Saturday, 8 June 2013

Tanpa Akaun Maybank..


Assalamualaikum w.b.t.

Lama juga aku tak buka blog, twitter, fb, formspring, myspace lagi tak pernah buka! Password pun tak ingat dah. Biar dia bersawang dekat situ. 

Sebenarnya dah lama aku tak pegang handphone. Hampir 5 bulan. Lama kan? Tapi aku rasa seronok sangat sebab tak payah nak reply mesej. Nak answer call and what so ever. Paling penting sekali, aku tak perlu top up. Hah! Itulah kebaikannya. Nak-nak pula aku ni memang jenis yang tak suka keluar rumah. Selalunya beli kredit secara online saja. Tapi sekarang ni, akaun maybank aku buat hal ya. So, sekarang ini aku dah tak ada akaun bank sebab bulan lepas aku baru je pergi maybank Setiawangsa untuk tutup akaun. Habis diguntingnya kad aku tu. Sedih! Jadi sekarang ni, barang berharga yang ada dalam purse aku hanyalah kad pengenalan, lesen kereta, popular bookstore - yang ni penting kalau nak beli buku, dapat diskaun. Itu sajalah yang ada. Susah juga, sebab kalau nak keluar mesti kena bawa cash money and i have to make sure that duit yang aku bawa tu cukup untuk beli barang. Sebab kalau tak ada duit, macam mana pula aku nak keluarkan duit dari ATM. 

Tapi tak kisah pun. Selalunya aku keluar untuk beli makanan aje. So, aku tak risau sangat. 

Jadi aku ingat sebelum masuk universiti ni, aku nak buat akaun bank yang baru. Kalau boleh Maybank, yang ini mesti sebab kalau ada masalah, aku boleh pergi dekat Setiawangsa aje. Dekat sikit. Drive dalam 10 minit dah sampai. Lagi satu ayah aku suggest buka akaun CIMB. Aku ikut aje sebab itu yang terbaik. 

InsyaALLAH, dalam masa terdekat ni, aku boleh pegang kad maybank semula. Yes! Seronoknya...


"I'm serious"

Okay Putih! You've grown up now. Almost 4 months old.

Assalamualaikum. 

1 comment: