Friday, 12 October 2012

SPM Just Around The Corner..Tetiba Rasa Nak Makan Popcorn.


Assalamualaikum

I miss you all lahh! Dah lama rasanya aku tak buka blog ni.Jarak besar yang amat sangat kalau you all tengok my last entry was on september..see, sekarang dah bulan 10.Ngeri ni rasa seram sejuk je badan aku.Mana taknya masuk je dalam bilik nampak calendar dah siap tercatat 5 November *SPM.Pusing kanan nampak meja belajar siap dengan buku rujukan, nota kecil yang dah bertambah kat dinding bilik aku tu haa.

Kenapa aku perlu jadi mangsa SPM, kenapa bukan mangsa UPSR je.Sekurang-kurangnya yakin juga aku nak jawab sains bab-bab planet ni.Baru syok! Tapi tahun ni SPM yang pemangsa tu dah memilih aku sebagai mangsa baru dia, kerana aku lahir tahun 1995, dah wajib untuk aku exam besar ni.Huhuhu, harap-harap semuanya berjalan lancar ye, Amin..

.....Malam ni aku tak tahu nak buat apa..sekarang ni aku tengah menaip, tengah malam nanti aku rasa nak melayan drama pula.Rehatkan kepala setelah 5 hari dalam minggu ni aku belajar.Chopp! aku nak buat promosi secara percuma kepada you all untuk tengok drama baru Nice Guy kat Mykimchidrama.com.Ada Song Joong Ki dengan Lee Kwang Soo dari Running Man berlakon..Huarghhh aku sebenarnya nak menangis sangat-sangat ni sebab rasa macam ketinggalan zaman gila-gila.Drama yang aku tengok ni dah episod 10, tapi baru nak promote, maklumlah dah berminggu aku tak buka blog ni.Sebab tu dah bersawang serta berhabuk.Nantilah aku pinjam penyapu mak aku bersihkan blog supaya you all rasa kagum dan terpesona bila tengok blog aku ni nanti berwajah baru..From purple to dust pink, kalau boleh header aku yang pegang cawan tu pun aku nak tukar.Sidebar pun aku nak edit sikit.Insya Allah lepas exam besar ni, setelah aku berjaya melepaskan diri dari SPM bulan 12 nanti.


My Pillo..kucing kesayangan.Gambar ni pun aku ambil 2 hari lepas.Rasanya, aku dah lupa ingatan sikit sejak terhantuk dinding hari tu.Sakit tuu..Kenapa aku letak gambar Pillo haa? Padahal tak ada kena mengena dengan SPM, tak apalah kerana bagiku Pillo begitu berharga.Apasal dengan aku ni semakin merepek bila dah tak tahu nak tulis apa.


Bunga ni pun aku ambil kat belakang rumah, tengah sedap meronda mengadakan lawatan sambil membuang masa aku tu kat rumah ternampak pula bunga ni, terus ambil gambar.Tetiba rasa macam nak jadi photographer pula.Perghh jauh gila dengan jurusan yang aku ambil sekarang ni.Ayah suruh ambil law atau interior design, aku teringin nak ambil business managment tapi dalam masa yang sama macam nak jadi pramugari.Sepupu aku suruh jadi pilot, sedih sebab memang tak boleh, mata aku ni kerabunan dah sampai 175 and above.Kalau setakat pandu kapal terbang kat online game tu boleh la lagi, itupun kadang-kadang dari 3 nyawa tinggal 1, lepas tu game over terus.Disebabkan kecewa aku terus tutup laptop dan pergi makan.Lebih gembira kerana perut aku kenyang sudah...

You all perasan tak apa yang aku perasan, entry aku ni bosan gilaaaa..kan kan.Kalau buat karangan ni mesti dapat tanda soal terus, sebab cikgu tak faham cerita aku yang macam rojak.Ehh tetiba teringin lah pula nak makan rojak..tapi tekak aku ni rasa macam nak makan popcorn je.Tak boleh jadi kena pergi wwm juga nak makan popcorn kat TGV..Ishh kenapa entry aku pelik sangat ni.Okaylah sampai sini je,kepala aku dah pening sebab aku tak faham apa yang aku tulis..By,thanks for reading..Aku tahu you all tak faham apa yang aku tulis, sebab aku sebagai penulis pun tak faham, hehe.

2 comments: