Friday, 3 August 2012

Cara Mudah Untuk Mengingat dan Menghafal


Assalamualaikum

Hai.Hello.Annyeonghaseyo.Wow, tiba-tiba aku jadi semakin bersemangat nak tulis entry ni.Kenapa ni.Adakah gara-gara internet semakin laju, ataupun kerana aku dapat cuti sampai Isnin depan? Hehehe, sebabnya dah nak dekat raya..weee nanti mak dengan ayah bagi duit raya.Tak sabar nak berbelanja.Aku dah plan ni nak beli barang yang comel ala-ala jepun gitu. :D 

Sebenarnya aku dah nak exam ni.Trial SPM lepas raya.Perghh aku tak ready lagi, baru 65%.Macam mana ni, makin lama aku menghadap jadual trial SPM tu, makin berdebar-debar jantung aku.Lajunya mak aii, seram.Tak sangka aku akan menduduki peperiksaan paling besar dalam hidup aku lepas UPSR dan PMR.Sekarang masa untuk aku pula ambil exam tu.Kalau masa zaman sek rendah dulu tu bukan main seronok lagi aku main kejar-kejar, hide-and-seek,main masak-masak,layan game Barbie fav aku yang kena hias istana semua bagai tu.Tupp! tupp! semua tu dah berlalu.Sekarang aku kena fokus untuk trial dan exam bulan 11 ni.

Untuk entry kali ni aku nak berkongsi tips untuk mudah mengingat dan menghafal.Kebanyakan subjek form 4&5 menggunakan formula dan ada banyak isi-isi penting yang aku perlu ingat dan hafal.Jadi sememangnya aku kena menghafal benda tu.Tak semua perkara perlu hafal, ada yang cukup sekadar memahami.What i mean is macam akaun,dan addmath.Subjek ni ada benda yang aku kena hafal dan aku memang tengah cuba untuk menghafal.Kalau addmath pula aku kena ingat step dia satu persatu.

Here are a few ways untuk mudah mengingat dan menghafal

Firstly,mula untuk belajar awal.Contohnya malam-malam kalau tak boleh tidur, bukalah buku yang ada kaitan dengan subjek esok hari.Macam aku selalu baca buku malam, sebab tak boleh tidur.Tapi pernah juga jadi kat aku time tengah sedap baca buku Sejarah pukul 12 lebih, malam ni..sebab esok nak exam,entah macam mana aku sedar-sedar je dah pagi, yang paling syok buku tu kat atas muka aku, rupa-rupanya aku tertidur masa tengah baca buku sambil baring, nasib baik benda yang aku baca tu masuk dalam kepala,hehe.Kalau aku rajin aku bacalah buku time malam.If penat sangat aku rehat je tengok tv layan cerita hantu kat Box Office.Ada satu artikel tu aku baca, belajar pada waktu malam memudahkan kita mengingat kerana keadaan yang sunyi sepi.Tapi lebih baik dilakukan pada akhir malam, sebelum Subuh.

Yang kedua pula, membuat ulangkaji.Aku pernah amalkan benda ni, alhamdulillah memang berkesan.Aku just selak-selak buku macam tu je.Tak adalah sampai berjam-jam, dalam 20 minit je.Tapi memang berkesan, sebabnya anda mengulangkaji perkara yang sudah dipelajari di sek.

Ketiga, belajar menggunakan deria.Haa yang ni senang.Aku buat benda ni kalau dah nak dekat exam je,heeee.Selalunya aku baca je buku, tapi sekarang ni aku rasa tangan aku semakin rajin untuk buat nota kat dalam kertas-kertas kecil lepas tu tampal kat dinding.Dah macam tempat letak order pun ada bilik aku tu.Bila kita baca, mata kita melihat dan mulut kita bergerak, serta telinga mendengar.Tapi bila kita tulis, semua benda yang ditulis tu akan dihantar ke otak.Sebab tu jugalah kita lebih mudah mengingat bila kita menulis.Ini kerana otak kita dah set benda tu kat dalam kepala.Jadi lebih senang untuk kita ingat.
Nota-nota ni yang lama punya, kat mini blackboard to korang boleh nampak 'Mid Year Exam, 23/05/12'.Nanti aku tukar pula 'Trial SPM', hehe.Aku nampak something kat gambar ni, mouse pad Girls' Generation :D tak pernah guna lagi, mouse aku rosak...sedihhhhh



Keempat, aku paling suka cara ni.Menggunakan gambar! Yes aku suka.Hari tu aku ada buat ujian apa entah dah lupa.*ni mesti sebab aku tak baca balik paper tu,hehe.Bila ujian tu dah selesai, aku dapati yang sebenarnya aku mudah belajar menggunakan gambar.Kerana aku jenis orang Visual.Cikgu aku cakap orang visual belajar menggunakan gambar.Aku mengaku benda tu berkesan, tapi aku juga perlu gunakan banyak perkataan dan info menarik untuk setiap gambar tu.So hari tu time nak exam science aku memang lupa dah nama-nama sel dengan bentuk dia.Sudahnya aku tatap gambar sel-sel yang tak berapa nak menarik tu, lepastu aku tengok susunan dengan nama dia.Dapat je science paper 1, aku tengok ada soalan pasal sel.Alhamdulillah aku dapat jawab benda tu.Dan benda yang you all kena ingat ialah, gambar yang berwarna lebih senang berbanding gambar yang black&white.Ini kerana otak lebih memberi respons kepada benda yang bergambar serta berwarna.Ni contoh gambarnya.Mind map benda yang mudah untuk buat.Tapi aku tak pernah guna mind map, sebab malas nak buat lukisan comel-comel tu.


credit Google Images GI

Fifth,ikhlaskan niat dan perbanyakan amalan kepada Allah SWT.Sebagai umat Islam benda ni wajib.Sebelum belajar kita memang perlu berdoa dan bermohon kepada Allah SWT agar memudahkan sesi pembelajaran dan semoga semua yang dipelajari akan sentiasa diingati.Setiap kali sebelum melangkah keluar rumah untuk ke sek, baca doa dan berniat untuk menimba ilmu dan minta bantuan daripada Allah SWT agar semua benda yang kita belajar akan mudah difahami dan diingati.InsyaAllah senang untuk kita menuntut ilmu.

Okaylah sampai sini je aku nak tulis.Semoga tips ni dapat membantu you all.
Nak tengok Running Man, Kim Soo Hyun artis jemputan.
By,
Selamat Berbuka Puasa.

4 comments: