Friday, 12 October 2012

SPM Just Around The Corner..Tetiba Rasa Nak Makan Popcorn.


Assalamualaikum

I miss you all lahh! Dah lama rasanya aku tak buka blog ni.Jarak besar yang amat sangat kalau you all tengok my last entry was on september..see, sekarang dah bulan 10.Ngeri ni rasa seram sejuk je badan aku.Mana taknya masuk je dalam bilik nampak calendar dah siap tercatat 5 November *SPM.Pusing kanan nampak meja belajar siap dengan buku rujukan, nota kecil yang dah bertambah kat dinding bilik aku tu haa.

Kenapa aku perlu jadi mangsa SPM, kenapa bukan mangsa UPSR je.Sekurang-kurangnya yakin juga aku nak jawab sains bab-bab planet ni.Baru syok! Tapi tahun ni SPM yang pemangsa tu dah memilih aku sebagai mangsa baru dia, kerana aku lahir tahun 1995, dah wajib untuk aku exam besar ni.Huhuhu, harap-harap semuanya berjalan lancar ye, Amin..

.....Malam ni aku tak tahu nak buat apa..sekarang ni aku tengah menaip, tengah malam nanti aku rasa nak melayan drama pula.Rehatkan kepala setelah 5 hari dalam minggu ni aku belajar.Chopp! aku nak buat promosi secara percuma kepada you all untuk tengok drama baru Nice Guy kat Mykimchidrama.com.Ada Song Joong Ki dengan Lee Kwang Soo dari Running Man berlakon..Huarghhh aku sebenarnya nak menangis sangat-sangat ni sebab rasa macam ketinggalan zaman gila-gila.Drama yang aku tengok ni dah episod 10, tapi baru nak promote, maklumlah dah berminggu aku tak buka blog ni.Sebab tu dah bersawang serta berhabuk.Nantilah aku pinjam penyapu mak aku bersihkan blog supaya you all rasa kagum dan terpesona bila tengok blog aku ni nanti berwajah baru..From purple to dust pink, kalau boleh header aku yang pegang cawan tu pun aku nak tukar.Sidebar pun aku nak edit sikit.Insya Allah lepas exam besar ni, setelah aku berjaya melepaskan diri dari SPM bulan 12 nanti.


My Pillo..kucing kesayangan.Gambar ni pun aku ambil 2 hari lepas.Rasanya, aku dah lupa ingatan sikit sejak terhantuk dinding hari tu.Sakit tuu..Kenapa aku letak gambar Pillo haa? Padahal tak ada kena mengena dengan SPM, tak apalah kerana bagiku Pillo begitu berharga.Apasal dengan aku ni semakin merepek bila dah tak tahu nak tulis apa.


Bunga ni pun aku ambil kat belakang rumah, tengah sedap meronda mengadakan lawatan sambil membuang masa aku tu kat rumah ternampak pula bunga ni, terus ambil gambar.Tetiba rasa macam nak jadi photographer pula.Perghh jauh gila dengan jurusan yang aku ambil sekarang ni.Ayah suruh ambil law atau interior design, aku teringin nak ambil business managment tapi dalam masa yang sama macam nak jadi pramugari.Sepupu aku suruh jadi pilot, sedih sebab memang tak boleh, mata aku ni kerabunan dah sampai 175 and above.Kalau setakat pandu kapal terbang kat online game tu boleh la lagi, itupun kadang-kadang dari 3 nyawa tinggal 1, lepas tu game over terus.Disebabkan kecewa aku terus tutup laptop dan pergi makan.Lebih gembira kerana perut aku kenyang sudah...

You all perasan tak apa yang aku perasan, entry aku ni bosan gilaaaa..kan kan.Kalau buat karangan ni mesti dapat tanda soal terus, sebab cikgu tak faham cerita aku yang macam rojak.Ehh tetiba teringin lah pula nak makan rojak..tapi tekak aku ni rasa macam nak makan popcorn je.Tak boleh jadi kena pergi wwm juga nak makan popcorn kat TGV..Ishh kenapa entry aku pelik sangat ni.Okaylah sampai sini je,kepala aku dah pening sebab aku tak faham apa yang aku tulis..By,thanks for reading..Aku tahu you all tak faham apa yang aku tulis, sebab aku sebagai penulis pun tak faham, hehe.

Wednesday, 12 September 2012

I'm Still New In A World Of Photography


Assalamualaikum

Masa aku buka je blog ni, benda yang aku nampak ialah habuk.Perghh banyak betul habuk sebab dah lama aku tak buka blog ni.I mean buka untuk tulis entry baru.Saya sebagai pelajar tingkatan 5 dan merupakan Calon SPM berasa gementar untuk trial kali ni.Sepupu aku dah mesej awal-awal trial spm kan next week, huaaaa aku terus rasa macam tak percaya.Tiba-tiba terfikir macam nak sedar dari mimpi ni padahal masa tu dah pukul 3.00 petang dan aku tengah sedap tengok drama, jadi bila masa aku tidur.Bermakna ini kenyataan.Eleh kalau aku sedar pun tetap kena ambil SPM, hehehehe :D

Back to the topic..baca tajuk sila baca.Bukannya menarik pun tajuk entry aku kali ni,tapi pada aku menarik..Lol. Masa aku kecil-kecil dulu, aku ni memang gila kamera, jadi tak salahlah jika dimana sahaja ada kamera ada muka aku, kalau ada je aku mesti kamera tak ada.Sebab nanti full memory, ayah aku selalu hantar kedai untuk cuci gambar.Oh my, bila dah meningkat remaja ni kalau tengok-tengok balik gambar lama-lama tu, rasa macam 'Comel juga aku ni, kenapa aku tak jadi kanak-kanak selama-lamanya mesti best sebab dapat beli macam-macam.Terutamanya mainan dalam kotak, yang Tora tu..fevrett aku ni.'

Masa kecil-kecil dulu aku memang tak reti langsung nak guna kamera.Sampai kalau parents aku dah senyum bukan main lama, aku masih belum snap gambar mereka.Why? aku pun tak tahu.Aku mula aktif menggunakan kamera bila umur aku mencecah 13 tahun.Haa masa ni aku dah tak tahan tengok kamera.Kalau habis bateri, camera kat hp ayah aku pun jadi.yang penting boleh ambil gambar, rasa best gila bila tengok suasana yang kita ambil tu tak bergerak.Macam ada kuasa "berhentikan masa!" waahhh tinggi imaginasi, doraemon bolehlah.Poket dia unik.

Semakin meningkat remaja aku semakin minat dengan kamera..makin minat..minat dan bertambah minat.Sudahnya aku pun minta dekat ayah aku.Dialog dia macam ni-

Aku:Ayah kita nak sangat ada kamera sendiri, boleh tak?
Ayah: Kamera apa? Nak buat apa?
Aku: Kamera yang dslr tu, sebab kalau pergi jalan-jalan or bercuti boleh ambil gambar banyak-banyak.
Ayah: Oh, nanti ayah tengokkan dulu.

Selang beberapa hari, entah macam mana aku boleh mimpi Sooyoung SNSD.Masa tu dia tengah shooting untuk Girls' generation Hello Baby *tapi cerita Hello Baby ni dah lama berlalu.Memandangkan aku baru tengok, maka aku pun termimpilah Sooyoung dan kameranya yang sedang mengambil gambar baby yang dijaga.Cantik sangat kamera dia.Aku memang dah tersenyum-senyum masa mimpi tu.Okay tipu, macam mana aku tahu aku tengah senyum.Bangun je pagi tu aku terus google camera dslr yang aku nak.memang best aku terus save image.

Malam esoknya aku tunggu ayah aku balik..tahan mata beb walaupun dah pukul 11pm.Tunggu punya tunggu ayah aku pun bagi salam.Melangkah masuk bersama sebuah kotak.

Aku: 'Apa tu? apakah itu camera?'

Ayah aku dah tersenyum, aku salam ayah aku dulu lepas tu terus buka kotak tu.Nak pengsan ada, macam kena electric shock lagu f(x) tu.Terkejut aku, rupa-rupanya ayah aku hadiahkan camera Dslr Nikon D7000.Aku ucapkan terima kasih sangat-sangat kat ayah aku sebab tunaikan impian aku ni.Dan kini hampir 11 bulan aku guna dslr tu.Tak sangka aku dapat juga camera idaman ni.Tapi aku belum masuk kelas fotografi lagi.Sebab nak fokus untuk SPM dulu.That's why i said that I'm still new in the world of photography.

Sekarang ni bila jalan-jalan atau bercuti, camera ni sentiasa menemani aku.Aku nak share sikit gambar yang aku pernah ambil guna dslr ni.Gambar ni aku ambil guna lens 18mm-150mm.


This picture was taken 10  months ago.Gambar pokok mulberry kat belakang rumah aku.Buah ni sedap manis, rasa strawberi.


Among of these pictures, I really love this one.


Nikon
At the heart of the image


Okay ni memang sedap.Jom pergi lagi aku nak beli.Nak beli banyak-banyak, sebab sedap.Sesiapa yang nak cuba boleh dapatkan di Famous Amos.Rasanya harga dia RM4.50 kot.Sedap sehingga menjilat jari,tapi adik aku cakap sehingga menjilat jari kaki.Apakah kejam? 


Yang ni pun sedap juga.Kenapa aku upload gambar makanan ni.Tak mungkin! Ah lepas habis tulis entry ni aku nak turun bawah pergi dapur.Nak makan sebelum cerita To The Beautiful you start, hehe.Tapi aku dah tengok drama ni kat kimchidrama sampai ep 8, esk tunggu ep 9 :D


KLCC :D Suka Kinokuniya.Gambar ni aku ambil beberapa bulan yang lepas.


And this is the last picture.Sebenarnya ada banyak lagi, tapi loading lambat sikit and ada gambar yang belum edit lagi.

Aku tulis entry ni sebab nak share gambar-gambar yang aku dah ambil guna dslr hadiah daripada ayah aku.InsyaAllah kalau ada rezeki aku masuk kelas fotografi.Sesiapa yang nak tempah khidmat aku untuk hari perkahwinan ataupun majlis apa-apa saja bolehlah call aku nanti.Tapi itu semua masih dalam perancangan.Kalau ada rezeki blogger SyahirahMulberry ni boleh berjumpa dengan blogger-blogger lain :D Okay sampai sini dulu tau.Nak tengok drama pula, lusa ada exam addmath.Oh wish me luck.by ^^ 

Kejap aku nak buat promosi, mari ramai-ramai kita saksikan drama korea terbaru To The Beautiful You dan The Great Doctor.Alamak drama Ghost dah habis, tapi ada drama best dekat KBS, Song Joong Ki berlakon comel tu.Buat masa ni lagu yang aku rasa paling best J-Min Stand Up dengan B.A.P Crash.

Thank you for reading ^^ 

Saturday, 1 September 2012

Food Party


Assalamualaikum

Food Party

...Teaser...


Will be continue on 22 September 2012

Thank you for reading