Assalamualaikum
Hari ini aku penat tawaf PWTC, semua tempat aku pergi.
"Pergi mana?"
Ya soalan anda,
"Pergi Karnival Pengajian Tinggi 2012 Jom Masuk U di PWTC"
Tadi aku pergi ikut lawatan sekolah.Memang best, macam-macam ada.Aku pun apa lagi, buat pendaftaranlah untuk semua Universiti dan Kolej yang aku minat.Kalau ada rezeki aku memang nak masuk Universiti Islam Antarabangsa.Inilah Universiti idaman aku.Aku akan ambil jurusan Perakaunan juga.Sama macam yang aku ambil kat sekolah.Bukan apa, maklumlah aku ni minat sangat dengan nombor.Suka guna nombor.
Ohh, kejap tapi yang paling menyeronokkan tadi, aku dapat jumpa Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin. Aku memang minat sangat dengan Tan Sri.Dapat ambil gambar beliau dah cukup buat aku gembira, walaupun tak dapat bergambar dengan beliau.
"Tan Sri, I'm so happy got to see you in person"
Only if we can take picture together, but it's okay.Impian dah pun jadi kenyataan.
Act aku ada ambil video sekali masa Tan Sri nak pasang puzzle tu, tapi aku tak nak masukkan kat sini.Video tu khas untuk aku je.Haha, untuk dijadikan kenangan berjumpa dengan Tan Sri.
Kalau korang tengok Buletin Utama tadi ada pasal Jom Masuk U ni.Time tengok berita tu tadi, aku dah tersenyum-senyum dah, sebab tadi aku ada dalam dewan tu sekali, dengar ucapan Tan Sri. :)
Dalam dewan tu macam-macam kitorang buat, ambil gambar dalam dewan tu.
Ni antara benda yang aku dapat kat PWTC tadi.
Ni beg yang memang disediakan untuk isi segala macam kertas,notebook,pen dan fail.
Inilah dia, benda yang aku dapat tadi, buku hijau ni cantik, tapi lagi cantik kalau warna purple atau pink,haha
ada fail dengan notebook, memang best dapat free, jimat duit aku tak payah beli buku nota kecil lagi dah.
Okaylah, sampai sini saja.
See you on the next entry,
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment