Saturday, 19 October 2013

Novel


Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum w.b.t

Hai. I create this entry in the morning. 1.02 am on 19 oct 13. I can't sleep. I dont know why. So i decided to design a temporary front page for my first novel. Also known as cover. I'm still new in writing a novel. But, wish me luck okay? I will keep trying and never stop praying. Only HIM has the right on me. Everything that I did, adalah dengan izin ALLAH SWT. Dan idea untuk membuat novel ini juga lahir dan datang dengan izin-NYA.

Let me show you my first cover novel. designed by me. I used photoscape and picmonkey.


mencintai seseorang itu bukan bermakna kita mampu untuk memiliki dia.. tapi cukuplah dengan menyatakan rasa sayangmu padanya. berserahlah kepada Yang Maha Kuasa. 

ucapkan syukur kerana DIA ingin berikan yang lebih baik untuk hambaNYA. kadang-kala belajar mencintai orang yang mencintai kita adalah jauh lebih indah daripada belajar melupakan seseorang yang kita sayang.

Jadi terimalah setiap insan yang menjadi jodohmu dengan hati yang ikhlas kerana DIA. ALLAH itu Maha Mengetahui. Jodoh yang sudah tertulis di Luh Mahfuz adalah yang harus kita curahkan kasih sayang dan cinta. Semaikan rasa rindu dan kasihmu hanya untuk dia. 

Kerana ALLAH telah tetapkan cinta mu dan dia untuk terus bersatu. InsyaALLAH... love till Jannah. Amin.

Monday, 14 October 2013

Thank To ALLAH, for everything


Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum dan selamat pagi sebab aku tulis entry tepat jam 8.20 pagi bersamaan 14 Oktober 2013

Have you read the title? Thank you. 

Syukur Alhamdulillah pada Ya Ilahi, Rabbi for everything that HE gaves to me. I'm happy now. 
Ingat tak masa zaman-zaman pelajar lepasan SPM 2012 buat permohonan UPU? Aku masih ingat saat-saat itu. Di mana permohonan aku ditolak berkali-kali. Sedih? Memang aku sedih. Terfikir juga mengapa semua permohonanku untuk melanjutkan pelajaran di Asasi UIA ditolak? Aku kuatkan semangat bila tahu keputusan permohonan pertama. Untuk kali keduanya, aku memohon lagi pada tempat yang sama, course yang sama. Setelah beberapa hari menunggu, semua pelajar lepasan SPM boleh mula menyemak keputusan di UPU. Aku pun masukkan ID dan bila aku nampak aje keputusan tu, dada aku jadi sebak. Aku cuba tahan air mata daripada gugur.

'Ya ALLAH, mengapa aku tidak diberi peluang untuk belajar di sana? Apakah kerana keputusan SPM ku yang tidak memberangsangkan?' 

Aku duduk sendirian dalam bilik untuk menenangkan diri. Aku biarkan semua air mata yang berkolam ini gugur dengan sepuas-puasnya. Emak aku terus beri sokongan pada aku supaya terus berusaha. Aku akur yang aku sedih tapi demi masa depan yang lebih baik, aku kuatkan semangat. 

Aku sentiasa berdoa kepada ALLAH agar berikan yang terbaik untukku sebagai hambaNYA kerana aku yakin apa yang aku inginkan selama ini bukanlah yang terbaik untukku. Tapi ALLAH lebih mengetahui segalanya. ALLAH Maha Mengetahui. Syukur Ya ALLAH.

Selepas beberapa minggu menunggu dan bersabar, akhirnya ALLAH berikan sesuatu yang tak dijangka. Sekeping surat tawaran dari International Islamic College! Jujur aku cakap aku rasa syukur sangat kerana doaku telah dimakbulkan. Emak dan ayah aku gembira sangat. Aku isi borang tawaran tu sebab aku tahu inilah yang terbaik yang ALLAH rancangkan untuk hambaNYA ini. Aku menangis sebab terlalu gembira. Akhirnya impian aku melanjutkan pelajaran di bawah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia tercapai juga. Aku tahu ALLAH tidak beri rezeki pada aku di Asasi UIAM kerana DIA ingin berikan yang terbaik untuk hambaNYA ini. 

Alhamdulillah. ALLAH telah permudahkan segalanya. Sekarang aku sudahpun melanjutkan pelajaran di sana. Diploma In Islamic banking & Finance dalam tahun 1. I will continue the first exam on next month. Then break for 2 weeks before continue with semestar 2 by this december.

 "Alhamdulillah. Sesungguhnya perancanganMU adalah yang terindah untukku Ya ALLAH."