Saturday, 28 July 2012

Bagaimana Hendak Hilangkan Rasa Mengantuk


Assalamualaikum

First of all i want to say thank you sebab sudi baca entry kali ini, and thanks juga sebab sanggup baca semua post aku dari mula aku start ber-blogging.Even ada benda yang aku tulis bila aku baca rasa macam "apakah semua ini?" and sometimes aku rasa macam "apa benda aku merepek ni".Tapi masih ada yang sudi singgah di blog aku ni untuk membaca post terbaru aku.Thanks sangat :)

Baru-baru ni aku ada share pasal jam tangan kan? Ingat tak? Tipu aku tak ingat padahal baru semalam aku post.Huahuahua..So bila dah cakap pasal jam dan waktu ni, benda yang terlintas kat fikiran aku ni ialah belajar dan dalam masa yang sama mengantuk.Aku boldkan perkataan ni sebab aku ada masalah tentang benda ni.Normal lah kan bila student yang hampir ambil exam besar mengalami masalah tidur.Yes! I am.Lately ni aku memang tidur lambat,tak tahu kenapa.Masa itu amat penting, jadi aku cuba untuk isi masa dengan benda yang bermanfaat.Sometimes lepas balik sek aku rehatkan dulu badan aku, tenangkan minda lepas belajar kat sek.Kalau aku ter-rajin skit, lepas balik sek je aku terus buat hw..selalunya start pukul 4 pm.Bila aku penat, tiba je waktu malam, time semua orang dah start mimpi, aku ni barulah terhegeh-hegeh nak buat homework.Bukan satu dua, tapi kadang-kadang sampai 3-4 kerja.Start buat hw pukul 10.30 nak tunggu siap semua tu confrim lepas pukul 12am punya.Bila jadi macam ni, maka mata encik panda pun terukir kemas di keliling mataku.Ohh tidak, aku resah plus gelisah campur pasrah.

Masalah seterusnya bila tak cukup tidur semua benda pun tak jadi.Memang big problem dah ni.Kalau kat sek time cikgu tengah mengajar, mulut aku ni sentiasa menguap je, tapi aku cover dengan tangan.Dan cuba untuk mengekalkan kesegaran kat muka aku.Tapi kepala aku ni dah terbayangkan katil siap bantal dengan selimut.Perghh sedapnya kalau dapat tidur..kan kan? Kadang-kadang aku berharap sangat yang aku ni tertidur lebih dari dua hari.Dengan harapan bila aku bangun, tak ada lagi istilah mengantuk dalam hidup aku.*Tinggi betul kau punya angan-angan. Ahh, tak mungkin semua tu akan terjadi.Sebab selama aku hidup ni pun, paling lama aku tidur cuma 7 jam je.Kalau ada kerja khusus yang memerlukan ketelitian, aku dapat tidur 5 jam je.Kejam bunyinya.

So untuk entry kali ni, aku nak share tips dengan semua follower dan pembaca blog ni.
Bagaimana Hendak Hilangkan Rasa Mengantuk

Aku dah try benda ni.Let's check it out.
So firstly benda yang harus dilakukan ialah cuba untuk tidur awal.Benda ni aku pernah try, tapi tak menjadi pun.Sebabnya bila aku cuba tidur pukul 10 malam, confirm tak lelap punya.Tak tahu kenapa? Why? Aku musykil ni.Pelik ah! Aku nak juga rasa tidur awal tapi tak boleh.Paling awal aku boleh tidur pun dalam pukul 11.50, tu paling awallah kiranya aku tidur.Baru-baru ni je aku tidur pukul 10.30, tapi mengantuk juga.Pening aku dibuatnya.

Next step, hampiri kawasan bercahaya.Okay, yang ni aku percaya.Dan aku pernah try sendiri.Berjaya beb! Thanks for the tips.Benda ni jadi masa kat sek, bila masuk lab untuk study science kita orang akan buka lampu sebab tak ada cahaya sangat.Memang berkesan, aku tak mengantuk pun.Yeah yeah, i like :) Tapi bila study subjek yang agak bosan, tak kira berapa teranglah lampu tu, berapa banyak mentol yang terpasang, mata aku tetap mengantuk.Hehehe,

Other than that, basuh muka. Eleh benda ni senang je.Ambil air percikkan kat muka, kalau mengantuk juga aku memang rendam je terus muka.Biar jadi jeruk.Hahaha, tapi benda ni memang berkesan lah.Aku berani cakap sebab aku pernah cuba.Even kalau malam-malam nak layan movie hantu, aku akan basuh muka dulu.Lepas tu letak mask Garnier.Segar rasanya.

Cara lain pula, dengan menggunakan wangian aromaterapi. You all boleh dapatkan benda ni kat Hinode.Macam-macam jenis wangian ada.Aku selalu guna yang bau bunga rose.Wangi betul, rasa macam duduk kat spa.

Yang ke-5 you all boleh dengar muzik atau radio.Bila rasa macam dah mengantuk tu, mainkan lah lagu kesukaan anda.Macam aku lagu yang aku rasakan sesuai untuk hilangkan ngantuk ialah lagu kartun.Yes betul, dan lagu most played aku ialah OST Doraemon.Opening theme tu.Confirm tak mengantuk punya.Sambil-sambil buat hw dalam bilik, layan sekali lagu Doraemon ni.Baru rasa ceria. :D

Aku pernah cuba benda-benda ni.Memang berkesan.Cuma yang tidur awal tu je tak berkesan kat aku.Even tidur awal pun, nanti aku akan mengantuk juga.Macam mana ni? Tak apa, yang penting tips yang lain berkesan kat aku.So harap-harap tips ni boleh membantu you all semua dari menghalang rasa mengantuk dari terus menular,hehehe. 

Sampai sini dulu.
Selamat Berpuasa


Friday, 27 July 2012

Jam Baru..Nampak Cantik


Assalamualaikum

Hari ni genap 7 hari kita berpuasa..aku masih mampu nak tahan lapar dahaga.Walaupun kadang-kadang tu rasa macam..aduhh sakit tekak sebab tak minum air, bibir mula kering sebab tak minum air.Tapi tak apa, sudah kewajipan kita sebagai umat Islam untuk berpuasa.Tinggal berapa hari je lagi, lepas tu nak raya dah.Yeah!! Ni yang aku suka ni.Aku memang tak miss punya kalau beraya ni.Jadi sebab tu lah aku rasa macam nak beli jam baru sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang ke-17 dalam hidup aku ni.Kenapa raya beli jam? Ohh sebabnya adalah kerana jam aku memang magic.Aku baru pakai 8 bulan, kanta jam tu dah tercabut.Beli yang baru, kat Nose Boutique..hmmm hampeh sama juga.Pakai tak lama dah tertanggal kanta dia.Pelik sangat ni, semakin aneh aku rasa.Nasib baik kat dalam kelas aku ada jam.Laptop ada jam.Handphone ada jam.Astro ada jam.Bolehlah juga aku tengok waktu dah pukul berapa.Tapi alhamdulillah aku ada jam baru.Wehee, warna merah tapi aku suka warna pink.Huahua, virus pink gitu.Haa buat masa ni jam tu masih elok, berbaloi aku beli.Dapat juga membantu aku.Memang susah aku kalau tak ada jam.Rasa macam waktu tak bergerak,gelisah dibuatnya.

So nak dijadikan cerita tengah syok belek-belek majalah, tiba-tiba ternampak gambar-gambar jam.Memang lawa, ada diamond lip lap lip lap.Tapi aku tak minat sangat, tapi tapi kalkulator aku ada manik-manik tu,Agak gegirl kan, aku nak cabut nanti, terlampau bling-bling.Jam yang aku tengok tu memang lawa.Disebabkan tertarik dengan semua jam tu, terus aku buka website Coach nak tengok jam.Mana tahu ada yang berkenan di hati.Yes! Ada ada.Aku rasa jam ni memang cantik, sama macam jam aku yang pecah tu.


Perghh..terpikat hati aku tengok.Paling mengancam warna putih tu.Memang aku minat warna pink, tapi kalau jam, aku takkan pakai warna terang.kebanyakan jam aku warna hitam.Tapi entah kenapa, jam Coach putih ni cantik sangat.Tali getah dan tulisan Coach di keliling jam berjaya menambat hati aku ni.


Amboi, banyak betul model ni pakai.Tapi aku tak faham kenapa dia tulis 
NEED A NEW boyfriend? pandai buat iklan nak tarik perhatian orang ramai.Ya aku akan anggap jam tu sebagai Boyfriend aku..hehe.Cantiknya yang warna putih tu,wow! 

Okaylah, sampai sini dulu.Aku saja je nak share pasal jam ni. :D
See you later, 
Selamat Berbuka Puasa.





Wednesday, 11 July 2012

11 July 2012


Assalamualaikum

Hai guys! So how are you doing? Hope you are in the pink of health okay.
I just got back after we finished the Annual Sports Day at AU2.I think this is the best activities after Merentas Desa.Actually I didn't participated at all masa sek kita orang buat larian ni, aku tak nak, malas nak lari..aku lagi suka bagi check point kat pelari tu.Ini tahun terakhir aku bertugas, ketua QM cakap, "thanks sangat-sangat sebab membantu dalam hal pengurusan hari sukan". Mestilah ini kerja yang paling best aku rasa, dapat pakai seragam QM warna merah sama-sama.Dapat makan sama-sama dengan semua QM dan cikgu-cikgu.Bergurau senda,gelak ketawa, senyum-senyum,angkat barang sama-sama..bestnya.Aku rasa nak terus kekal jadi QM even lepas aku habis sek nanti.

So dipendekkan cerita pagi tadi aku sampai kat padang AU2 tu pukul 7.01 minit pagi.Ambil kau, semangat aku nak bersukan.Semalam tak dapat tidur sebab excited nak bertugas jaga stop-watched hari ini.Sampai-sampai je rehat kejap kat bawah khemah.Tak ada benda nak buat, aku bergambar dulu.Simpan kenangan setelah 4 tahun aku berkhidmat dengan QuaterMaster ni. *Mak nak nangis, tak kira tahun depan aku nak beli juga baju QM yang baru.If boleh, sampai aku kerja pun aku still nak beli baju QM.Buat koleksi, biar penuh almari aku dengan baju Merah ni.

Kejap aku baru teringat yang aku belum habis edit gambar lagi.Lol, serious aku pelupa orangnya, haha.Tak apa, Insya-Allah aku habiskan kerja meng-edit tu malam ni.Ohh before that bila mula je perbarisan sampailah habisnya ucapan oleh Guru Besar sek, maka secara automatiknya, Sukan Tahunan sek aku dirasmikan.Aku rasa kat situ ada mood birthday party sikit, sebab ada belon.Banyaknya belon.Dengan pantas aku terus snap gambar tu.Weheee...


Aku semangat zoom kat langit, takut kalau tiba-tiba belon tu terbang jauh, rupa-rupanya dah siap ikat dengan tali, baru nak minta satu.Tapi tak apalah, balik dari padang tu aku beli belon sendiri.

Sampai sini dulu tau..nak iron baju sek dulu..hehe

by

Sunday, 8 July 2012

Nak Tulis Apa Ni??


Assalamualaikum to all my readers

^,^

Miss you sangat-sangat.Aku tak tahulah nak tulis apa untuk entry kali ni.Ada idea tak?Aku nak main game pun tak tahu nak main dengan siapa.Main dengan adik aku, memang berjanggut plus gugur baliklah kalau nak main dengan dia.Aku tengok adik aku ni memang kusyuk kalau dia tengah main PES 2011 dia tu.Sampai aku kat sebelah dia pun, dia tak sedar.Tau-tau je sofa dalam bilik dia dah bersepah, aku dah lipat-lipat bantal tu.Hahaha, kejam tak? *selang beberapa saat... "kejam",jawab adikku Ashraf tu.

Eh aku tak ada idea betul ni.Chopp! Ahha, aku tau.Kita cerita pasal Hari Raya Aidilfitri nak.Even puasa pun belum, tapi semangat raya aku ni dah berkobar-kobar jadinya.Tambah pula mak aku dah tanya, tahun ni baju raya nak warna apa.Tapi dalam kepala aku time tu hanyalah, rendang,ketupat,sambal udang, paling-paling aku tunggu Duit Raya.Dapat duit raya dari parents aku, memang terus simpan dalam purse, standby sebelum keluar shoping.Selalunya aku just beli barang-barang korea dan jepun je.Sometimes aku beli makanan macam coklat,sweets,potato chips*yeah my fav .

Kalau balik kampung untuk raya, tempat yang paling best untuk dilawat ialah sawah padi.Fuhhh kalau pergi sini rasa macam berlakon drama cinta-cinta je.Huahuahua. Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa, meniup menyapa tubuhku yang sedang berdiri menungkan sesuatu. *Macam ayat untuk karangan bm UPSR aku je.Okayla tu, inspirasi dari novel, hehehe.

Ni je ke yang aku nak tulis, macam bosan je.Jap-jap fikir lagi.Aah la, memang ni je yang aku boleh tulis pun, tak ada idealah, Buntu kepala fikiran aku.

Sampai sini je la dulu.
See you later guys. 

By,

Sebelum tu nak ucap 

Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya Aidilfitri