Saturday, 13 April 2013

Sambung Belajar Lepas SPM


Assalamualaikum

Berjumpa lagi kita hari ini waktu petang-petang macam ni.Hari ni kan hari sabtu so mesti ramai antara korang ni yang balik kampung kan? Berhati-hati di jalan raya, selamat pergi dan pulang.Aku tak balik kampung pun sebab kampung cek ni jauh..kat Jitra tu hah, paling kurang pun ambil masa 6 jam nak sampai sana.Macam biasalah, tak sempat nak menikmati pemandangan waktu malam pun, sebab sepanjang jalan aku tidur je. *sebab selalu bertolak pukul 11 malam.

Untuk entry kali ni aku saja je nak cerita pasal Universiti pilihan aku.Okeylah untuk pengetahuan semua dan memang dah ramai pun yang tahu.Setiap pelajar lepasan SPM yang nak sambung belajar kat mana-mana IPTA mesti kena isi borang permohonan UPU.Aku baru je isi dua hari lepas.Cuba bayangkan berapa lama masa yang aku ambil semata-mata nak isi borang ni.Bulan 2 hari tu semangat je aku ajak mak aku teman pergi BSN nak beli no ID.Kononnya nak isi teruslah kan borang tu.Hampeh! Tangguh punya tangguh ni lah jadinya.Menyesal.. T.T

Tapi Alhamdulillah, borang tu aku dah isi dan dah hantar pun.Lega, fuhhh...Aku tanya ramai kawan aku dia orang nak masuk Uni mana.Ada yang nak sambung kat UiTM,USM,UM macam-macam lagilah.Tapi aku memang nak sangat masuk UIA.So aku pun saja ajelah buka website dia tengok-tengok.Yes ada LAW.Bagus.

Lepas tu aku tengoklah syarat kemasukan ke Pusat Asasi UIAM untuk asasi Undang-Undang.Alhamdulillah, dengan keputusan SPM aku ni, aku layak untuk masuk situ.Aku baca punya baca, dia cakap sesiapa yang ambil asasi perubatan or lain-lain dia akan hantar korang dekat Pusat Asasi UIAM Nilai.And dekat UIAM Petaling Jaya ni cuma ada satu aje sastera LAW.Yang paling penting, aku tak payah pening-pening nak fikir habis asasi ni nak masuk mana.Sebab confirm dia akan hantar aku terus dekat UIA Gombak.Sekali lagi aku menarik nafas lega sebab dekat dengan rumah aku.Tak payah duduk asrama.Kalau boleh memang tak nak pun duduk asrama.Sebab pada akulah, rumah aku juga yang terbaikk! Home Sweet Home katanya..kan kan.

So kalau rajin-rajin bolehlah aku ulang-alik pergi kelas kan.Duit minyak kereta tu pandai-pandailah aku cari.Yang penting duduk rumah sendiri.Tapi kalau aku kena duduk asrama juga, aku tak kisah.Janji aku dapat study kat UIAM tu.Nanti bolehlah hidup berdikari.Rasa hidup susah senangnya.

Sejujurnya aku dah tak sabar ni nak sambung belajar.Macam manalah agaknya kan bila kita belajar balik lepas duduk kat rumah lama-lama sebab dah habis SPM.Aku dah berjanji, kalau boleh aku memang nak setahun je buat asasi ni.Kena pastikan yang setiap semestar aku akan dapat pointer yang terbaik.Baru rasa semangat nak belajar.Ya tak hehehe.

Sekarang ni aku cuma perlu berdoa mudah-mudahan Allah makbulkan doa aku untuk sambung belajar kat Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya tercapai.Amin 


Dengan adik aku, Ashraf.Masa ni lepas ambil result SPM.

Kadang-kadang waktu malam aku terfikir juga, cepatnya masa berlalu.Tak sangka dulu masa pergi tadika belajar ABC dengan 123.Sekarang aku dah habis sekolah pun.Alhamdulillah dengan izin Allah SWT aku berjaya sampai ke peringkat sekolah menengah.Sekarang ni masanya pula untuk aku sambung belajar lagi.

*Sehangat Asmara dah habis kan.Yes.Tiba-tiba aku suka pula lagu Ratuku.

Thanks for reading.

2 comments: