Tuesday, 1 January 2013

Tahun Baru


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum

Tahun baru dan aku sebagai umat Islam sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana dipanjangkan umur dan masih dikurniakan kesihatan dan rezeki yang murah.

Alhamdulillah tahun 2012 dapat aku harungi walaupun penuh dengan pelbagai dugaan di saat menimba ilmu, sewaktu bersengkang mata untuk mengingati setiap pelajaran, semasa menjawab semua soalan peperiksaan..Allah SWT telah mempermudahkan segala urusanku.

Di saat aku berputus asa..aku akan menangis kerana kecewa.Kemudiannya tertidur dengan air mata.Namun aku panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana memberikan aku petunjuk agar meneruskan perjuangan dan air mata yang menitis diseka.Aku yakin bahawa semua kesusahan ini adalah jalan untuk meniti hari kejayaan.Dengan kekuatan aku berjalan jua mengharungi setiap kepayahan dan selama itu juga aku bertahan untuk mencapai cita-cita.Terima kasih Ya Allah kerana sentiasa membantu diriku tidak kira siang atau malam, susah atau senang..semua ini mampu aku lakukan berkat keizinanmu Ya Allah.

Tahun baru 2013

Aku mulakan hari pertama dalam tahun baru dengan lafaz Bismillah.Mudah-mudahan dengan ini segala yang berlaku pada hari akan datang menjadi lebih mudah dan berjalan dengan lancar.

Azam yang baru hanyalah ingin menjadi yang lebih baik.

Selamat Tahun Baru...

No comments:

Post a Comment