Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum dan selamat pagi sebab aku tulis entry tepat jam 8.20 pagi bersamaan 14 Oktober 2013
Have you read the title? Thank you.
Syukur Alhamdulillah pada Ya Ilahi, Rabbi for everything that HE gaves to me. I'm happy now.
Ingat tak masa zaman-zaman pelajar lepasan SPM 2012 buat permohonan UPU? Aku masih ingat saat-saat itu. Di mana permohonan aku ditolak berkali-kali. Sedih? Memang aku sedih. Terfikir juga mengapa semua permohonanku untuk melanjutkan pelajaran di Asasi UIA ditolak? Aku kuatkan semangat bila tahu keputusan permohonan pertama. Untuk kali keduanya, aku memohon lagi pada tempat yang sama, course yang sama. Setelah beberapa hari menunggu, semua pelajar lepasan SPM boleh mula menyemak keputusan di UPU. Aku pun masukkan ID dan bila aku nampak aje keputusan tu, dada aku jadi sebak. Aku cuba tahan air mata daripada gugur.
'Ya ALLAH, mengapa aku tidak diberi peluang untuk belajar di sana? Apakah kerana keputusan SPM ku yang tidak memberangsangkan?'
Aku duduk sendirian dalam bilik untuk menenangkan diri. Aku biarkan semua air mata yang berkolam ini gugur dengan sepuas-puasnya. Emak aku terus beri sokongan pada aku supaya terus berusaha. Aku akur yang aku sedih tapi demi masa depan yang lebih baik, aku kuatkan semangat.
Aku sentiasa berdoa kepada ALLAH agar berikan yang terbaik untukku sebagai hambaNYA kerana aku yakin apa yang aku inginkan selama ini bukanlah yang terbaik untukku. Tapi ALLAH lebih mengetahui segalanya. ALLAH Maha Mengetahui. Syukur Ya ALLAH.
Selepas beberapa minggu menunggu dan bersabar, akhirnya ALLAH berikan sesuatu yang tak dijangka. Sekeping surat tawaran dari International Islamic College! Jujur aku cakap aku rasa syukur sangat kerana doaku telah dimakbulkan. Emak dan ayah aku gembira sangat. Aku isi borang tawaran tu sebab aku tahu inilah yang terbaik yang ALLAH rancangkan untuk hambaNYA ini. Aku menangis sebab terlalu gembira. Akhirnya impian aku melanjutkan pelajaran di bawah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia tercapai juga. Aku tahu ALLAH tidak beri rezeki pada aku di Asasi UIAM kerana DIA ingin berikan yang terbaik untuk hambaNYA ini.
Alhamdulillah. ALLAH telah permudahkan segalanya. Sekarang aku sudahpun melanjutkan pelajaran di sana. Diploma In Islamic banking & Finance dalam tahun 1. I will continue the first exam on next month. Then break for 2 weeks before continue with semestar 2 by this december.
"Alhamdulillah. Sesungguhnya perancanganMU adalah yang terindah untukku Ya ALLAH."
Sabar itu indah=)
ReplyDeleteKeep praying dear=)
thank you yana. :)
ReplyDelete