Assalamualaikum
Hari ni genap 7 hari kita berpuasa..aku masih mampu nak tahan lapar dahaga.Walaupun kadang-kadang tu rasa macam..aduhh sakit tekak sebab tak minum air, bibir mula kering sebab tak minum air.Tapi tak apa, sudah kewajipan kita sebagai umat Islam untuk berpuasa.Tinggal berapa hari je lagi, lepas tu nak raya dah.Yeah!! Ni yang aku suka ni.Aku memang tak miss punya kalau beraya ni.Jadi sebab tu lah aku rasa macam nak beli jam baru sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang ke-17 dalam hidup aku ni.Kenapa raya beli jam? Ohh sebabnya adalah kerana jam aku memang magic.Aku baru pakai 8 bulan, kanta jam tu dah tercabut.Beli yang baru, kat Nose Boutique..hmmm hampeh sama juga.Pakai tak lama dah tertanggal kanta dia.Pelik sangat ni, semakin aneh aku rasa.Nasib baik kat dalam kelas aku ada jam.Laptop ada jam.Handphone ada jam.Astro ada jam.Bolehlah juga aku tengok waktu dah pukul berapa.Tapi alhamdulillah aku ada jam baru.Wehee, warna merah tapi aku suka warna pink.Huahua, virus pink gitu.Haa buat masa ni jam tu masih elok, berbaloi aku beli.Dapat juga membantu aku.Memang susah aku kalau tak ada jam.Rasa macam waktu tak bergerak,gelisah dibuatnya.
So nak dijadikan cerita tengah syok belek-belek majalah, tiba-tiba ternampak gambar-gambar jam.Memang lawa, ada diamond lip lap lip lap.Tapi aku tak minat sangat, tapi tapi kalkulator aku ada manik-manik tu,Agak gegirl kan, aku nak cabut nanti, terlampau bling-bling.Jam yang aku tengok tu memang lawa.Disebabkan tertarik dengan semua jam tu, terus aku buka website Coach nak tengok jam.Mana tahu ada yang berkenan di hati.Yes! Ada ada.Aku rasa jam ni memang cantik, sama macam jam aku yang pecah tu.
Perghh..terpikat hati aku tengok.Paling mengancam warna putih tu.Memang aku minat warna pink, tapi kalau jam, aku takkan pakai warna terang.kebanyakan jam aku warna hitam.Tapi entah kenapa, jam Coach putih ni cantik sangat.Tali getah dan tulisan Coach di keliling jam berjaya menambat hati aku ni.
Amboi, banyak betul model ni pakai.Tapi aku tak faham kenapa dia tulis
NEED A NEW boyfriend? pandai buat iklan nak tarik perhatian orang ramai.Ya aku akan anggap jam tu sebagai Boyfriend aku..hehe.Cantiknya yang warna putih tu,wow!
Okaylah, sampai sini dulu.Aku saja je nak share pasal jam ni. :D
See you later,
Selamat Berbuka Puasa.
kaler biru cntik..
ReplyDeletecantikkan.,
Deletecantik !! smart,, belanja saya jam ini boleh haha
ReplyDeleteselamat berpuasa yer
selamat berpuasa juga :D
ReplyDeletehehe, lawakan jam ni.
hanna suke warne purple ! hehe, tu pling cntek ..
ReplyDeletebtw..slmat berpuase.. :)
same with me, purple is one of my fav colour :D
ReplyDeleteselamat berpuasa juga :)
wah! need a new gf ader x?
ReplyDeleteHAHA!
lol, i'm not sure
ReplyDelete