Dr dah kalau rasa gigi tu akan tertanggal.Sebab masa aku 10 tahun, gigi aku akan tanggal sendiri.Magic gitu..:D Tiba-tiba kenapa dan mengapa harus setelah aku berusia 17 tahun,I've got toothache, adakah aku harus pergi ke klinik gigi, perlukah aku cabut lagi 3 gigi ni.Atau biarkannya saja, tapi macam mana aku nak makan.Huaaaaaaa, aku rasa sedih sekali.


Aku rasa kartun ni masih mampu tahan rasa sakit.Yang aku ni habis semua bantal aku jadi mangsa.Ya Allah sakitnya..tak terkata.Aku rasa sakit dia tak sama macam time jari aku kena pisau sebab excited potong bawang.Sakit dia lain macam benar.

So cara untuk hilangkan rasa sakit gigi adalah seperti berikut;-
Ayah aku cakap ambil beberapa bunga cengkih dan kunyah.Awww tak sanggup aku.Dahlah kena letak kat gigi yang sakit tu, lepas tu kunyah.Aku cakap kat ayah aku, "tak apalah ayah, kita guna garam je"
Aku pergi dapur ambil garam larutkan dalam air panas lepas tu kumur-kumur.Kau bayangkan lepas berbuka air bukan main sedap lagi...punch tropica tu, tak pasal-pasal hilang terus rasa dia sebab dah timbul rasa garam tu.Cis! tak apa, malam ni time berbuka aku akan minum air tu puas-puas.By by garam.Saya tak sukalah kumur-kumur awak, rasa masin sangat.Eh ada ke garam manis?! 

Okaylah.
aku nak siapkan kerja akaun dulu, assalamualaikum
Selamat Berbuka

Sunday 5 August 2012

Wedges


Assalamualaikum

I just snap this photo :)
Got nothing to do..so play with the camera and do some editing.
Actually this is my wedges that i bought last year, not too expensive berbaloi untuk pakai bila keluar jalan-jalan.Simple wedges.


By



Friday 3 August 2012

Cara Mudah Untuk Mengingat dan Menghafal


Assalamualaikum

Hai.Hello.Annyeonghaseyo.Wow, tiba-tiba aku jadi semakin bersemangat nak tulis entry ni.Kenapa ni.Adakah gara-gara internet semakin laju, ataupun kerana aku dapat cuti sampai Isnin depan? Hehehe, sebabnya dah nak dekat raya..weee nanti mak dengan ayah bagi duit raya.Tak sabar nak berbelanja.Aku dah plan ni nak beli barang yang comel ala-ala jepun gitu. :D 

Sebenarnya aku dah nak exam ni.Trial SPM lepas raya.Perghh aku tak ready lagi, baru 65%.Macam mana ni, makin lama aku menghadap jadual trial SPM tu, makin berdebar-debar jantung aku.Lajunya mak aii, seram.Tak sangka aku akan menduduki peperiksaan paling besar dalam hidup aku lepas UPSR dan PMR.Sekarang masa untuk aku pula ambil exam tu.Kalau masa zaman sek rendah dulu tu bukan main seronok lagi aku main kejar-kejar, hide-and-seek,main masak-masak,layan game Barbie fav aku yang kena hias istana semua bagai tu.Tupp! tupp! semua tu dah berlalu.Sekarang aku kena fokus untuk trial dan exam bulan 11 ni.

Untuk entry kali ni aku nak berkongsi tips untuk mudah mengingat dan menghafal.Kebanyakan subjek form 4&5 menggunakan formula dan ada banyak isi-isi penting yang aku perlu ingat dan hafal.Jadi sememangnya aku kena menghafal benda tu.Tak semua perkara perlu hafal, ada yang cukup sekadar memahami.What i mean is macam akaun,dan addmath.Subjek ni ada benda yang aku kena hafal dan aku memang tengah cuba untuk menghafal.Kalau addmath pula aku kena ingat step dia satu persatu.

Here are a few ways untuk mudah mengingat dan menghafal

Firstly,mula untuk belajar awal.Contohnya malam-malam kalau tak boleh tidur, bukalah buku yang ada kaitan dengan subjek esok hari.Macam aku selalu baca buku malam, sebab tak boleh tidur.Tapi pernah juga jadi kat aku time tengah sedap baca buku Sejarah pukul 12 lebih, malam ni..sebab esok nak exam,entah macam mana aku sedar-sedar je dah pagi, yang paling syok buku tu kat atas muka aku, rupa-rupanya aku tertidur masa tengah baca buku sambil baring, nasib baik benda yang aku baca tu masuk dalam kepala,hehe.Kalau aku rajin aku bacalah buku time malam.If penat sangat aku rehat je tengok tv layan cerita hantu kat Box Office.Ada satu artikel tu aku baca, belajar pada waktu malam memudahkan kita mengingat kerana keadaan yang sunyi sepi.Tapi lebih baik dilakukan pada akhir malam, sebelum Subuh.

Yang kedua pula, membuat ulangkaji.Aku pernah amalkan benda ni, alhamdulillah memang berkesan.Aku just selak-selak buku macam tu je.Tak adalah sampai berjam-jam, dalam 20 minit je.Tapi memang berkesan, sebabnya anda mengulangkaji perkara yang sudah dipelajari di sek.

Ketiga, belajar menggunakan deria.Haa yang ni senang.Aku buat benda ni kalau dah nak dekat exam je,heeee.Selalunya aku baca je buku, tapi sekarang ni aku rasa tangan aku semakin rajin untuk buat nota kat dalam kertas-kertas kecil lepas tu tampal kat dinding.Dah macam tempat letak order pun ada bilik aku tu.Bila kita baca, mata kita melihat dan mulut kita bergerak, serta telinga mendengar.Tapi bila kita tulis, semua benda yang ditulis tu akan dihantar ke otak.Sebab tu jugalah kita lebih mudah mengingat bila kita menulis.Ini kerana otak kita dah set benda tu kat dalam kepala.Jadi lebih senang untuk kita ingat.
Nota-nota ni yang lama punya, kat mini blackboard to korang boleh nampak 'Mid Year Exam, 23/05/12'.Nanti aku tukar pula 'Trial SPM', hehe.Aku nampak something kat gambar ni, mouse pad Girls' Generation :D tak pernah guna lagi, mouse aku rosak...sedihhhhh



Keempat, aku paling suka cara ni.Menggunakan gambar! Yes aku suka.Hari tu aku ada buat ujian apa entah dah lupa.*ni mesti sebab aku tak baca balik paper tu,hehe.Bila ujian tu dah selesai, aku dapati yang sebenarnya aku mudah belajar menggunakan gambar.Kerana aku jenis orang Visual.Cikgu aku cakap orang visual belajar menggunakan gambar.Aku mengaku benda tu berkesan, tapi aku juga perlu gunakan banyak perkataan dan info menarik untuk setiap gambar tu.So hari tu time nak exam science aku memang lupa dah nama-nama sel dengan bentuk dia.Sudahnya aku tatap gambar sel-sel yang tak berapa nak menarik tu, lepastu aku tengok susunan dengan nama dia.Dapat je science paper 1, aku tengok ada soalan pasal sel.Alhamdulillah aku dapat jawab benda tu.Dan benda yang you all kena ingat ialah, gambar yang berwarna lebih senang berbanding gambar yang black&white.Ini kerana otak lebih memberi respons kepada benda yang bergambar serta berwarna.Ni contoh gambarnya.Mind map benda yang mudah untuk buat.Tapi aku tak pernah guna mind map, sebab malas nak buat lukisan comel-comel tu.


credit Google Images GI

Fifth,ikhlaskan niat dan perbanyakan amalan kepada Allah SWT.Sebagai umat Islam benda ni wajib.Sebelum belajar kita memang perlu berdoa dan bermohon kepada Allah SWT agar memudahkan sesi pembelajaran dan semoga semua yang dipelajari akan sentiasa diingati.Setiap kali sebelum melangkah keluar rumah untuk ke sek, baca doa dan berniat untuk menimba ilmu dan minta bantuan daripada Allah SWT agar semua benda yang kita belajar akan mudah difahami dan diingati.InsyaAllah senang untuk kita menuntut ilmu.

Okaylah sampai sini je aku nak tulis.Semoga tips ni dapat membantu you all.
Nak tengok Running Man, Kim Soo Hyun artis jemputan.
By,
Selamat Berbuka Puasa.

Wednesday 1 August 2012

Instagram.?


Assalamualaikum

Selamat berbuka puasa ye kepada semua umat Islam.Lagi berapa jam je lagi akan berbuka.

Aku tahu mesti korang semua ni pernah dengar pasal instagram kan? Sure punya pernah dengar.Tapi aku? Aku baru dengar pasal instagram ni.Rasanya 2 bulan yang lalu aku dengar pasal instagram.Masa aku tahu je pasal instagram ni, macam biasalah aku buat tak tahu je,Malas nak ambil tahu sangat.Sampai satu hari adik aku ni sibuklah dok bergambar sana sini.Pening aku tengok, dalam hati tu tertanya-tanya juga apa yang dia buat.Ada something new ke kan.Rupa-rupanya dia ambil gambar benda yang ada depan mata dia lepas tu dia edit semua gambar tu.Aku pun tiba-tiba rasa macam nak mem-busy-body-kan diri ni kat dia.Time tu aku duduk sebelah sambil tanya apa dia buat.Serius aku tak faham apa yang dia dok edit tu.Disebabkan rasa ingin tahu aku terus minta dia ajar.At that time baru aku sedar yang sebenarnya benda tu adalah instagram.,hehehe

So tadi masa tengah sedap-sedap buat hw addmath form 5 chapter 8 yang Probability Distribution tu, mata aku ni terpandangkan hp mak aku kat atas meja.Makin lama makin tertarik pula, sudahnya aku pinjam dari mak aku.Tangan ni rasa best pula dok ambil gambar.Gambar pertama yang aku ambil paper addmath ni ha.


Boleh nampakkan jawapan2 disitu. :D 

Tak cukup tu aku ambil gambar lain pula.

Ni gambar memang klasik.Aku ambil dari photo album mak aku.Time ni lunch sekali sambut birthday aku,masa bulan 5.Ok my mouth watering :) Chicken lasagna with chocolate cheese cake.Thanks mom belanja kek untuk birthday.Secret Recipe thank you.



Act ni bekas letak lilin.Aku main ambil je, saja nak main instagram.Biar aku promote, bekas ni you alls boleh dapatkan di Jusco dengan harga...sorry aku dah lupa harga dia.Lilin beli asing.


Gambar kunci ni pun aku ambil.Betapa seronoknya aku main instagram.sHahirah instead of sYahirah.Tapi tak apa,masih ada sebutan nama aku Syahirah :)

Okaylah, motif aku buat entry ni saja je suka-suka.Aku nak share tentang kemudahan instagram ni.Kat sini pun korang boleh edit gambar.Antara benda yang paling menarik ada pada instagram ni..you can see the world in square.I love the size of the photo.Also you can add borders,instagram has some really cool borders to incorporate into your shoots.Boleh dikatakan memang senang untuk kita edit gambar.The last one is capturing the beauty.Instagram is for anyone and everyone.In a day where we always carry the phones, there is nothing more lovely than having the ability to see and capture art wherever we go.Okay,Falling in love with instagram.

Till then,
see you soon
insyaAllah

by