Assalamualaikum assalamualaikum
Aku nak share beberapa makanan yang memang bagus punya untuk kulit kita semua.Fuhhh! best beb semalam aku layan cerita Vitamin kat KBS.Padahal dah lewat malam tu, tapi aku excited pula dengar doktor-doktor korea tu bercakap pasal makanan yang bagus untuk kulit kita.
Macam aku dulu memang haram lah pakai pencuci muka semua bagai tu.Kadang-kadang bedak pun aku tak pakai.Rasa leceh weh nak kena letak semua benda tu.Tapi sekarang aku pakai sikit je, sekadar untuk mengelakkan muka daripada berminyak.Tapi kalau pasal makeup, aku memang tak ada semua benda tu..tak reti aku nak pakai.Sedangkan kalau aku pakai lipbalm pun bibir aku terus rasa pedih.I don't know why, allergy maybe.Aku beli makeup sekali seumur hidup time form 4 sebab kena berlakon jadi hantu.Akulah hantu tu,hahahhaaha.But yang paling aku kagum aku dah reti guna pencuci muka tuuu..fuyooo Shurah lagi.Okay sebelum ni mak aku ada belikan jenama Syahirah tapi bila aku pakai muka ni rasa macam gatal-gatal.Terus mak aku tukarkan kepada Shurah.Now i feel much better.
Back to the story untuk entry kali ni aku nak cerita pasal BEST FOOD FOR YOUR SKIN.Haa tu dia excited guna capital letter.Aku tahu mesti ramai antara kita ni tengah mencari produk kecantikan yang elok untuk kesihatan kulit muka dan mungkin ada yang pergi spa untuk manjakan diri selain dapat mencantikkan kulit.Doktor korea semalam cakap faktor utama untuk mencantikkan kulit adalah makanan yang dimakan.Macam aku memang gemar gila dengan TOMATO, pantang nampak mak aku kat dapur nak masak pizza, mesti tomato tu yang aku ambil.Dalam 2 biji, sedapnya yummy!
Doktor tu cakap 3 BEST FOOD FOR YOUR SKIN adalah TOMATO.Alangkah terkejutnya aku time baca subtitle tu, "what! tomato is best food for my skin", dalam hati tak sia-sia rupanya aku kebas mak aku punya tomato selama ni,hehehe.Eating tomato,ketchup,tomato sauce and tomato pasted-top pizza more than two times in a week can reduce the risk of prostate cancer by 21 to 43 percent.Kenapa tetiba je keluar pasal cancer, saja untuk berkongsi maklumat.Tomato ni aku tak tahu apa kebaikan dia dah lupa apa yang doktor tu bagitahu semalam.Japp aku dah ingat lepas aku breakfast tadi, boleh sambung ehh boleh ehh? Tomato are high in Vitamin A, vitamin C, calcium and potassium.Tapi untuk mencantikkan dan menyihatkan kulit muka tomato memang yang terbaik.
Second best food is GRAPE.Haaa yang ni aku memang tak sangka, sebab sebelum ni yang aku tahu apple yang bagus untuk kulit.Thats why lah kalau tengah sedap menikmati apple aku gagahkan juga diri ni untuk telan semua kulit tu, sedangkan tak sedap pun.Aku lebih rela makan kulit timun.Anggur ni baik sebab dia ada vitamin apa entah.Aku tak ingattt!arghh..Tapi kalau nak kulit yang sihat kenalah makan anggur.Aku tak berapa suka sebab masam ^^ *padahal ada je anggur yang manis, saja je la tuuu. Ohh wait anggur ada tiga jenis tau, warna purple,hijau dan merah.Anggur yang elok untuk mencantikkan kulit adalah anggur purple.Teringat ribena lah pula, kelas kau Syeraaa hehehe.
Makanan ketiga terbaik, aku percaya siapa yang suka gila dengan pizza, dia mesti pernah makan benda ni.Capsicum, nama tak berapa nak glamour cili benggala..but pada aku nama yang paling cute dia Bell Pepper.. unik pula nama dia, i like.Mak aku kalau buat pizza selalu letak capsicum hijau, pada aku yang warna kuning tu rasa dia lain sikit, yang merah tu pun rasa pelik.Warna hijau tu sedap, maybe sebab dia ada rasa pedas-pedas sikit.Maklumlah adik aku kata aku ni hantu cili,pantang nampak benda yang pedas-pedas mesti aku makan dulu.Capsicum mempunyai vitamin A yang tinggi dan bagus untuk kulit yang sihat.Dapat meningkatkan sistem imun dalam badan.Jadi kalau korang pergi makan pizza pesan kat orang tu letak capsicum banyak-banyak.Kalau dia letak sikit je, korang habiskan dulu lepas tu keluar je tak payah bayar.Confirm kau tak dapat masuk kedai dia lagi dah,haha.Tak pun nak best kan, beli siap-siap capsicum tu, potong awal-awal kat rumah, bila pizza dah sampai, korang tinggal tabur je atas pizza.Best weh fresh je rasa cili tu..rangup.
Selain tu juga, untuk mendapatkan kulit yang sihat jangan lupa guna sun block.Yang ni memang penting untuk kulit.Doktor tu ada pesan, untuk mengelakkan kulit kita daripada terkena cahaya matahari yang terlalu kuat pakailah pakaian yang berwarna hitam,biru dan hijau.Sebabnya cahaya matahari datang secara terus dan bila dah tembus baju dia terus kena kulit.tapi bila kita pakai baju warna gelap, semua cahaya tu akan diserap terlebih dahulu pada baju dan mengurangkan panas matahari yang terkena pada kulit.Sebab tu bila pakai baju hitam, korang akan rasa panas sikit sebab semua haba daripada cahaya matahari tu dah diserap dalam baju.tapi hasilnya bagus untuk kesihatan kulit kita.Pakailah baju yang tebal untuk mengelakkan kulit kita terkena cahaya matahari secara terus.
Lagi satu aku nak share tips penjagaan kulit muka melalui cara lain.Selalunya kita kalau basuh muka mesti guna air sejuk betul tak, akulah tu.Sebab malas lah weh nak suamkan air tu, antara panas dan sejuk.Aku buka paip terus basuh muka, baru rasa cool.tapi sebenarnya air panas dan sejuk tidak elok untuk muka, kerana mungkin boleh mematikan sel-sel kulit muka, apa entah doktor tu cakap aku tak ingat.yang pastinya air yang sesuai digunakan untuk mencuci muka ialah air suam.Haaa sebabnya dia boleh memberikan kesegaran pada muka kita.Aku ingat lagi hari tu dah terlampau penat, muka pun rasa tak bermaya sudahnya habis ice cube dalam peti sejuk aku ambil letak dalam mangkuk then siram kat muka.Amik kau menggigil terus aku, haha.Nak sejuk punya pasal rasa beku pipi ni.
Satu lagi, pakai makeup juga dapat menghalang cahaya matahari daripada kena kulit muka kita.Aku tak tahu kenapa, maybe kulit kita ni dah dihalang oleh something kot, thats why lah doktor tu cakap pakai makeup pun merupakan satu cara untuk mengelakkan terkena cahaya yang berlebihan.
Sebenarnya kita tak boleh elak terus cahaya ni, kulit kita juga perlu sedikit cahaya matahari untuk bernafas.Pesanan doktor tu sebelum 9am dan selepas 3pm, itu adalah waktu yang sesuai untuk kulit kita menerima cahaya matahari.Dan paling penting sekurang-kurangnya biarkan kulit kita berada di bawah cahaya matahari selama 10-15 minit.Ini dapat menyihatkan lagi kulit kita.
Selamat mencuba tips ni ye.Aku pun nak try juga duduk bawah cahaya matahari.
p/s : sesiapa yang ada allergy antara ketiga-tiga makanan di atas, jangan terus makan tau.Dapatkan dulu nasihat doktor sama ada sesuai atau tidak untuk dimakan.Sebab aku ada allergy juga, especially seafood.Disebabkan sedap aku telan juga, sudahnya rasa gatal-gatal.
All picture credit to GI
Selamat mencuba ye.,semoga tips ni berguna untuk kita semua.
By ^^
No comments:
Post a Comment