Sunday, 13 January 2013
'L' Dalam Tangan
Assalamualaikum
How's your first day in new year? Happy..atau sebaliknya? Aku punya first day memang seronok.Duduk kat rumah sambil makan-makan, lepas tu main laptop.Tengoklah kalau bosan aku main game, kalau bosan lagi dengar lagu.Kalau aku rasa macam bosan lagi terus handphone dicapai dan call sek memandu untuk hadirkan diri ke kelas memandu.
Alhamdulillah berkat usaha aku, malam-malam menghadap buku memandu.Akhirnya dengan sekali try, aku lulus ujian undang-undang berkomputer.Jimat RM45 heheheh.Suka sangat suka sangat ^^ Sekarang ni lesen 'L' dalam tangan.Kalau ikut peraturan kena tunggu seminggu baru boleh pergi driving test.Aku ambil dekat IMKEDA ni hah.Dekat je..kalau naik kereta memang cepat, tapi kalau jalan kaki memang aku takkan sampai punya.Tapi macam tak lawak kan? okay abaikan.
Aku dah plan sebelum pergi belajar memandu tu nanti, aku nak minta tolong mak aku ajar.Pusinglah kat mana pun, yang penting aku boleh belajar.Sebabnya tak naklah masa hari pertama belajar tu baru nak cari mana klac, brek, minyak, macam mana nak guna gear, signal and whatsoever.Jadi kesimpulannya aku nak pergi belajar memandu dulu dengan mak aku.Belajar cara-cara nak kawal kenderaan.So bila pergi belajar tu nanti aku dah mahir sikit.Next week aku pergi driving test.Then rehat dulu, baru pergi test dengan JPJ.
Okeylah, so doakan yang terbaik and wish me luck.
Thanks for reading this entry
Eh chopp! cerita Setia Hujung Nyawa tu best kan!Wohoo tak rugi aku tengok.Lepas ni kat astro ada cerita baru, novel juga Sehangat Asmara.Dah tentu aku tak nak beli novel dia punya.Sebab tengok kat tv lagi best.Tak payah aku membayangkan suasana dia macam mana.
Tuesday, 1 January 2013
Tahun Baru
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Assalamualaikum
Tahun baru dan aku sebagai umat Islam sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana dipanjangkan umur dan masih dikurniakan kesihatan dan rezeki yang murah.
Alhamdulillah tahun 2012 dapat aku harungi walaupun penuh dengan pelbagai dugaan di saat menimba ilmu, sewaktu bersengkang mata untuk mengingati setiap pelajaran, semasa menjawab semua soalan peperiksaan..Allah SWT telah mempermudahkan segala urusanku.
Di saat aku berputus asa..aku akan menangis kerana kecewa.Kemudiannya tertidur dengan air mata.Namun aku panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana memberikan aku petunjuk agar meneruskan perjuangan dan air mata yang menitis diseka.Aku yakin bahawa semua kesusahan ini adalah jalan untuk meniti hari kejayaan.Dengan kekuatan aku berjalan jua mengharungi setiap kepayahan dan selama itu juga aku bertahan untuk mencapai cita-cita.Terima kasih Ya Allah kerana sentiasa membantu diriku tidak kira siang atau malam, susah atau senang..semua ini mampu aku lakukan berkat keizinanmu Ya Allah.
Tahun baru 2013
Aku mulakan hari pertama dalam tahun baru dengan lafaz Bismillah.Mudah-mudahan dengan ini segala yang berlaku pada hari akan datang menjadi lebih mudah dan berjalan dengan lancar.
Azam yang baru hanyalah ingin menjadi yang lebih baik.
Selamat Tahun Baru...
Subscribe to:
Posts (Atom)