Sunday, 12 August 2012

Mencari Idea Yang Lebih Mantap Untuk Habiskan Novel Pertama


Assalamualaikum

Hai semua hai....please hai balik ^^
Wow rajinnya aku hari ahad ni,tiba-tiba je buat entry baru di pagi hari ni ha.Aku tak boleh tidur balik lah maybe sebab hari ni hari ahad dan memang semalam aku dah landing awal kat atas katil.Supaya aku tak mengantuk lepas sahur.Aku dah plan benda yang aku nak buat hari ni.Sekarang pukul 7.15 am, perghh awal gila aku update blog.Banyak cakap pula, okaylah korang semua dah baca tajuk kat atas yang tulisan berangkai tu kan.

mencari idea yang lebih mantap untuk habiskan novel pertama karya aku 
Semua ni disebabkan aku rasa minat aku yang sangat mendalam terhadap novel.Boleh dikatakan hampir 30 buah novel yang aku dah baca, antaranya Bicara Hati *novel wajib baca*, Lafazkan Kalimah Cintamu *memang best, serius aku menangis baca bab yang last-last tu*, Sepupuku Suamiku *novel baik punya*, Sleepless *cerita seram, tak boleh tidur, tapi sedap je aku bermimpi*.

Pada pandangan aku maybe sebab aku suka baca novel,maka aku buat keputusan untuk buat novel sendiri.Dan alhamdulillah, aku berjaya siapkan novel tu sampai bab 31, lebih kurang 7,890 words, 78 pages bersaiz A4 paper.Aku tulis novel ni pun waktu malam, sebab banyak dapat idea.Let me share the synopsis.

~ Nur Reana bahagia dengan hidupnya walaupun dia tidak pernah tahu bagaimana rasa dicintai dan mencintai.Dia menolak cinta tulus daripada Emran Aiman.Tidak ada rasa kasih mahupun cinta buat lelaki itu dan bagaimana pula dia hendak menerimanya.
Lantas dirinya dijadikan buah catur oleh papanya sendiri hanya kerana ingin mengotakan sebuah janji.Hidup bersama Tengku Izwan Affendi ternyata mengheretnya ke kancah penderitaan.Layanan lelaki itu ternyata hanya sementara apabila dia berubah setelah egonya tercabar.Nur Reana keliru.
Kehadiran Tengku Ayuni menambahkan lagi luka di hatinya.Berbagai tohmahan dan cacian dia terima membuatkan Nur Reana lemah.Emran Aiman muncul kembali di sisi Nur Reana, membawa sekali dendam untuk peristiwa yang lalu.
Dapatkah Nur Reana menggenggam kasih Tengku Izwan Affendi di saat dirinya dikeji bersama dendam yang  kekal dihati Emran Aiman.Novel KU GENGGAM KASIHMU mampu merungkai segala rahsia di antara mereka.~ karya Nor Syahirah

Dah baca sinopsis, dah baca kan..kan...Sebenarnya aku tengah cari idea lagi.InsyaAllah kalau ada rezeki, karya pertama aku ni akan siap hujung tahun depan.Since aku nak SPM so tak dapatlah nak tulis sangat.Lepas exam ni baru aku sambung balik.Bila dah siap aku nak hantar manuskrip ni kat Alaf 21.Doakan tau.Aku teringin juga nak tengok novel aku ada kat pasaran.Cover depan warna bluepink dengan tajuk warna putih, kat bawah tu nama aku sebagai penulis.Wow! baru bayangkan dah rasa excited semacam aku dibuatnya,haha.So kita nantikan ye mudah-mudahan ada rezeki aku untuk novel sendiri ni.


get ready, nak ambil gambar ni untuk membuktikan bahawa you all dah baca entry saya kali ni.Tapi kenapa kat background google, dan tulisan tu telah menghalang lens camera saya.oh tidak!

Ok ok, nak iron uniform sek ni.by.chopp! lama betul aku tulis entry, start pukul 7 lebih, ni dah 8.18 baru nak publish.Lol.Semuanya disebabkan internet slow, jadi nak upload gambar ni memerlukan masa.

by *-*
Thanks for reading!


No comments:

Post a Comment