Saturday, 8 June 2013

Bahayanya Makanan Masam, Jika Berlebihan


Assalamualaikum w.b.t

Tajuk entry kali ni macam gempak sangat je. Sebenarnya masa tengah makan tadi, tiba-tiba aku teringat kenangan aku masa dekat sekolah dulu. Ya! Aku mengaku yang aku memang sukakan makanan masam-masam. Tak kisah apa pun, yang penting masam. Aku ini orang yang kuat makan makanan pedas-pedas and masam. 


credit to Google Image

Tapi pernahkah anda tahu bahawa makanan yang masam ini boleh melemahkan ingatan seseorang? Wah.. feeling-feeling SPM gitu. Ayat nak tersusun cantik aje. 

Apa yang aku nak cerita ni memang betul-betul terjadi pada aku dua tahun yang lalu dan berterusan selama beberapa bulan. Okay. Aku ni memang jenis kuat makan dan minum. Jadi kalau dekat sekolah tu, setiap kali rehat, aku akan beli dua kotak air Peel Fresh Oren & Yogurt Peach. Dekat sini dah nampak, yang  benda ni MASAM, kan? 

Kalau dekat sekolah dulu, duit belanja aku akan habis dekat koperasi sebab beli makanan tak habis-habis. 

Tanpa sedar, semakin hari ingatan aku ni semakin lemah. Mula-mula aku ingatkan biasa je. Tapi makin lama, otak aku ni macam tak boleh nak simpan banyak memori. Masalah paling besar bila nak exam. Kalau seminggu exam, maka seminggu jugalah aku tak cukup tidur. Mata akan nampak lebam. Tapi aku tak kisah, yang penting aku boleh simpan banyak benda yang aku dah baca. But the problem is, bila aku buka kertas nak jawab, aku tak ingat apa benda yang aku baca semalam. Day by day, my memory is getting low. I don't know why. And ada satu tahap, kepala aku jadi pening sebab perah otak nak ingat. Tapi tak dapat juga. Masa tu aku rasa macam down sangat. Sedih dan kecewa.

Bila dah lama macam tu, aku pun duduk sorang-sorang terfikir-fikir kejap. Apa punca aku jadi macam ni. Tiba-tiba adik aku cakap, "ingatan akak jadi macam tu sbb terlampau banyak makan benda masam."

Aku pun macam, 'Eh! ye ke?' 
Disebabkan rasa macam tak puas hati dengan kata-kata dia, aku terus google punca-punca lemah ingatan. I found it!

-Puncanya adalah kerana mengambil makanan masam yang berlebihan.

Okay dekat sini aku nak bagitahu satu lagi benda.. sepanjang aku mengamalkan makan benda masam-masam ni, gusi aku tak pernah berdarah kalau gosok gigi. Sebab apa? Yes, because it contains a vitamin C and it helps you keep your gums healthy. Yang ini aku suka!

Tapi masalahnya, aku ni dah nak dekat SPM masa tu. Aku mula jadi kelam-kabut. Tak tahu nak buat apa dah. Aku berjalan mundar-mandir di dalam bilik, cehh...

So, tindakan yang aku ambil ialah aku hindarkan diri daripada sentuh makanan masam for a long time. Memang masa tu, aku banyak minum air mineral dan makan kismis je. Setiap kali lalu depan koperasi sekolah atau pergi 7E, aku tak akan beli benda masam. Sebab aku kena berhati-hati sebelum ingatan aku lumpuh. Nanti bahaya! 

Aku juga selalu berdoa agar ALLAH kuatkan ingatan aku. Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat. Sejak tak makan benda masam-masam ni, aku lebih mudah mengingat dan setiap apa yang aku dengar, akan tersimpan dalam otak aku ni hah. 

Cuma masalahnya, sometimes bila aku gosok gigi, berus tu akan tercucuk pada gusi. Masa tulah gusi aku mula berdarah balik.. Tak banyak pun, tapi memang boleh rasa yang gusi aku ni dah kekurangan vitamin C. 

So, selama 3 bulan sebelum SPM dan masa SPM, aku elak daripada memakan makanan masam demi kebaikan aku juga. Aku bersyukur sangat sebab ALLAH telah kuatkan ingatan aku dan masa SPM hari tu, aku dapat ingat banyak benda yang aku dah belajar sebelum exam. Alhamdulillah. Alhamdulillah..

Sampai sekarang aku kurangkan makan masam sebab tak lama lagi nak sambung belajar. Nak-nak pula aku ni gastrik. Kali ini aku kena simpan lagi banyak data-data penting. Aku kena kuatkan ingatan selalu.

Jadi aku sekadar nak beri nasihat je pada anda semua. 
Makan benda masam ni boleh, tapi jangan berlebihan kerana kesan sampingannya yang boleh menjejaskan ingatan kita. Kalau nak makan masam juga, makan sikit je, sekadar untuk dapatkan vitamin C. Okey? 

Assalamualaikum.

3 comments:

  1. waa nice entry , tak nak laa makan mangga lagi . spm dah nak dekat . hehe

    ReplyDelete
  2. Bantah..saya juga dari kecil suka memakan benda2 masam pedas ni..terutamanya mangga (sedap giler).. sehinggalah sekarang saya masih sering makan makanan asam tpi ingatan saya tak rasa macam low pun..itu andaian sahaja.. kalau kata cepat lupa pasal nak exam itu disebabkan anda tidak fokus terhadap apa yg dipelajari..tq

    ReplyDelete
  3. Macam mana kalau saya makan kismis masam..blh lemahkan otak jugak ker?

    ReplyDelete