Tuesday, 1 January 2013

Tahun Baru


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum

Tahun baru dan aku sebagai umat Islam sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana dipanjangkan umur dan masih dikurniakan kesihatan dan rezeki yang murah.

Alhamdulillah tahun 2012 dapat aku harungi walaupun penuh dengan pelbagai dugaan di saat menimba ilmu, sewaktu bersengkang mata untuk mengingati setiap pelajaran, semasa menjawab semua soalan peperiksaan..Allah SWT telah mempermudahkan segala urusanku.

Di saat aku berputus asa..aku akan menangis kerana kecewa.Kemudiannya tertidur dengan air mata.Namun aku panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana memberikan aku petunjuk agar meneruskan perjuangan dan air mata yang menitis diseka.Aku yakin bahawa semua kesusahan ini adalah jalan untuk meniti hari kejayaan.Dengan kekuatan aku berjalan jua mengharungi setiap kepayahan dan selama itu juga aku bertahan untuk mencapai cita-cita.Terima kasih Ya Allah kerana sentiasa membantu diriku tidak kira siang atau malam, susah atau senang..semua ini mampu aku lakukan berkat keizinanmu Ya Allah.

Tahun baru 2013

Aku mulakan hari pertama dalam tahun baru dengan lafaz Bismillah.Mudah-mudahan dengan ini segala yang berlaku pada hari akan datang menjadi lebih mudah dan berjalan dengan lancar.

Azam yang baru hanyalah ingin menjadi yang lebih baik.

Selamat Tahun Baru...

Friday, 28 December 2012

Hasilkan Novel..Masih Mencari Idea Baru


Assalamualaikum

Minat novel? Selalu beli novel? Pernah tak tidur sebab baca novel? Menangis sebab baca novel bila kena part sedih? Baca novel time sunyi sebab nak menghayati cerita tu sebab takut baca waktu bising nanti tak faham jalan cerita? Ya tu akulah tu..hahaha.Sebagai peminat novel dan aku pernah baca novel sampai tak tidur, okay benda ni baru je berlaku tapi tak apa aku dah habis sekolah, kehkehkeh.Jangan marah ye siapa yang masih sek sebab you all akan habis sek juga.Good luck dan belajar rajin-rajin.

Okay nak sambung balik cerita pasal NOVEL ni.Disebabkan aku memang suka benarlah baca novel maka dah lama menyimpan hasrat untuk menghasilkan novel sendiri.Alhamdulillah Allah SWT memberi peluang kepada hambaNya ini untuk menghasilkan novel sendiri.Dalam masa yang agak panjang ni aku dah habiskan waktu dengan menulis novel.Baru selesai sehingga Bab 13.Kalau ada rezeki memang aku nak hantar manuskrip dekat mana-mana syarikat penerbitan novel.Aku dalam dilema ni nak hantar kat mana, ada dua tempat aku minat Alaf 21 dan SR Publication.

Tapi tak apa, apa yang penting bukan kerjasama sebab aku tak ada kena mengena langsung dengan wonderpet, yang penting sekarang ni aku kena siapkan dulu novel ni.Mungkin cerita aku ni lain dari yang lain.Tapi aku memang tekankan kepada happy ending.InsyaAllah kalau ada rezeki you all boleh nampak novel karya Nor Syahirah Zaini berada di pasaran.Doakan ya.

Thanks for reading