Tuesday, 5 November 2013

NOVEL! NOVEL!


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Assalamualaikum. 

Aku saja nak share dengan you guys semua novel pertama yang aku buat. Kalau nak baca dan ikut perkembangan terkini, boleh follow blog ini. Bab pertama dah dipos. :)

sila tekan tajuk novel itu. :)




Saturday, 19 October 2013

Novel


Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum w.b.t

Hai. I create this entry in the morning. 1.02 am on 19 oct 13. I can't sleep. I dont know why. So i decided to design a temporary front page for my first novel. Also known as cover. I'm still new in writing a novel. But, wish me luck okay? I will keep trying and never stop praying. Only HIM has the right on me. Everything that I did, adalah dengan izin ALLAH SWT. Dan idea untuk membuat novel ini juga lahir dan datang dengan izin-NYA.

Let me show you my first cover novel. designed by me. I used photoscape and picmonkey.


mencintai seseorang itu bukan bermakna kita mampu untuk memiliki dia.. tapi cukuplah dengan menyatakan rasa sayangmu padanya. berserahlah kepada Yang Maha Kuasa. 

ucapkan syukur kerana DIA ingin berikan yang lebih baik untuk hambaNYA. kadang-kala belajar mencintai orang yang mencintai kita adalah jauh lebih indah daripada belajar melupakan seseorang yang kita sayang.

Jadi terimalah setiap insan yang menjadi jodohmu dengan hati yang ikhlas kerana DIA. ALLAH itu Maha Mengetahui. Jodoh yang sudah tertulis di Luh Mahfuz adalah yang harus kita curahkan kasih sayang dan cinta. Semaikan rasa rindu dan kasihmu hanya untuk dia. 

Kerana ALLAH telah tetapkan cinta mu dan dia untuk terus bersatu. InsyaALLAH... love till Jannah. Amin.

Monday, 14 October 2013

Thank To ALLAH, for everything


Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum dan selamat pagi sebab aku tulis entry tepat jam 8.20 pagi bersamaan 14 Oktober 2013

Have you read the title? Thank you. 

Syukur Alhamdulillah pada Ya Ilahi, Rabbi for everything that HE gaves to me. I'm happy now. 
Ingat tak masa zaman-zaman pelajar lepasan SPM 2012 buat permohonan UPU? Aku masih ingat saat-saat itu. Di mana permohonan aku ditolak berkali-kali. Sedih? Memang aku sedih. Terfikir juga mengapa semua permohonanku untuk melanjutkan pelajaran di Asasi UIA ditolak? Aku kuatkan semangat bila tahu keputusan permohonan pertama. Untuk kali keduanya, aku memohon lagi pada tempat yang sama, course yang sama. Setelah beberapa hari menunggu, semua pelajar lepasan SPM boleh mula menyemak keputusan di UPU. Aku pun masukkan ID dan bila aku nampak aje keputusan tu, dada aku jadi sebak. Aku cuba tahan air mata daripada gugur.

'Ya ALLAH, mengapa aku tidak diberi peluang untuk belajar di sana? Apakah kerana keputusan SPM ku yang tidak memberangsangkan?' 

Aku duduk sendirian dalam bilik untuk menenangkan diri. Aku biarkan semua air mata yang berkolam ini gugur dengan sepuas-puasnya. Emak aku terus beri sokongan pada aku supaya terus berusaha. Aku akur yang aku sedih tapi demi masa depan yang lebih baik, aku kuatkan semangat. 

Aku sentiasa berdoa kepada ALLAH agar berikan yang terbaik untukku sebagai hambaNYA kerana aku yakin apa yang aku inginkan selama ini bukanlah yang terbaik untukku. Tapi ALLAH lebih mengetahui segalanya. ALLAH Maha Mengetahui. Syukur Ya ALLAH.

Selepas beberapa minggu menunggu dan bersabar, akhirnya ALLAH berikan sesuatu yang tak dijangka. Sekeping surat tawaran dari International Islamic College! Jujur aku cakap aku rasa syukur sangat kerana doaku telah dimakbulkan. Emak dan ayah aku gembira sangat. Aku isi borang tawaran tu sebab aku tahu inilah yang terbaik yang ALLAH rancangkan untuk hambaNYA ini. Aku menangis sebab terlalu gembira. Akhirnya impian aku melanjutkan pelajaran di bawah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia tercapai juga. Aku tahu ALLAH tidak beri rezeki pada aku di Asasi UIAM kerana DIA ingin berikan yang terbaik untuk hambaNYA ini. 

Alhamdulillah. ALLAH telah permudahkan segalanya. Sekarang aku sudahpun melanjutkan pelajaran di sana. Diploma In Islamic banking & Finance dalam tahun 1. I will continue the first exam on next month. Then break for 2 weeks before continue with semestar 2 by this december.

 "Alhamdulillah. Sesungguhnya perancanganMU adalah yang terindah untukku Ya ALLAH."


Monday, 24 June 2013

Kulit Muka Kering?


Assalamualaikum w.b.t.

Dah baca tajuk? Bagus, bagus. Ya, kulit muka aku tengah kering sangat-sangat ni. Sometimes rasa macam tak selesa. Iyalah, tengah duduk rehat-rehat, bila pegang muka, rasa kulit ni macam menggelupas. Aku pun tak tahu kenapa. Kenapa eh?

"Entahlah..." 

Actually, dah seminggu juga benda ni jadi. Aku perasan ni pun, masa pergi melaka hari tu. Masa tengah pakai bedak ni, tiba-tiba aje ternampak kulit ni macam kering. Nampak macam menggelupas. Terkejut juga, sebab sebelum ni, aku tak alami  dah masalah kering kulit ni. Dah bertahun-tahun lamanya, kulit aku ni okej aje. Tapi tak apalah, benda nak jadi kan.. 

Sebelum tu, aku peganglah muka, boleh rasa yang kulit aku ni jadi kasar-kasar sikit. Aku tunjuk dekat mak, seperti yang ku duga, mak aku pun perasan yang kulit aku ni kering. Jadi aku buat keputusan untuk basahkan muka dengan air. Just lap muka perlahan-lahan. Alhamdulillah, kulit muka aku tak nampak menggelupas sangat.

Hari ni, aku ajak mak pergi beli penyegar muka. Tak payah pakai yang mahal-mahal. Aku beli yang murah. Yang penting produk tu sesuai dengan kulit muka aku. Malam sebelum beli tu, aku dah tengok produk dekat google. Dalam banyak-banyak tu, aku lebih suka guna Shurah. 

Aku ada bagitahu pasal benda ni dalam entry yang lepas. Aku memang guna pembersih muka shurah. Alhamdulillah. Berkesan. Bagus untuk muka aku. Bila sampai aje dekat shoping mall, aku teman mak pergi beli barang untuk buat caramel pudding sebelum cari penyegar muka yang aku nak beli ni.

Harga yang sangat berpatutan. Hanya 9 ringgit 50 sen aje. Murah dan sesuai dengan saiz botolnya yang sederhana tu. Aku beli kapas sekali. Hanya 4 ringgit 99 sen. Iyalah, sebab aku baca cara penggunaan tu, kena titiskan pada kapas dan sapukan pada muka.



p/s : kena cuci muka guna penbersih muka Shurah sebelum sapu penyegar muka.

Bila pakai aje benda ni, muka tu rasa segar sangat. Kulit muka aku ni rasa sejuk dan lebih segar. Jadi bila dah sapu benda ni, aku peganglah muka aku, kulit kering tu dah kembali macam biasa. Rasa licin dan bersih. Kulit muka yang kering tu ada sikit-sikit, tapi tak kering macam sebelum pakai penyegar ni. Alhamdulillah, aku rasa bersyukur pada ALLAH S.W.T. Akhirnya, aku jumpa produk yang sesuai untuk kulit muka aku ni.

Aku cadangkan pada anda semua yang ada masalah kulit muka kering, bolehlah cuba produk Shurah ni. Yakin dan Suci. Lepas ni, aku nak cuba produk Shurah yang lain pula. Aku nak guna krim muka.

Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi membaca entry ini.

Saturday, 8 June 2013

Bahayanya Makanan Masam, Jika Berlebihan


Assalamualaikum w.b.t

Tajuk entry kali ni macam gempak sangat je. Sebenarnya masa tengah makan tadi, tiba-tiba aku teringat kenangan aku masa dekat sekolah dulu. Ya! Aku mengaku yang aku memang sukakan makanan masam-masam. Tak kisah apa pun, yang penting masam. Aku ini orang yang kuat makan makanan pedas-pedas and masam. 


credit to Google Image

Tapi pernahkah anda tahu bahawa makanan yang masam ini boleh melemahkan ingatan seseorang? Wah.. feeling-feeling SPM gitu. Ayat nak tersusun cantik aje. 

Apa yang aku nak cerita ni memang betul-betul terjadi pada aku dua tahun yang lalu dan berterusan selama beberapa bulan. Okay. Aku ni memang jenis kuat makan dan minum. Jadi kalau dekat sekolah tu, setiap kali rehat, aku akan beli dua kotak air Peel Fresh Oren & Yogurt Peach. Dekat sini dah nampak, yang  benda ni MASAM, kan? 

Kalau dekat sekolah dulu, duit belanja aku akan habis dekat koperasi sebab beli makanan tak habis-habis. 

Tanpa sedar, semakin hari ingatan aku ni semakin lemah. Mula-mula aku ingatkan biasa je. Tapi makin lama, otak aku ni macam tak boleh nak simpan banyak memori. Masalah paling besar bila nak exam. Kalau seminggu exam, maka seminggu jugalah aku tak cukup tidur. Mata akan nampak lebam. Tapi aku tak kisah, yang penting aku boleh simpan banyak benda yang aku dah baca. But the problem is, bila aku buka kertas nak jawab, aku tak ingat apa benda yang aku baca semalam. Day by day, my memory is getting low. I don't know why. And ada satu tahap, kepala aku jadi pening sebab perah otak nak ingat. Tapi tak dapat juga. Masa tu aku rasa macam down sangat. Sedih dan kecewa.

Bila dah lama macam tu, aku pun duduk sorang-sorang terfikir-fikir kejap. Apa punca aku jadi macam ni. Tiba-tiba adik aku cakap, "ingatan akak jadi macam tu sbb terlampau banyak makan benda masam."

Aku pun macam, 'Eh! ye ke?' 
Disebabkan rasa macam tak puas hati dengan kata-kata dia, aku terus google punca-punca lemah ingatan. I found it!

-Puncanya adalah kerana mengambil makanan masam yang berlebihan.

Okay dekat sini aku nak bagitahu satu lagi benda.. sepanjang aku mengamalkan makan benda masam-masam ni, gusi aku tak pernah berdarah kalau gosok gigi. Sebab apa? Yes, because it contains a vitamin C and it helps you keep your gums healthy. Yang ini aku suka!

Tapi masalahnya, aku ni dah nak dekat SPM masa tu. Aku mula jadi kelam-kabut. Tak tahu nak buat apa dah. Aku berjalan mundar-mandir di dalam bilik, cehh...

So, tindakan yang aku ambil ialah aku hindarkan diri daripada sentuh makanan masam for a long time. Memang masa tu, aku banyak minum air mineral dan makan kismis je. Setiap kali lalu depan koperasi sekolah atau pergi 7E, aku tak akan beli benda masam. Sebab aku kena berhati-hati sebelum ingatan aku lumpuh. Nanti bahaya! 

Aku juga selalu berdoa agar ALLAH kuatkan ingatan aku. Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat. Sejak tak makan benda masam-masam ni, aku lebih mudah mengingat dan setiap apa yang aku dengar, akan tersimpan dalam otak aku ni hah. 

Cuma masalahnya, sometimes bila aku gosok gigi, berus tu akan tercucuk pada gusi. Masa tulah gusi aku mula berdarah balik.. Tak banyak pun, tapi memang boleh rasa yang gusi aku ni dah kekurangan vitamin C. 

So, selama 3 bulan sebelum SPM dan masa SPM, aku elak daripada memakan makanan masam demi kebaikan aku juga. Aku bersyukur sangat sebab ALLAH telah kuatkan ingatan aku dan masa SPM hari tu, aku dapat ingat banyak benda yang aku dah belajar sebelum exam. Alhamdulillah. Alhamdulillah..

Sampai sekarang aku kurangkan makan masam sebab tak lama lagi nak sambung belajar. Nak-nak pula aku ni gastrik. Kali ini aku kena simpan lagi banyak data-data penting. Aku kena kuatkan ingatan selalu.

Jadi aku sekadar nak beri nasihat je pada anda semua. 
Makan benda masam ni boleh, tapi jangan berlebihan kerana kesan sampingannya yang boleh menjejaskan ingatan kita. Kalau nak makan masam juga, makan sikit je, sekadar untuk dapatkan vitamin C. Okey? 

Assalamualaikum.

Tanpa Akaun Maybank..


Assalamualaikum w.b.t.

Lama juga aku tak buka blog, twitter, fb, formspring, myspace lagi tak pernah buka! Password pun tak ingat dah. Biar dia bersawang dekat situ. 

Sebenarnya dah lama aku tak pegang handphone. Hampir 5 bulan. Lama kan? Tapi aku rasa seronok sangat sebab tak payah nak reply mesej. Nak answer call and what so ever. Paling penting sekali, aku tak perlu top up. Hah! Itulah kebaikannya. Nak-nak pula aku ni memang jenis yang tak suka keluar rumah. Selalunya beli kredit secara online saja. Tapi sekarang ni, akaun maybank aku buat hal ya. So, sekarang ini aku dah tak ada akaun bank sebab bulan lepas aku baru je pergi maybank Setiawangsa untuk tutup akaun. Habis diguntingnya kad aku tu. Sedih! Jadi sekarang ni, barang berharga yang ada dalam purse aku hanyalah kad pengenalan, lesen kereta, popular bookstore - yang ni penting kalau nak beli buku, dapat diskaun. Itu sajalah yang ada. Susah juga, sebab kalau nak keluar mesti kena bawa cash money and i have to make sure that duit yang aku bawa tu cukup untuk beli barang. Sebab kalau tak ada duit, macam mana pula aku nak keluarkan duit dari ATM. 

Tapi tak kisah pun. Selalunya aku keluar untuk beli makanan aje. So, aku tak risau sangat. 

Jadi aku ingat sebelum masuk universiti ni, aku nak buat akaun bank yang baru. Kalau boleh Maybank, yang ini mesti sebab kalau ada masalah, aku boleh pergi dekat Setiawangsa aje. Dekat sikit. Drive dalam 10 minit dah sampai. Lagi satu ayah aku suggest buka akaun CIMB. Aku ikut aje sebab itu yang terbaik. 

InsyaALLAH, dalam masa terdekat ni, aku boleh pegang kad maybank semula. Yes! Seronoknya...


"I'm serious"

Okay Putih! You've grown up now. Almost 4 months old.

Assalamualaikum. 

Saturday, 13 April 2013

Sambung Belajar Lepas SPM


Assalamualaikum

Berjumpa lagi kita hari ini waktu petang-petang macam ni.Hari ni kan hari sabtu so mesti ramai antara korang ni yang balik kampung kan? Berhati-hati di jalan raya, selamat pergi dan pulang.Aku tak balik kampung pun sebab kampung cek ni jauh..kat Jitra tu hah, paling kurang pun ambil masa 6 jam nak sampai sana.Macam biasalah, tak sempat nak menikmati pemandangan waktu malam pun, sebab sepanjang jalan aku tidur je. *sebab selalu bertolak pukul 11 malam.

Untuk entry kali ni aku saja je nak cerita pasal Universiti pilihan aku.Okeylah untuk pengetahuan semua dan memang dah ramai pun yang tahu.Setiap pelajar lepasan SPM yang nak sambung belajar kat mana-mana IPTA mesti kena isi borang permohonan UPU.Aku baru je isi dua hari lepas.Cuba bayangkan berapa lama masa yang aku ambil semata-mata nak isi borang ni.Bulan 2 hari tu semangat je aku ajak mak aku teman pergi BSN nak beli no ID.Kononnya nak isi teruslah kan borang tu.Hampeh! Tangguh punya tangguh ni lah jadinya.Menyesal.. T.T

Tapi Alhamdulillah, borang tu aku dah isi dan dah hantar pun.Lega, fuhhh...Aku tanya ramai kawan aku dia orang nak masuk Uni mana.Ada yang nak sambung kat UiTM,USM,UM macam-macam lagilah.Tapi aku memang nak sangat masuk UIA.So aku pun saja ajelah buka website dia tengok-tengok.Yes ada LAW.Bagus.

Lepas tu aku tengoklah syarat kemasukan ke Pusat Asasi UIAM untuk asasi Undang-Undang.Alhamdulillah, dengan keputusan SPM aku ni, aku layak untuk masuk situ.Aku baca punya baca, dia cakap sesiapa yang ambil asasi perubatan or lain-lain dia akan hantar korang dekat Pusat Asasi UIAM Nilai.And dekat UIAM Petaling Jaya ni cuma ada satu aje sastera LAW.Yang paling penting, aku tak payah pening-pening nak fikir habis asasi ni nak masuk mana.Sebab confirm dia akan hantar aku terus dekat UIA Gombak.Sekali lagi aku menarik nafas lega sebab dekat dengan rumah aku.Tak payah duduk asrama.Kalau boleh memang tak nak pun duduk asrama.Sebab pada akulah, rumah aku juga yang terbaikk! Home Sweet Home katanya..kan kan.

So kalau rajin-rajin bolehlah aku ulang-alik pergi kelas kan.Duit minyak kereta tu pandai-pandailah aku cari.Yang penting duduk rumah sendiri.Tapi kalau aku kena duduk asrama juga, aku tak kisah.Janji aku dapat study kat UIAM tu.Nanti bolehlah hidup berdikari.Rasa hidup susah senangnya.

Sejujurnya aku dah tak sabar ni nak sambung belajar.Macam manalah agaknya kan bila kita belajar balik lepas duduk kat rumah lama-lama sebab dah habis SPM.Aku dah berjanji, kalau boleh aku memang nak setahun je buat asasi ni.Kena pastikan yang setiap semestar aku akan dapat pointer yang terbaik.Baru rasa semangat nak belajar.Ya tak hehehe.

Sekarang ni aku cuma perlu berdoa mudah-mudahan Allah makbulkan doa aku untuk sambung belajar kat Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya tercapai.Amin 


Dengan adik aku, Ashraf.Masa ni lepas ambil result SPM.

Kadang-kadang waktu malam aku terfikir juga, cepatnya masa berlalu.Tak sangka dulu masa pergi tadika belajar ABC dengan 123.Sekarang aku dah habis sekolah pun.Alhamdulillah dengan izin Allah SWT aku berjaya sampai ke peringkat sekolah menengah.Sekarang ni masanya pula untuk aku sambung belajar lagi.

*Sehangat Asmara dah habis kan.Yes.Tiba-tiba aku suka pula lagu Ratuku.

Thanks for reading.

Saturday, 16 March 2013

Penjagaan Kulit Muka


Assalamualaikum

Apa khabar semua? Sihat? Sakit? Mana yang sihat tolong teruskan jaga kesihatan.Siapa yang sakit tu bolehlah ambil ubat ya.Sebab aku pun tengah sakit juga ni.Macam biasa selsema yang semakin menjadi-jadi.Tisu kat rumah dah habis, dalam bilik dah habis, tisu dalam kereta dah habis..haaa tisu kat kedai je tak habis lagi.Aku sebenarnya dah penat bersin..nak nak pula aku allergy habukkan.Lagilah dia punya tahap kebersinan tu. *kebersinan pun boleh.

Aku ni rindu sangat dekat blog aku ni.Setiap kali on laptop je buka twitter, dengan fb.Masalahnya aku buka macam tu je, bukan update status or jawab pertanyaan lazim dia "What's Happening" yang dimana aku dah mula malas nak tulis.Tapi tiba-tiba malam ni rasa macam rajin pula nak menulis di blog.Maklumlah, dah lama juga aku biarkan blog ni berhabuk.Ceh padahal cantik je.Perasan pula.

Okay dengan semangat yang gigih petang tadi lepas masak ayam goreng pedas, maka aku pun editlah blog aku ni.Dengan background yang baru dan juga header yang SAMA... (capslock terus menandakan aku tak tukar header), jadi aku pun dapatlah wajah blog yang baru.Cantik tak? Aku rasa kemas sikit kot sebab tersusun je.Alahai lepas ni bertambah rajinlah aku jenguk blog ni.Oh lupa pula, ni dia gambar ayam goreng pedas yang aku masak tu.Kalau nak resipi dia ada sekali kat bawah gambar.



Resipi ni korang boleh cuba kalau teringin nak makan.Kalau tengah lapar masak ni memang sedap.Aku suka pedas, so sebab tulah letak banyak sos cili, siap tambah serbuk cili..hah ambil, kasi berapi.Tapi tak berapa nak berapi pun.Alhamdulillah emak,ayah,adik,dengan kawan adik aku sekali cakap sedap.Suka aku dengar perkataan SEDAP tu hehehehe.

Back to the topic entry aku hari ni adalah tentang penjagaan kulit muka .Memanglah selalu dengar and mesti korang baca tajuk je terus cakap 

"penjagaan kulit muka? selalu dengarlah pasal ni"

Memang selalu dengar, sebab tu aku nak tulis lagi.Saja suka-suka sambil buang masa depan laptop.Mestilah orang tengah bercuti, bukan-bukan..orang dah habis sekolah.Hohoho bangga pula.Relax dulu result SPM aku tak dapat lagi.Doakan yang terbaik untuk aku tau.Amin.

Penjagaan kulit ni kalau kita tengok betul-betul nampak macam senang je.Letak bedak sana-sini, cuci muka beberapa kali, letak pelembap mukalah, pencuci mukalah, masker mukalah.Macam-macamlah pening kepala aku.Actually aku cuma buat 3 cara ni je.

Firstly aku memang cuci muka dengan pencuci muka fav aku SHURAH, yang gambar kambing tu, kadang-kadang ada gamat dengan timun.Suka hatilah nak guna yang mana pun.Aku akan cuci muka 3 kali sehari, sama dengan gigi.Pagi,petang & sebelum masuk tidur sambil guna masker GARNIER.





Credit Google Image


Aku memang akan cuci muka supaya tak berminyak dan alhamdulillah lepas aku pakai produk ni muka aku tak berminyak sangat dan aku tak payah guna lagi dah kertas minya warna biru tu..jimat bape ringgit.Oh sebenarnya produk yang aku guna ni tak mahal pun.Setiap satu tak lebih sepuluh ringgit.Kiranya sesuailah untuk aku yang masih belum bekerja dan lepasan SPM ni.

Secondly aku memang tak pakai makeup atau lebih dikenali sebagai alat solek bila keluar jalan-jalan.Memang aku tengok ramai orang pakai makeup ni lawa.Muka nampak segar dan ceria.Aku kalau tengok sepupu aku pakai makeup bukan main khusyuk lagi.Sampai ternganga-nganga mulut aku tengok tangan dia pantas pasang bulu mata palsu, sapu pemerah pipi, gincu semua bagai tu.Tapi bila dia nak mekapkan aku, dengan pantasnya aku cakap "tak nak".Aku lebih selesa pakai bedak je.Bedak fav aku Silkygirl.


Credit Google Image

Nilah bedak yang aku guna tu.Memang rasa ringan dan sejuk.Walaupun harga dia agak mahal, tapi berbaloi.Bagi peminat SilkyGirl bolehlah datang ramai-ramai pergi beli produk dia, guna duit sendiri.I tak ada duit hehe.

Thirdly aku makan tomato.Tomato? Ya tomato merah yang segar tu.Haa bab ni korang jangan cakap.Tiap kali pergi pasar atau beli barang dapur, mesti aku akan beli tomato.Lepas tu balik rumah makan gitu je.Tak payah potong atau masak.Just basuh je bagi bersih terus masuk mulut.Sehari aku akan makan 2 biji.Sebelum ni aku tak tau pula yang tomato ni elok.Aku makan macam tu sebab suka rasa dia yang masam-masam.Then one day, bila aku tengok rancangan apa entah.Dia ada cakap khasiat tomato ni ialah dapat melicinkan kulit muka dan menyegarkan kulit.Apa lagi, bertambahlah aku punya excited makan tomato.


credit google image

Eh jap, penat pula aku menaip kat sini.Jam dah dekat pukul 12 pagi.Esok dah ahad, lusa nak pergi kelas memandu.Selang sehari dah ambil result SPM.

So sampai sini jelah ye penulisan aku.Cehh Penulisan, dah lama tak dengar sejak habis sekolah rendah hihi.Bagi mereka yang gemar menjaga kulit muka dan memang inginkan kulit yang licin bolehlah pakat beli tomato masa teman mak pergi pasar tu ye.Murah je pun tomato ni, kalau ada lebih buatlah kuah spaghetti.Kenyang juga perut tu.Okay okay.Mata dah mengantuk, nak tutup ni.

Thank you.

Thursday, 7 February 2013

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


"Ya Allah permudahkanlah segala urusanku dan berkatilah hidupku di dunia dan di akhirat..serta kuatkanlah imanku menghadapi nikmat dunia dan jauhilah aku dari segala perkara yang mungkar"

Sunday, 13 January 2013

'L' Dalam Tangan


Assalamualaikum

How's your first day in new year? Happy..atau sebaliknya? Aku punya first day memang seronok.Duduk kat rumah sambil makan-makan, lepas tu main laptop.Tengoklah kalau bosan aku main game, kalau bosan lagi dengar lagu.Kalau aku rasa macam bosan lagi terus handphone dicapai dan call sek memandu untuk hadirkan diri ke kelas memandu.

Alhamdulillah berkat usaha aku, malam-malam menghadap buku memandu.Akhirnya dengan sekali try, aku lulus ujian undang-undang berkomputer.Jimat RM45 heheheh.Suka sangat suka sangat ^^ Sekarang ni lesen 'L' dalam tangan.Kalau ikut peraturan kena tunggu seminggu baru boleh pergi driving test.Aku ambil dekat IMKEDA ni hah.Dekat je..kalau naik kereta memang cepat, tapi kalau jalan kaki memang aku takkan sampai punya.Tapi macam tak lawak kan? okay abaikan.

Aku dah plan sebelum pergi belajar memandu tu nanti, aku nak minta tolong mak aku ajar.Pusinglah kat mana pun, yang penting aku boleh belajar.Sebabnya tak naklah masa hari pertama belajar tu baru nak cari mana klac, brek, minyak, macam mana nak guna gear, signal and whatsoever.Jadi kesimpulannya aku nak pergi belajar memandu dulu dengan mak aku.Belajar cara-cara nak kawal kenderaan.So bila pergi belajar tu nanti aku dah mahir sikit.Next week aku pergi driving test.Then rehat dulu, baru pergi test dengan JPJ.

Okeylah, so doakan yang terbaik and wish me luck.
Thanks for reading this entry

Eh chopp! cerita Setia Hujung Nyawa tu best kan!Wohoo tak rugi aku tengok.Lepas ni kat astro ada cerita baru, novel juga Sehangat Asmara.Dah tentu aku tak nak beli novel dia punya.Sebab tengok kat tv lagi best.Tak payah aku membayangkan suasana dia macam mana.

Tuesday, 1 January 2013

Tahun Baru


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum

Tahun baru dan aku sebagai umat Islam sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana dipanjangkan umur dan masih dikurniakan kesihatan dan rezeki yang murah.

Alhamdulillah tahun 2012 dapat aku harungi walaupun penuh dengan pelbagai dugaan di saat menimba ilmu, sewaktu bersengkang mata untuk mengingati setiap pelajaran, semasa menjawab semua soalan peperiksaan..Allah SWT telah mempermudahkan segala urusanku.

Di saat aku berputus asa..aku akan menangis kerana kecewa.Kemudiannya tertidur dengan air mata.Namun aku panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana memberikan aku petunjuk agar meneruskan perjuangan dan air mata yang menitis diseka.Aku yakin bahawa semua kesusahan ini adalah jalan untuk meniti hari kejayaan.Dengan kekuatan aku berjalan jua mengharungi setiap kepayahan dan selama itu juga aku bertahan untuk mencapai cita-cita.Terima kasih Ya Allah kerana sentiasa membantu diriku tidak kira siang atau malam, susah atau senang..semua ini mampu aku lakukan berkat keizinanmu Ya Allah.

Tahun baru 2013

Aku mulakan hari pertama dalam tahun baru dengan lafaz Bismillah.Mudah-mudahan dengan ini segala yang berlaku pada hari akan datang menjadi lebih mudah dan berjalan dengan lancar.

Azam yang baru hanyalah ingin menjadi yang lebih baik.

Selamat Tahun Baru...