Friday, 29 June 2012

Kentang Lecek Ala KFC


Assalamualaikum

Ok untuk entry kali ni aku nak share resipi untuk masak

KENTANG LECEK ALA KFC

Dua hari lepas, aku duduk rumah tengok cerita apa entah, tengah syok layan movie tu, tiba-tiba perut aku ni buat hal pula.Dia minta makanan untuk memenuhkan tangki perut aku ni.Aku off tv pergi dapur, buka peti sejuk nak cari makanan apa yang aku rasa sedap.Tengah sedap mata melilau cari makanan, tiba-tiba aku terpandangkan buttercup, cuba teka aku nak buat apa.Confirm aku tak buat roti gula punya.Tapi otak aku lebih terarah kepada kentang lecek KFC.Disebabkan aku malas nak keluar pergi KFC setiawangsa, maka 6 biji kentang mak aku menjadi mangsa kepada Cik Syahirah Mulberry.Hehehehe *ketawa ala ahli sihir gitu.

Resipi, lets check it out!

Untuk membuat kentang lecek, bahan-bahannya ialah

- 6 biji kentang *yang ni aku masak cukup untuk 3 orang
- 1 sudu besar garam untuk dimasukkan bersama kentang sewaktu direbus bersama 2 liter air 
- 1 sudu besar buttercup *ni untuk letak lepas kentang sudah siap dilecek

Untuk membuat sosnya pula, bahan yang diperlukan



- 2 sudu besar marjerin * aku guna Planta


- setengah cawan tepung gandum *kalau nak lebih pekat tambahkan lagi tepung (aku tak tau macam mana tiba-tiba ada line putih ni)


-lada hitam 4 sudu besar *kalau nak kurang pedas, gunakan 2 setengah sudu


-setengah kiub ayam maggi


- satu sudu kecil ajinomoto, untuk tambah perasa *kalau tidak menggunakan ajinomoto pun tak apa, kerana rasa masih sedap.


- air masak lebih kurang 600 ml *kalau nak kurang pekat tambahkan lagi air, kalau nak lebih pekat kurangkan air

Okay, ni cara-cara untuk memasak sos kentang ni.

1 - Cairkan planta yang dipanaskan di dalam non-stick pan, *selalunya aku guna dalam periuk, senang nak mix bahan-bahan tu nanti.

2 - Masukkan tepung gandum gaul hingga sebati, pastikan api sentiasa kecil, untuk memudahkan tepung ni dimasak dengan sempurna.

3 - Setelah beberapa minit, bila you all tengok tepung tu dah berwarna emas, masukkan air masak yang 800 ml tu sedikit demi sedikit, gaul perlahan-lahan untuk mengelakkan tepung tadi berketul.Tekan tepung tu dengan senduk supaya rata.

4 - Bila dah pekat, cepat-cepat masukkan kiub ayam dan ajinomoto.Jika anda rasa kurang masin, tambahkan sedikit garam.

5 - Masukkan lada hitam bila sos tadi dah mendidih, gaul hingga rata.



6 - Tunggu dalam 2 minit, tapi sentiasa kacau.Then dah siap, boleh dituangkan ke dalam mangkuk.

Untuk kentang tadi pula, buang air rebusan.Masukkan ke dalam mangkuk dan anda lecek sehingga betul-betul hancur.Jika anda dapati yang kentang tu macam sedikit kering, tuangkan 2 sudu air masak.Masukkan buttercup tadi untuk menambahkan lagi rasanya.


Now kentang dan sos dah siap.Aku pun terus letak dalam piring, tak sabar nak makan, setengah jam aku duduk kat dapur masak benda ni.
 Taraaa...dah siap, sedap.,


Emmm, menyelerakan, sedap betul aku masak.Hahaha, kita boleh menikmati ni sambil menonton tv, ataupun sewaktu minum petang.

Selamat mencuba..
Okay, jumpa lagi.








No comments:

Post a Comment