Assalamualaikum
Rindu sangat..sangat sangat.. nak peluk erat-erat ni.Dah lama sangat kan aku tak update blog ni.Setahu aku last aku menulis pun 3 Jun lepas.Setelah lama aku mengidam nak tulis macam-macam kat blog ni, jadi aku pun memulakan entry yang pertama sejak 2 minggu lepas dengan tajuknya..
Calculator And Sticker
Okay, memandangkan aku ni dah fanatik sangat dengan warna pink.Then sudah tentunya aku beli sticker warna pink kan.Jadi dalam hidup aku ni, for the 1st time aku jumpa sticker yang memang khas untuk calculator.Aku beli sticker kat Mr.DIY, kedai ni memang best.Paling seronok dan boleh buat aku gila adalah tempat untuk peralatan sekolah.Ada notebook yang ala-ala korea, jepun, english style and macam-macam lagi.Pencil case dia memang..perghhh cantik sangat! Ada sticker untuk motivation, yang tu pun aku beli.Baru semangat. :)
Banyak sangat tulis, jom tengok gambar..so ni sticker calculator tu.
Sticker ni harga dia RM 1.90, aku rasa sticker ni besar paper A4 agaknya.., sebelum tampal, kita kena gunting menikut ukuran bahagian penutup dan tapak calculator.Takut nanti bila kita terus tampal, nak gunting nanti tergunting bahagian sisi sticker..so nanti akan ternampaklah sisi calculator.
Now kita dah potongkan sticker ni mengikut ukuran sebenar calculator.Actually sticker ni boleh ditampalkan pada berbagai jenis calculator.And aku pun tampal kat handphone sekali.Baru nampak bagai pinang dibelah dua.,cewahh., romantik gitu.
Dah siap, tapi aku tampal benda ni ambil masa lebih kurang 20 minit.Sebab dia step by step.Kena ukur, gunting, make sure calculator tu ditampal betul-betul di bahagian tengah sticker.Bila you tampal sticker tu, pastikan tiada udara didalamnya kerana bimbang jika ada bahagian sticker yang akan terlipat.Perghh macam tips dalam buku ayat aku.Haha.Lepas dah tampal kita kena gunting sedikit untuk membentuk bentuk calculator ni.Sebab kalau tak, maka fur on the sticker itu akan tercabut dan mengoyakkan sticker anda.This is fur sticker.I choose the leopard print fur sticker.But in pink. Hehehe..,
Lepas beberapa hari, aku tampal pula manik-manik kat tepi skrin tu.Nampak glamour tak..huahua, bling-bling you all. I like it.
Ni lah hasilnya setelah sekian lama aku tampal benda ni.Act tu warna pink, nampak macam orange..Pink and purple my fav color.
BIla dah siap menampal tu, aku nampak ada lebih sticker tu, apa lagi, handphone aku pun menjadi mangsanya juga.Habis aku tampal, dah macam leopard bergerak.Cuma tercelup warna pink.
Mood korea I suka. Kat handphone ni pun aku tampal juga manik-manik tu.Bila belek sekali dua, nampak..cantiknya..Hehehe, Nota yang ada kat dalam gambar ni sebenarnya nota exam aku hari tu.Sekarang mari kita fokuskan pada gambar handphone beserta benda love tu, aku tak tahu lah nama apa benda tu.Aku tengok banyak jual kat Black Queen tu, nampak cantik.Aku sambar je terus bayar.
Cantik kan aku hias handphone tu.Hahaha,
Okaylah, saja nak share sikit tips untuk tampal sticker ni.Nanti aku tulis pasal benda lain pula tau.Maybe pasal aku tengok cerita apa, dengar lagu apa.Sekarang ni da malam, nak masuk pagi dah, nak tengok Running Man pukul 1 am nanti.
See you again.
nice idea, tq awk
ReplyDeleteYg calculator tu lepas dh ukur trus tmpl atau kne guna gam?
ReplyDelete