Assalamualaikum w.b.t.
Dah baca tajuk? Bagus, bagus. Ya, kulit muka aku tengah kering sangat-sangat ni. Sometimes rasa macam tak selesa. Iyalah, tengah duduk rehat-rehat, bila pegang muka, rasa kulit ni macam menggelupas. Aku pun tak tahu kenapa. Kenapa eh?
"Entahlah..."
Actually, dah seminggu juga benda ni jadi. Aku perasan ni pun, masa pergi melaka hari tu. Masa tengah pakai bedak ni, tiba-tiba aje ternampak kulit ni macam kering. Nampak macam menggelupas. Terkejut juga, sebab sebelum ni, aku tak alami dah masalah kering kulit ni. Dah bertahun-tahun lamanya, kulit aku ni okej aje. Tapi tak apalah, benda nak jadi kan..
Sebelum tu, aku peganglah muka, boleh rasa yang kulit aku ni jadi kasar-kasar sikit. Aku tunjuk dekat mak, seperti yang ku duga, mak aku pun perasan yang kulit aku ni kering. Jadi aku buat keputusan untuk basahkan muka dengan air. Just lap muka perlahan-lahan. Alhamdulillah, kulit muka aku tak nampak menggelupas sangat.
Hari ni, aku ajak mak pergi beli penyegar muka. Tak payah pakai yang mahal-mahal. Aku beli yang murah. Yang penting produk tu sesuai dengan kulit muka aku. Malam sebelum beli tu, aku dah tengok produk dekat google. Dalam banyak-banyak tu, aku lebih suka guna Shurah.
Aku ada bagitahu pasal benda ni dalam entry yang lepas. Aku memang guna pembersih muka shurah. Alhamdulillah. Berkesan. Bagus untuk muka aku. Bila sampai aje dekat shoping mall, aku teman mak pergi beli barang untuk buat caramel pudding sebelum cari penyegar muka yang aku nak beli ni.
Harga yang sangat berpatutan. Hanya 9 ringgit 50 sen aje. Murah dan sesuai dengan saiz botolnya yang sederhana tu. Aku beli kapas sekali. Hanya 4 ringgit 99 sen. Iyalah, sebab aku baca cara penggunaan tu, kena titiskan pada kapas dan sapukan pada muka.
p/s : kena cuci muka guna penbersih muka Shurah sebelum sapu penyegar muka.
Bila pakai aje benda ni, muka tu rasa segar sangat. Kulit muka aku ni rasa sejuk dan lebih segar. Jadi bila dah sapu benda ni, aku peganglah muka aku, kulit kering tu dah kembali macam biasa. Rasa licin dan bersih. Kulit muka yang kering tu ada sikit-sikit, tapi tak kering macam sebelum pakai penyegar ni. Alhamdulillah, aku rasa bersyukur pada ALLAH S.W.T. Akhirnya, aku jumpa produk yang sesuai untuk kulit muka aku ni.
Aku cadangkan pada anda semua yang ada masalah kulit muka kering, bolehlah cuba produk Shurah ni. Yakin dan Suci. Lepas ni, aku nak cuba produk Shurah yang lain pula. Aku nak guna krim muka.
Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi membaca entry ini.
No comments:
Post a Comment