Friday, 28 December 2012
Hasilkan Novel..Masih Mencari Idea Baru
Assalamualaikum
Minat novel? Selalu beli novel? Pernah tak tidur sebab baca novel? Menangis sebab baca novel bila kena part sedih? Baca novel time sunyi sebab nak menghayati cerita tu sebab takut baca waktu bising nanti tak faham jalan cerita? Ya tu akulah tu..hahaha.Sebagai peminat novel dan aku pernah baca novel sampai tak tidur, okay benda ni baru je berlaku tapi tak apa aku dah habis sekolah, kehkehkeh.Jangan marah ye siapa yang masih sek sebab you all akan habis sek juga.Good luck dan belajar rajin-rajin.
Okay nak sambung balik cerita pasal NOVEL ni.Disebabkan aku memang suka benarlah baca novel maka dah lama menyimpan hasrat untuk menghasilkan novel sendiri.Alhamdulillah Allah SWT memberi peluang kepada hambaNya ini untuk menghasilkan novel sendiri.Dalam masa yang agak panjang ni aku dah habiskan waktu dengan menulis novel.Baru selesai sehingga Bab 13.Kalau ada rezeki memang aku nak hantar manuskrip dekat mana-mana syarikat penerbitan novel.Aku dalam dilema ni nak hantar kat mana, ada dua tempat aku minat Alaf 21 dan SR Publication.
Tapi tak apa, apa yang penting bukan kerjasama sebab aku tak ada kena mengena langsung dengan wonderpet, yang penting sekarang ni aku kena siapkan dulu novel ni.Mungkin cerita aku ni lain dari yang lain.Tapi aku memang tekankan kepada happy ending.InsyaAllah kalau ada rezeki you all boleh nampak novel karya Nor Syahirah Zaini berada di pasaran.Doakan ya.
Thanks for reading
Monday, 12 November 2012
Wednesday, 31 October 2012
Wednesday, 17 October 2012
Any Food, Anytime
Assalamualaikum pembaca blog Syahirah Mulberry.
Sebenarnya aku nak tukar dari Syahirah Mulberry kepada Syahirah Zaini lah, baru owhsemm sebab sama dengan nama twitter, kecuali facebook.Kalau nak add boleh cari kat fb Syahirahliese.Nanti keluar gambar aku pegang cawan polystrene..hikhik. :D
Bukan nak cerita pasal impian aku nak tukar nama tapi nak cerita pasal makanan.Fuyoo! sedap tu.
Okaylah sepanjang tahun 2012 ni macam-macam makanan aku dah rasa, semua tempat yang ada jual makanan aku pergi, pantang ada duit memang makanan lah yang aku beli, kalau lapar je aku akan makan.Memanglah mana ada lapar pergi tidur, tapi adik aku ada, disebabkan lapar dan dia tak tahu nak makan apa, terus masuk bilik bermimpi.Tak apa, jimat sikit boleh aku makan makanan tu.Tapi adik aku cakap perut aku ni macam tong, semua makanan aku boleh makan.Even dah lepas rehat, naik kelas aku rasa lapar balik.See that's why tajuk entry aku ni Any Food, Anytime. Canggih tu beb, gempak gila.
Jom tengok gambar-gambar makanan yang pernah aku makan, aku perkenalkan sekali nama restoran dan kat mana makanan ni dijual.Let's check it out!
Dalam gambar ni ada mak aku, tapi nampak baju dan jam sahaja, sebab tengah fokus kat makanan.Menu masa ni ialah ais batu campur dan mee kari.Yang kiri tu my fav, dalam mangkuk ni makanan kegemaran my mom.Boleh dapatkan di Madam Lee Jusco.Kat tempat lain pun ada, sebab banyak cawangan.Rasanyalah, aku main tulis je ni huahua.Untuk lebih mudah, google je untuk cari kedai Madam Lee.
Second food is
Sorry gambar terbalik, tak apa, aku guna cermin satah ni, tapi pelik pula sebab bukan songsang sisi lagi dah..Kepala aku yang songsang nak tengok gambar ni dari bawah ke atas.Emmm i think ni ayam masak cili kering kot.Entahlah ingatan 8 bulan yang lalu, tak ingat dah rasa dia.Tapi kedai yang sama juga, hanya RM 8.90..maybe.
Fish & Chips, my second fav after char kuey tiow..but the third one is fried chicken..no wonder whenever i go to buy food, i will always have my fried chicken..at home my mom will cook ayam goreng berempah..See betapa obsesnya aku dengan ayam..ayam oh ayam kenapa sedap sangat.Nasib baiklah kucing aku tu kucing, kalau ayam juga, dah lama aku telan.Yang ni boleh dapatkan di BBQ Chicken..aku paling suka kalau buka menu dia, siap ada ayat "Korea's number 1 restaurant", sedap gila tu makanan dia.You all patut cuba..Price standard dalam RM 15.90 rasanya.
Wowwww my fav, aku rasa ni adalah ayam goreng paling sedap pernah aku makan selama aku hidup.Perghh power tu! Rasa sos dia memang pedas, aku rasa guna cili kering kot, sebab tu pedas, tapi sedap.Patut cuba ni, nak pergi lagi lah WWM nak makan kat BBQ chicken, spicy chicken i'm lovin' it!
Korean Food!!! sedap sangat, i recommend you all supaya try makanan ni, paling sedap kimbab or sushi.Satu set RM 18.90, nama kedai SooPong, kat Times Square depan Cold Storage.Untuk maklumat lanjut boleh baca cerita pasal makanan ni, bertarikh May, cari kat sidebar..aku lupa sebenarnya bila aku tulis pasal makanan korea ni,hehe.Makanan dia memang sedap..ohh if you all memang nak rasa macam ada kat Korea, boleh makan di Seoul Garden..wohoo terbaik! berbaloi sedap makanan dia.
Makanan kat sini memang sedap..Coliseum Cafe kat Kuala Lumpur..dekat dengan Sogo.Masa ni makan malam sebelum raya aidilfitri lepas cari barang kat Sogo..My dad ajak makan dekat sini, memang order steak punya..Lapar sangat masa tu, makanan sampai je terus makan.Serius nak order lagi, tapi ayah dah order salad dengan french fries, so batalkan je menu steak tu dan terus makan apa yang terhidang kat atas meja.Sedapppp.
Adik aku Ashraf, aku rasa masa ni dia makan grilled lamb, sedap juga sos lada hitam tu memang terbaik.rasa nak pergi lagi lepas SPM ni, hehe.
Makanan kat Coliseum ni memang sedap, my mom cakap cafe ni pernah keluar kat rancangan makanan tv berapa pun tak ingat.My dad rupa-rupanya kenal rapat dan kawan kepada pengurus cafe ni, patutlah masa duduk je kat meja, uncle tu cakap, "Zaini nak order apa, anak-anak you nak makan apa?", aku terkejut juga macam mana dia tahu nama ayah aku, rupa-rupanya dah lama kenal..hehe, thank you uncle makanan kat cafe you memang sedap.I like! Masa ni handphone masih boleh digunakan, nampak tak betapa khusyuknya aku main hp, huahua.
Nak masak kentang goreng lagi, masih ingat lagi rasa kentang goreng ni, sedap tu.Masak malam-malam sebab tak ada benda nak buat.Pergi dapur goreng kentang..siap letak sos lawa-lawa, selera je tengok, nak makan lagi.
Okaylah sampai sini je, banyak pula pasal makanan, lapar aku dibuatnya.Jumpa lagi pada entry yang lain.
Thanks for reading, by.
Friday, 12 October 2012
SPM Just Around The Corner..Tetiba Rasa Nak Makan Popcorn.
Assalamualaikum
I miss you all lahh! Dah lama rasanya aku tak buka blog ni.Jarak besar yang amat sangat kalau you all tengok my last entry was on september..see, sekarang dah bulan 10.Ngeri ni rasa seram sejuk je badan aku.Mana taknya masuk je dalam bilik nampak calendar dah siap tercatat 5 November *SPM.Pusing kanan nampak meja belajar siap dengan buku rujukan, nota kecil yang dah bertambah kat dinding bilik aku tu haa.
Kenapa aku perlu jadi mangsa SPM, kenapa bukan mangsa UPSR je.Sekurang-kurangnya yakin juga aku nak jawab sains bab-bab planet ni.Baru syok! Tapi tahun ni SPM yang pemangsa tu dah memilih aku sebagai mangsa baru dia, kerana aku lahir tahun 1995, dah wajib untuk aku exam besar ni.Huhuhu, harap-harap semuanya berjalan lancar ye, Amin..
.....Malam ni aku tak tahu nak buat apa..sekarang ni aku tengah menaip, tengah malam nanti aku rasa nak melayan drama pula.Rehatkan kepala setelah 5 hari dalam minggu ni aku belajar.Chopp! aku nak buat promosi secara percuma kepada you all untuk tengok drama baru Nice Guy kat Mykimchidrama.com.Ada Song Joong Ki dengan Lee Kwang Soo dari Running Man berlakon..Huarghhh aku sebenarnya nak menangis sangat-sangat ni sebab rasa macam ketinggalan zaman gila-gila.Drama yang aku tengok ni dah episod 10, tapi baru nak promote, maklumlah dah berminggu aku tak buka blog ni.Sebab tu dah bersawang serta berhabuk.Nantilah aku pinjam penyapu mak aku bersihkan blog supaya you all rasa kagum dan terpesona bila tengok blog aku ni nanti berwajah baru..From purple to dust pink, kalau boleh header aku yang pegang cawan tu pun aku nak tukar.Sidebar pun aku nak edit sikit.Insya Allah lepas exam besar ni, setelah aku berjaya melepaskan diri dari SPM bulan 12 nanti.
My Pillo..kucing kesayangan.Gambar ni pun aku ambil 2 hari lepas.Rasanya, aku dah lupa ingatan sikit sejak terhantuk dinding hari tu.Sakit tuu..Kenapa aku letak gambar Pillo haa? Padahal tak ada kena mengena dengan SPM, tak apalah kerana bagiku Pillo begitu berharga.Apasal dengan aku ni semakin merepek bila dah tak tahu nak tulis apa.
Bunga ni pun aku ambil kat belakang rumah, tengah sedap meronda mengadakan lawatan sambil membuang masa aku tu kat rumah ternampak pula bunga ni, terus ambil gambar.Tetiba rasa macam nak jadi photographer pula.Perghh jauh gila dengan jurusan yang aku ambil sekarang ni.Ayah suruh ambil law atau interior design, aku teringin nak ambil business managment tapi dalam masa yang sama macam nak jadi pramugari.Sepupu aku suruh jadi pilot, sedih sebab memang tak boleh, mata aku ni kerabunan dah sampai 175 and above.Kalau setakat pandu kapal terbang kat online game tu boleh la lagi, itupun kadang-kadang dari 3 nyawa tinggal 1, lepas tu game over terus.Disebabkan kecewa aku terus tutup laptop dan pergi makan.Lebih gembira kerana perut aku kenyang sudah...
You all perasan tak apa yang aku perasan, entry aku ni bosan gilaaaa..kan kan.Kalau buat karangan ni mesti dapat tanda soal terus, sebab cikgu tak faham cerita aku yang macam rojak.Ehh tetiba teringin lah pula nak makan rojak..tapi tekak aku ni rasa macam nak makan popcorn je.Tak boleh jadi kena pergi wwm juga nak makan popcorn kat TGV..Ishh kenapa entry aku pelik sangat ni.Okaylah sampai sini je,kepala aku dah pening sebab aku tak faham apa yang aku tulis..By,thanks for reading..Aku tahu you all tak faham apa yang aku tulis, sebab aku sebagai penulis pun tak faham, hehe.
Wednesday, 12 September 2012
I'm Still New In A World Of Photography
Assalamualaikum
Masa aku buka je blog ni, benda yang aku nampak ialah habuk.Perghh banyak betul habuk sebab dah lama aku tak buka blog ni.I mean buka untuk tulis entry baru.Saya sebagai pelajar tingkatan 5 dan merupakan Calon SPM berasa gementar untuk trial kali ni.Sepupu aku dah mesej awal-awal trial spm kan next week, huaaaa aku terus rasa macam tak percaya.Tiba-tiba terfikir macam nak sedar dari mimpi ni padahal masa tu dah pukul 3.00 petang dan aku tengah sedap tengok drama, jadi bila masa aku tidur.Bermakna ini kenyataan.Eleh kalau aku sedar pun tetap kena ambil SPM, hehehehe :D
Back to the topic..baca tajuk sila baca.Bukannya menarik pun tajuk entry aku kali ni,tapi pada aku menarik..Lol. Masa aku kecil-kecil dulu, aku ni memang gila kamera, jadi tak salahlah jika dimana sahaja ada kamera ada muka aku, kalau ada je aku mesti kamera tak ada.Sebab nanti full memory, ayah aku selalu hantar kedai untuk cuci gambar.Oh my, bila dah meningkat remaja ni kalau tengok-tengok balik gambar lama-lama tu, rasa macam 'Comel juga aku ni, kenapa aku tak jadi kanak-kanak selama-lamanya mesti best sebab dapat beli macam-macam.Terutamanya mainan dalam kotak, yang Tora tu..fevrett aku ni.'
Masa kecil-kecil dulu aku memang tak reti langsung nak guna kamera.Sampai kalau parents aku dah senyum bukan main lama, aku masih belum snap gambar mereka.Why? aku pun tak tahu.Aku mula aktif menggunakan kamera bila umur aku mencecah 13 tahun.Haa masa ni aku dah tak tahan tengok kamera.Kalau habis bateri, camera kat hp ayah aku pun jadi.yang penting boleh ambil gambar, rasa best gila bila tengok suasana yang kita ambil tu tak bergerak.Macam ada kuasa "berhentikan masa!" waahhh tinggi imaginasi, doraemon bolehlah.Poket dia unik.
Semakin meningkat remaja aku semakin minat dengan kamera..makin minat..minat dan bertambah minat.Sudahnya aku pun minta dekat ayah aku.Dialog dia macam ni-
Aku:Ayah kita nak sangat ada kamera sendiri, boleh tak?
Ayah: Kamera apa? Nak buat apa?
Aku: Kamera yang dslr tu, sebab kalau pergi jalan-jalan or bercuti boleh ambil gambar banyak-banyak.
Ayah: Oh, nanti ayah tengokkan dulu.
Selang beberapa hari, entah macam mana aku boleh mimpi Sooyoung SNSD.Masa tu dia tengah shooting untuk Girls' generation Hello Baby *tapi cerita Hello Baby ni dah lama berlalu.Memandangkan aku baru tengok, maka aku pun termimpilah Sooyoung dan kameranya yang sedang mengambil gambar baby yang dijaga.Cantik sangat kamera dia.Aku memang dah tersenyum-senyum masa mimpi tu.Okay tipu, macam mana aku tahu aku tengah senyum.Bangun je pagi tu aku terus google camera dslr yang aku nak.memang best aku terus save image.
Malam esoknya aku tunggu ayah aku balik..tahan mata beb walaupun dah pukul 11pm.Tunggu punya tunggu ayah aku pun bagi salam.Melangkah masuk bersama sebuah kotak.
Aku: 'Apa tu? apakah itu camera?'
Ayah aku dah tersenyum, aku salam ayah aku dulu lepas tu terus buka kotak tu.Nak pengsan ada, macam kena electric shock lagu f(x) tu.Terkejut aku, rupa-rupanya ayah aku hadiahkan camera Dslr Nikon D7000.Aku ucapkan terima kasih sangat-sangat kat ayah aku sebab tunaikan impian aku ni.Dan kini hampir 11 bulan aku guna dslr tu.Tak sangka aku dapat juga camera idaman ni.Tapi aku belum masuk kelas fotografi lagi.Sebab nak fokus untuk SPM dulu.That's why i said that I'm still new in the world of photography.
Sekarang ni bila jalan-jalan atau bercuti, camera ni sentiasa menemani aku.Aku nak share sikit gambar yang aku pernah ambil guna dslr ni.Gambar ni aku ambil guna lens 18mm-150mm.
This picture was taken 10 months ago.Gambar pokok mulberry kat belakang rumah aku.Buah ni sedap manis, rasa strawberi.
Among of these pictures, I really love this one.
Nikon
At the heart of the image
Okay ni memang sedap.Jom pergi lagi aku nak beli.Nak beli banyak-banyak, sebab sedap.Sesiapa yang nak cuba boleh dapatkan di Famous Amos.Rasanya harga dia RM4.50 kot.Sedap sehingga menjilat jari,tapi adik aku cakap sehingga menjilat jari kaki.Apakah kejam?
Yang ni pun sedap juga.Kenapa aku upload gambar makanan ni.Tak mungkin! Ah lepas habis tulis entry ni aku nak turun bawah pergi dapur.Nak makan sebelum cerita To The Beautiful you start, hehe.Tapi aku dah tengok drama ni kat kimchidrama sampai ep 8, esk tunggu ep 9 :D
KLCC :D Suka Kinokuniya.Gambar ni aku ambil beberapa bulan yang lepas.
And this is the last picture.Sebenarnya ada banyak lagi, tapi loading lambat sikit and ada gambar yang belum edit lagi.
Aku tulis entry ni sebab nak share gambar-gambar yang aku dah ambil guna dslr hadiah daripada ayah aku.InsyaAllah kalau ada rezeki aku masuk kelas fotografi.Sesiapa yang nak tempah khidmat aku untuk hari perkahwinan ataupun majlis apa-apa saja bolehlah call aku nanti.Tapi itu semua masih dalam perancangan.Kalau ada rezeki blogger SyahirahMulberry ni boleh berjumpa dengan blogger-blogger lain :D Okay sampai sini dulu tau.Nak tengok drama pula, lusa ada exam addmath.Oh wish me luck.by ^^
Kejap aku nak buat promosi, mari ramai-ramai kita saksikan drama korea terbaru To The Beautiful You dan The Great Doctor.Alamak drama Ghost dah habis, tapi ada drama best dekat KBS, Song Joong Ki berlakon comel tu.Buat masa ni lagu yang aku rasa paling best J-Min Stand Up dengan B.A.P Crash.
Thank you for reading ^^
Saturday, 1 September 2012
Thursday, 23 August 2012
Best Food For Your Skin Plus A Few Ways To Prevent From Sunburn
Assalamualaikum assalamualaikum
Aku nak share beberapa makanan yang memang bagus punya untuk kulit kita semua.Fuhhh! best beb semalam aku layan cerita Vitamin kat KBS.Padahal dah lewat malam tu, tapi aku excited pula dengar doktor-doktor korea tu bercakap pasal makanan yang bagus untuk kulit kita.
Macam aku dulu memang haram lah pakai pencuci muka semua bagai tu.Kadang-kadang bedak pun aku tak pakai.Rasa leceh weh nak kena letak semua benda tu.Tapi sekarang aku pakai sikit je, sekadar untuk mengelakkan muka daripada berminyak.Tapi kalau pasal makeup, aku memang tak ada semua benda tu..tak reti aku nak pakai.Sedangkan kalau aku pakai lipbalm pun bibir aku terus rasa pedih.I don't know why, allergy maybe.Aku beli makeup sekali seumur hidup time form 4 sebab kena berlakon jadi hantu.Akulah hantu tu,hahahhaaha.But yang paling aku kagum aku dah reti guna pencuci muka tuuu..fuyooo Shurah lagi.Okay sebelum ni mak aku ada belikan jenama Syahirah tapi bila aku pakai muka ni rasa macam gatal-gatal.Terus mak aku tukarkan kepada Shurah.Now i feel much better.
Back to the story untuk entry kali ni aku nak cerita pasal BEST FOOD FOR YOUR SKIN.Haa tu dia excited guna capital letter.Aku tahu mesti ramai antara kita ni tengah mencari produk kecantikan yang elok untuk kesihatan kulit muka dan mungkin ada yang pergi spa untuk manjakan diri selain dapat mencantikkan kulit.Doktor korea semalam cakap faktor utama untuk mencantikkan kulit adalah makanan yang dimakan.Macam aku memang gemar gila dengan TOMATO, pantang nampak mak aku kat dapur nak masak pizza, mesti tomato tu yang aku ambil.Dalam 2 biji, sedapnya yummy!
Doktor tu cakap 3 BEST FOOD FOR YOUR SKIN adalah TOMATO.Alangkah terkejutnya aku time baca subtitle tu, "what! tomato is best food for my skin", dalam hati tak sia-sia rupanya aku kebas mak aku punya tomato selama ni,hehehe.Eating tomato,ketchup,tomato sauce and tomato pasted-top pizza more than two times in a week can reduce the risk of prostate cancer by 21 to 43 percent.Kenapa tetiba je keluar pasal cancer, saja untuk berkongsi maklumat.Tomato ni aku tak tahu apa kebaikan dia dah lupa apa yang doktor tu bagitahu semalam.Japp aku dah ingat lepas aku breakfast tadi, boleh sambung ehh boleh ehh? Tomato are high in Vitamin A, vitamin C, calcium and potassium.Tapi untuk mencantikkan dan menyihatkan kulit muka tomato memang yang terbaik.
Second best food is GRAPE.Haaa yang ni aku memang tak sangka, sebab sebelum ni yang aku tahu apple yang bagus untuk kulit.Thats why lah kalau tengah sedap menikmati apple aku gagahkan juga diri ni untuk telan semua kulit tu, sedangkan tak sedap pun.Aku lebih rela makan kulit timun.Anggur ni baik sebab dia ada vitamin apa entah.Aku tak ingattt!arghh..Tapi kalau nak kulit yang sihat kenalah makan anggur.Aku tak berapa suka sebab masam ^^ *padahal ada je anggur yang manis, saja je la tuuu. Ohh wait anggur ada tiga jenis tau, warna purple,hijau dan merah.Anggur yang elok untuk mencantikkan kulit adalah anggur purple.Teringat ribena lah pula, kelas kau Syeraaa hehehe.
Makanan ketiga terbaik, aku percaya siapa yang suka gila dengan pizza, dia mesti pernah makan benda ni.Capsicum, nama tak berapa nak glamour cili benggala..but pada aku nama yang paling cute dia Bell Pepper.. unik pula nama dia, i like.Mak aku kalau buat pizza selalu letak capsicum hijau, pada aku yang warna kuning tu rasa dia lain sikit, yang merah tu pun rasa pelik.Warna hijau tu sedap, maybe sebab dia ada rasa pedas-pedas sikit.Maklumlah adik aku kata aku ni hantu cili,pantang nampak benda yang pedas-pedas mesti aku makan dulu.Capsicum mempunyai vitamin A yang tinggi dan bagus untuk kulit yang sihat.Dapat meningkatkan sistem imun dalam badan.Jadi kalau korang pergi makan pizza pesan kat orang tu letak capsicum banyak-banyak.Kalau dia letak sikit je, korang habiskan dulu lepas tu keluar je tak payah bayar.Confirm kau tak dapat masuk kedai dia lagi dah,haha.Tak pun nak best kan, beli siap-siap capsicum tu, potong awal-awal kat rumah, bila pizza dah sampai, korang tinggal tabur je atas pizza.Best weh fresh je rasa cili tu..rangup.
Selain tu juga, untuk mendapatkan kulit yang sihat jangan lupa guna sun block.Yang ni memang penting untuk kulit.Doktor tu ada pesan, untuk mengelakkan kulit kita daripada terkena cahaya matahari yang terlalu kuat pakailah pakaian yang berwarna hitam,biru dan hijau.Sebabnya cahaya matahari datang secara terus dan bila dah tembus baju dia terus kena kulit.tapi bila kita pakai baju warna gelap, semua cahaya tu akan diserap terlebih dahulu pada baju dan mengurangkan panas matahari yang terkena pada kulit.Sebab tu bila pakai baju hitam, korang akan rasa panas sikit sebab semua haba daripada cahaya matahari tu dah diserap dalam baju.tapi hasilnya bagus untuk kesihatan kulit kita.Pakailah baju yang tebal untuk mengelakkan kulit kita terkena cahaya matahari secara terus.
Lagi satu aku nak share tips penjagaan kulit muka melalui cara lain.Selalunya kita kalau basuh muka mesti guna air sejuk betul tak, akulah tu.Sebab malas lah weh nak suamkan air tu, antara panas dan sejuk.Aku buka paip terus basuh muka, baru rasa cool.tapi sebenarnya air panas dan sejuk tidak elok untuk muka, kerana mungkin boleh mematikan sel-sel kulit muka, apa entah doktor tu cakap aku tak ingat.yang pastinya air yang sesuai digunakan untuk mencuci muka ialah air suam.Haaa sebabnya dia boleh memberikan kesegaran pada muka kita.Aku ingat lagi hari tu dah terlampau penat, muka pun rasa tak bermaya sudahnya habis ice cube dalam peti sejuk aku ambil letak dalam mangkuk then siram kat muka.Amik kau menggigil terus aku, haha.Nak sejuk punya pasal rasa beku pipi ni.
Satu lagi, pakai makeup juga dapat menghalang cahaya matahari daripada kena kulit muka kita.Aku tak tahu kenapa, maybe kulit kita ni dah dihalang oleh something kot, thats why lah doktor tu cakap pakai makeup pun merupakan satu cara untuk mengelakkan terkena cahaya yang berlebihan.
Sebenarnya kita tak boleh elak terus cahaya ni, kulit kita juga perlu sedikit cahaya matahari untuk bernafas.Pesanan doktor tu sebelum 9am dan selepas 3pm, itu adalah waktu yang sesuai untuk kulit kita menerima cahaya matahari.Dan paling penting sekurang-kurangnya biarkan kulit kita berada di bawah cahaya matahari selama 10-15 minit.Ini dapat menyihatkan lagi kulit kita.
Selamat mencuba tips ni ye.Aku pun nak try juga duduk bawah cahaya matahari.
p/s : sesiapa yang ada allergy antara ketiga-tiga makanan di atas, jangan terus makan tau.Dapatkan dulu nasihat doktor sama ada sesuai atau tidak untuk dimakan.Sebab aku ada allergy juga, especially seafood.Disebabkan sedap aku telan juga, sudahnya rasa gatal-gatal.
All picture credit to GI
Selamat mencuba ye.,semoga tips ni berguna untuk kita semua.
By ^^
Sunday, 12 August 2012
Mencari Idea Yang Lebih Mantap Untuk Habiskan Novel Pertama
Assalamualaikum
Hai semua hai....please hai balik ^^
Wow rajinnya aku hari ahad ni,tiba-tiba je buat entry baru di pagi hari ni ha.Aku tak boleh tidur balik lah maybe sebab hari ni hari ahad dan memang semalam aku dah landing awal kat atas katil.Supaya aku tak mengantuk lepas sahur.Aku dah plan benda yang aku nak buat hari ni.Sekarang pukul 7.15 am, perghh awal gila aku update blog.Banyak cakap pula, okaylah korang semua dah baca tajuk kat atas yang tulisan berangkai tu kan.
mencari idea yang lebih mantap untuk habiskan novel pertama karya aku
Semua ni disebabkan aku rasa minat aku yang sangat mendalam terhadap novel.Boleh dikatakan hampir 30 buah novel yang aku dah baca, antaranya Bicara Hati *novel wajib baca*, Lafazkan Kalimah Cintamu *memang best, serius aku menangis baca bab yang last-last tu*, Sepupuku Suamiku *novel baik punya*, Sleepless *cerita seram, tak boleh tidur, tapi sedap je aku bermimpi*.
Pada pandangan aku maybe sebab aku suka baca novel,maka aku buat keputusan untuk buat novel sendiri.Dan alhamdulillah, aku berjaya siapkan novel tu sampai bab 31, lebih kurang 7,890 words, 78 pages bersaiz A4 paper.Aku tulis novel ni pun waktu malam, sebab banyak dapat idea.Let me share the synopsis.
~ Nur Reana bahagia dengan hidupnya walaupun dia tidak pernah tahu bagaimana rasa dicintai dan mencintai.Dia menolak cinta tulus daripada Emran
Aiman.Tidak ada rasa kasih mahupun cinta buat lelaki itu dan bagaimana pula dia
hendak menerimanya.
Lantas dirinya dijadikan buah catur oleh papanya
sendiri hanya kerana ingin mengotakan sebuah janji.Hidup
bersama Tengku Izwan Affendi ternyata mengheretnya ke kancah
penderitaan.Layanan lelaki itu ternyata hanya sementara apabila dia berubah
setelah egonya tercabar.Nur Reana keliru.
Kehadiran Tengku Ayuni menambahkan lagi luka di hatinya.Berbagai tohmahan dan cacian
dia terima membuatkan Nur Reana lemah.Emran Aiman muncul kembali di sisi Nur
Reana, membawa sekali dendam untuk peristiwa yang lalu.
Dapatkah Nur Reana menggenggam kasih Tengku Izwan
Affendi di saat dirinya dikeji bersama dendam yang kekal dihati Emran
Aiman.Novel KU GENGGAM KASIHMU mampu merungkai segala rahsia di antara mereka.~ karya Nor Syahirah
Dah baca sinopsis, dah baca kan..kan...Sebenarnya aku tengah cari idea lagi.InsyaAllah kalau ada rezeki, karya pertama aku ni akan siap hujung tahun depan.Since aku nak SPM so tak dapatlah nak tulis sangat.Lepas exam ni baru aku sambung balik.Bila dah siap aku nak hantar manuskrip ni kat Alaf 21.Doakan tau.Aku teringin juga nak tengok novel aku ada kat pasaran.Cover depan warna bluepink dengan tajuk warna putih, kat bawah tu nama aku sebagai penulis.Wow! baru bayangkan dah rasa excited semacam aku dibuatnya,haha.So kita nantikan ye mudah-mudahan ada rezeki aku untuk novel sendiri ni.
get ready, nak ambil gambar ni untuk membuktikan bahawa you all dah baca entry saya kali ni.Tapi kenapa kat background google, dan tulisan tu telah menghalang lens camera saya.oh tidak!
Ok ok, nak iron uniform sek ni.by.chopp! lama betul aku tulis entry, start pukul 7 lebih, ni dah 8.18 baru nak publish.Lol.Semuanya disebabkan internet slow, jadi nak upload gambar ni memerlukan masa.
by *-*
Thanks for reading!
Saturday, 11 August 2012
Tidy My Room
Assalamualaikum
Wohooo hari ni hari sabtu dan disebabkan semua homework aku dah siap, maka aku tengah merajinkan diri ni nak kemas bilik.Macam biasa tiap weekend aktiviti aku kemas bilik.Dan macam biasa lah, barang-barang cute wajib dalam bilik aku ni.Yang bertemakan purple pink, wow!
mini blackboard
mini blackboard
okay *syahirahliese* official name twitter dengan fb aku.
Japp, tengah sedap menaip jari-jemari aku ni dok ketuk-ketuk keyboard ni, tiba-tiba rasa malas pula nak mengemas,haha.Terserlah yang aku rajin sekejap je.Yeap! aku nak memperajinkan diri balik ni.Chopp! setelah lama aku tengok bilik aku ni, ye aku perlu mengemas.Buku revision dah berselerak kat atas meja belajar aku ni.Side table ni pun dah macam apa, hp,camera,calendar,PD,perfume semua dah bercampur-aduk.Okaylah, aku memang kena kemas bilik aku dulu ni.
see ya,
selamat berbuka puasa
Monday, 6 August 2012
Toothache!!
Assalamualaikum
Adoiiiii! haa amek kau.Sakit gigi aku ni dah berbulan-bulan rasanya.*sambil menumbuk-numbuk bantal menahan sakit.Serius oh aku rasa nak cabut je gigi ni.Bukan satu yang sakit, tapi 3.Macam mana aku nak makan? Sedangkan minum air pun dah terasa pedih.Kiri kanan pula tu.Sakit oh.
Ok let me tell you something, aku ni jenis yang suka makan.Jadi big problem bila gigi aku dah mula sakit, and macam mana aku nak makan semua makanan tu, takkan kalau makan aku kena terus telan je benda tu tanpa kunyah bagi hancur.Setahu aku masa mula-mula aku pergi jumpa dentist nak cabut gigi pun, aku baru berusia 8 tahun.Wow, mudanya! Memang seram sejuk aku bila nampak je Doctor tu masuk sambil tersenyum memandang ke arahku.Makkk aii kecut perut dibuatnya.Aku masih mampu menahan airmata tatkala gigi comelku ditanggalkan dari mulutku.Dah hilang satu benda yang berharga dalam hidup aku ni.
Lepas cabut satu gigi, aku tak pernah pergi jumpa Dr dah kalau rasa gigi tu akan tertanggal.Sebab masa aku 10 tahun, gigi aku akan tanggal sendiri.Magic gitu..:D Tiba-tiba kenapa dan mengapa harus setelah aku berusia 17 tahun,I've got toothache, adakah aku harus pergi ke klinik gigi, perlukah aku cabut lagi 3 gigi ni.Atau biarkannya saja, tapi macam mana aku nak makan.Huaaaaaaa, aku rasa sedih sekali.
Aku rasa kartun ni masih mampu tahan rasa sakit.Yang aku ni habis semua bantal aku jadi mangsa.Ya Allah sakitnya..tak terkata.Aku rasa sakit dia tak sama macam time jari aku kena pisau sebab excited potong bawang.Sakit dia lain macam benar.
So cara untuk hilangkan rasa sakit gigi adalah seperti berikut;-
Ayah aku cakap ambil beberapa bunga cengkih dan kunyah.Awww tak sanggup aku.Dahlah kena letak kat gigi yang sakit tu, lepas tu kunyah.Aku cakap kat ayah aku, "tak apalah ayah, kita guna garam je"
Aku pergi dapur ambil garam larutkan dalam air panas lepas tu kumur-kumur.Kau bayangkan lepas berbuka air bukan main sedap lagi...punch tropica tu, tak pasal-pasal hilang terus rasa dia sebab dah timbul rasa garam tu.Cis! tak apa, malam ni time berbuka aku akan minum air tu puas-puas.By by garam.Saya tak sukalah kumur-kumur awak, rasa masin sangat.Eh ada ke garam manis?!
Okaylah.
aku nak siapkan kerja akaun dulu, assalamualaikum
Selamat Berbuka
Sunday, 5 August 2012
Wedges
Assalamualaikum
I just snap this photo :)
Got nothing to do..so play with the camera and do some editing.
Actually this is my wedges that i bought last year, not too expensive berbaloi untuk pakai bila keluar jalan-jalan.Simple wedges.
By
Friday, 3 August 2012
Cara Mudah Untuk Mengingat dan Menghafal
Assalamualaikum
Hai.Hello.Annyeonghaseyo.Wow, tiba-tiba aku jadi semakin bersemangat nak tulis entry ni.Kenapa ni.Adakah gara-gara internet semakin laju, ataupun kerana aku dapat cuti sampai Isnin depan? Hehehe, sebabnya dah nak dekat raya..weee nanti mak dengan ayah bagi duit raya.Tak sabar nak berbelanja.Aku dah plan ni nak beli barang yang comel ala-ala jepun gitu. :D
Sebenarnya aku dah nak exam ni.Trial SPM lepas raya.Perghh aku tak ready lagi, baru 65%.Macam mana ni, makin lama aku menghadap jadual trial SPM tu, makin berdebar-debar jantung aku.Lajunya mak aii, seram.Tak sangka aku akan menduduki peperiksaan paling besar dalam hidup aku lepas UPSR dan PMR.Sekarang masa untuk aku pula ambil exam tu.Kalau masa zaman sek rendah dulu tu bukan main seronok lagi aku main kejar-kejar, hide-and-seek,main masak-masak,layan game Barbie fav aku yang kena hias istana semua bagai tu.Tupp! tupp! semua tu dah berlalu.Sekarang aku kena fokus untuk trial dan exam bulan 11 ni.
Untuk entry kali ni aku nak berkongsi tips untuk mudah mengingat dan menghafal.Kebanyakan subjek form 4&5 menggunakan formula dan ada banyak isi-isi penting yang aku perlu ingat dan hafal.Jadi sememangnya aku kena menghafal benda tu.Tak semua perkara perlu hafal, ada yang cukup sekadar memahami.What i mean is macam akaun,dan addmath.Subjek ni ada benda yang aku kena hafal dan aku memang tengah cuba untuk menghafal.Kalau addmath pula aku kena ingat step dia satu persatu.
Here are a few ways untuk mudah mengingat dan menghafal
Firstly,mula untuk belajar awal.Contohnya malam-malam kalau tak boleh tidur, bukalah buku yang ada kaitan dengan subjek esok hari.Macam aku selalu baca buku malam, sebab tak boleh tidur.Tapi pernah juga jadi kat aku time tengah sedap baca buku Sejarah pukul 12 lebih, malam ni..sebab esok nak exam,entah macam mana aku sedar-sedar je dah pagi, yang paling syok buku tu kat atas muka aku, rupa-rupanya aku tertidur masa tengah baca buku sambil baring, nasib baik benda yang aku baca tu masuk dalam kepala,hehe.Kalau aku rajin aku bacalah buku time malam.If penat sangat aku rehat je tengok tv layan cerita hantu kat Box Office.Ada satu artikel tu aku baca, belajar pada waktu malam memudahkan kita mengingat kerana keadaan yang sunyi sepi.Tapi lebih baik dilakukan pada akhir malam, sebelum Subuh.
Yang kedua pula, membuat ulangkaji.Aku pernah amalkan benda ni, alhamdulillah memang berkesan.Aku just selak-selak buku macam tu je.Tak adalah sampai berjam-jam, dalam 20 minit je.Tapi memang berkesan, sebabnya anda mengulangkaji perkara yang sudah dipelajari di sek.
Ketiga, belajar menggunakan deria.Haa yang ni senang.Aku buat benda ni kalau dah nak dekat exam je,heeee.Selalunya aku baca je buku, tapi sekarang ni aku rasa tangan aku semakin rajin untuk buat nota kat dalam kertas-kertas kecil lepas tu tampal kat dinding.Dah macam tempat letak order pun ada bilik aku tu.Bila kita baca, mata kita melihat dan mulut kita bergerak, serta telinga mendengar.Tapi bila kita tulis, semua benda yang ditulis tu akan dihantar ke otak.Sebab tu jugalah kita lebih mudah mengingat bila kita menulis.Ini kerana otak kita dah set benda tu kat dalam kepala.Jadi lebih senang untuk kita ingat.
Nota-nota ni yang lama punya, kat mini blackboard to korang boleh nampak 'Mid Year Exam, 23/05/12'.Nanti aku tukar pula 'Trial SPM', hehe.Aku nampak something kat gambar ni, mouse pad Girls' Generation :D tak pernah guna lagi, mouse aku rosak...sedihhhhh
Keempat, aku paling suka cara ni.Menggunakan gambar! Yes aku suka.Hari tu aku ada buat ujian apa entah dah lupa.*ni mesti sebab aku tak baca balik paper tu,hehe.Bila ujian tu dah selesai, aku dapati yang sebenarnya aku mudah belajar menggunakan gambar.Kerana aku jenis orang Visual.Cikgu aku cakap orang visual belajar menggunakan gambar.Aku mengaku benda tu berkesan, tapi aku juga perlu gunakan banyak perkataan dan info menarik untuk setiap gambar tu.So hari tu time nak exam science aku memang lupa dah nama-nama sel dengan bentuk dia.Sudahnya aku tatap gambar sel-sel yang tak berapa nak menarik tu, lepastu aku tengok susunan dengan nama dia.Dapat je science paper 1, aku tengok ada soalan pasal sel.Alhamdulillah aku dapat jawab benda tu.Dan benda yang you all kena ingat ialah, gambar yang berwarna lebih senang berbanding gambar yang black&white.Ini kerana otak lebih memberi respons kepada benda yang bergambar serta berwarna.Ni contoh gambarnya.Mind map benda yang mudah untuk buat.Tapi aku tak pernah guna mind map, sebab malas nak buat lukisan comel-comel tu.
credit Google Images GI
Fifth,ikhlaskan niat dan perbanyakan amalan kepada Allah SWT.Sebagai umat Islam benda ni wajib.Sebelum belajar kita memang perlu berdoa dan bermohon kepada Allah SWT agar memudahkan sesi pembelajaran dan semoga semua yang dipelajari akan sentiasa diingati.Setiap kali sebelum melangkah keluar rumah untuk ke sek, baca doa dan berniat untuk menimba ilmu dan minta bantuan daripada Allah SWT agar semua benda yang kita belajar akan mudah difahami dan diingati.InsyaAllah senang untuk kita menuntut ilmu.
Okaylah sampai sini je aku nak tulis.Semoga tips ni dapat membantu you all.
Nak tengok Running Man, Kim Soo Hyun artis jemputan.
By,
Selamat Berbuka Puasa.
Wednesday, 1 August 2012
Instagram.?
Assalamualaikum
Selamat berbuka puasa ye kepada semua umat Islam.Lagi berapa jam je lagi akan berbuka.
Aku tahu mesti korang semua ni pernah dengar pasal instagram kan? Sure punya pernah dengar.Tapi aku? Aku baru dengar pasal instagram ni.Rasanya 2 bulan yang lalu aku dengar pasal instagram.Masa aku tahu je pasal instagram ni, macam biasalah aku buat tak tahu je,Malas nak ambil tahu sangat.Sampai satu hari adik aku ni sibuklah dok bergambar sana sini.Pening aku tengok, dalam hati tu tertanya-tanya juga apa yang dia buat.Ada something new ke kan.Rupa-rupanya dia ambil gambar benda yang ada depan mata dia lepas tu dia edit semua gambar tu.Aku pun tiba-tiba rasa macam nak mem-busy-body-kan diri ni kat dia.Time tu aku duduk sebelah sambil tanya apa dia buat.Serius aku tak faham apa yang dia dok edit tu.Disebabkan rasa ingin tahu aku terus minta dia ajar.At that time baru aku sedar yang sebenarnya benda tu adalah instagram.,hehehe
So tadi masa tengah sedap-sedap buat hw addmath form 5 chapter 8 yang Probability Distribution tu, mata aku ni terpandangkan hp mak aku kat atas meja.Makin lama makin tertarik pula, sudahnya aku pinjam dari mak aku.Tangan ni rasa best pula dok ambil gambar.Gambar pertama yang aku ambil paper addmath ni ha.
Boleh nampakkan jawapan2 disitu. :D
Tak cukup tu aku ambil gambar lain pula.
Ni gambar memang klasik.Aku ambil dari photo album mak aku.Time ni lunch sekali sambut birthday aku,masa bulan 5.Ok my mouth watering :) Chicken lasagna with chocolate cheese cake.Thanks mom belanja kek untuk birthday.Secret Recipe thank you.
Act ni bekas letak lilin.Aku main ambil je, saja nak main instagram.Biar aku promote, bekas ni you alls boleh dapatkan di Jusco dengan harga...sorry aku dah lupa harga dia.Lilin beli asing.
Gambar kunci ni pun aku ambil.Betapa seronoknya aku main instagram.sHahirah instead of sYahirah.Tapi tak apa,masih ada sebutan nama aku Syahirah :)
Okaylah, motif aku buat entry ni saja je suka-suka.Aku nak share tentang kemudahan instagram ni.Kat sini pun korang boleh edit gambar.Antara benda yang paling menarik ada pada instagram ni..you can see the world in square.I love the size of the photo.Also you can add borders,instagram has some really cool borders to incorporate into your shoots.Boleh dikatakan memang senang untuk kita edit gambar.The last one is capturing the beauty.Instagram is for anyone and everyone.In a day where we always carry the phones, there is nothing more lovely than having the ability to see and capture art wherever we go.Okay,Falling in love with instagram.
Till then,
see you soon
insyaAllah
by
Saturday, 28 July 2012
Bagaimana Hendak Hilangkan Rasa Mengantuk
Assalamualaikum
First of all i want to say thank you sebab sudi baca entry kali ini, and thanks juga sebab sanggup baca semua post aku dari mula aku start ber-blogging.Even ada benda yang aku tulis bila aku baca rasa macam "apakah semua ini?" and sometimes aku rasa macam "apa benda aku merepek ni".Tapi masih ada yang sudi singgah di blog aku ni untuk membaca post terbaru aku.Thanks sangat :)
Baru-baru ni aku ada share pasal jam tangan kan? Ingat tak? Tipu aku tak ingat padahal baru semalam aku post.Huahuahua..So bila dah cakap pasal jam dan waktu ni, benda yang terlintas kat fikiran aku ni ialah belajar dan dalam masa yang sama mengantuk.Aku boldkan perkataan ni sebab aku ada masalah tentang benda ni.Normal lah kan bila student yang hampir ambil exam besar mengalami masalah tidur.Yes! I am.Lately ni aku memang tidur lambat,tak tahu kenapa.Masa itu amat penting, jadi aku cuba untuk isi masa dengan benda yang bermanfaat.Sometimes lepas balik sek aku rehatkan dulu badan aku, tenangkan minda lepas belajar kat sek.Kalau aku ter-rajin skit, lepas balik sek je aku terus buat hw..selalunya start pukul 4 pm.Bila aku penat, tiba je waktu malam, time semua orang dah start mimpi, aku ni barulah terhegeh-hegeh nak buat homework.Bukan satu dua, tapi kadang-kadang sampai 3-4 kerja.Start buat hw pukul 10.30 nak tunggu siap semua tu confrim lepas pukul 12am punya.Bila jadi macam ni, maka mata encik panda pun terukir kemas di keliling mataku.Ohh tidak, aku resah plus gelisah campur pasrah.
Masalah seterusnya bila tak cukup tidur semua benda pun tak jadi.Memang big problem dah ni.Kalau kat sek time cikgu tengah mengajar, mulut aku ni sentiasa menguap je, tapi aku cover dengan tangan.Dan cuba untuk mengekalkan kesegaran kat muka aku.Tapi kepala aku ni dah terbayangkan katil siap bantal dengan selimut.Perghh sedapnya kalau dapat tidur..kan kan? Kadang-kadang aku berharap sangat yang aku ni tertidur lebih dari dua hari.Dengan harapan bila aku bangun, tak ada lagi istilah mengantuk dalam hidup aku.*Tinggi betul kau punya angan-angan. Ahh, tak mungkin semua tu akan terjadi.Sebab selama aku hidup ni pun, paling lama aku tidur cuma 7 jam je.Kalau ada kerja khusus yang memerlukan ketelitian, aku dapat tidur 5 jam je.Kejam bunyinya.
So untuk entry kali ni, aku nak share tips dengan semua follower dan pembaca blog ni.
Bagaimana Hendak Hilangkan Rasa Mengantuk
Aku dah try benda ni.Let's check it out.
So firstly benda yang harus dilakukan ialah cuba untuk tidur awal.Benda ni aku pernah try, tapi tak menjadi pun.Sebabnya bila aku cuba tidur pukul 10 malam, confirm tak lelap punya.Tak tahu kenapa? Why? Aku musykil ni.Pelik ah! Aku nak juga rasa tidur awal tapi tak boleh.Paling awal aku boleh tidur pun dalam pukul 11.50, tu paling awallah kiranya aku tidur.Baru-baru ni je aku tidur pukul 10.30, tapi mengantuk juga.Pening aku dibuatnya.
Next step, hampiri kawasan bercahaya.Okay, yang ni aku percaya.Dan aku pernah try sendiri.Berjaya beb! Thanks for the tips.Benda ni jadi masa kat sek, bila masuk lab untuk study science kita orang akan buka lampu sebab tak ada cahaya sangat.Memang berkesan, aku tak mengantuk pun.Yeah yeah, i like :) Tapi bila study subjek yang agak bosan, tak kira berapa teranglah lampu tu, berapa banyak mentol yang terpasang, mata aku tetap mengantuk.Hehehe,
Other than that, basuh muka. Eleh benda ni senang je.Ambil air percikkan kat muka, kalau mengantuk juga aku memang rendam je terus muka.Biar jadi jeruk.Hahaha, tapi benda ni memang berkesan lah.Aku berani cakap sebab aku pernah cuba.Even kalau malam-malam nak layan movie hantu, aku akan basuh muka dulu.Lepas tu letak mask Garnier.Segar rasanya.
Cara lain pula, dengan menggunakan wangian aromaterapi. You all boleh dapatkan benda ni kat Hinode.Macam-macam jenis wangian ada.Aku selalu guna yang bau bunga rose.Wangi betul, rasa macam duduk kat spa.
Yang ke-5 you all boleh dengar muzik atau radio.Bila rasa macam dah mengantuk tu, mainkan lah lagu kesukaan anda.Macam aku lagu yang aku rasakan sesuai untuk hilangkan ngantuk ialah lagu kartun.Yes betul, dan lagu most played aku ialah OST Doraemon.Opening theme tu.Confirm tak mengantuk punya.Sambil-sambil buat hw dalam bilik, layan sekali lagu Doraemon ni.Baru rasa ceria. :D
Aku pernah cuba benda-benda ni.Memang berkesan.Cuma yang tidur awal tu je tak berkesan kat aku.Even tidur awal pun, nanti aku akan mengantuk juga.Macam mana ni? Tak apa, yang penting tips yang lain berkesan kat aku.So harap-harap tips ni boleh membantu you all semua dari menghalang rasa mengantuk dari terus menular,hehehe.
Sampai sini dulu.
Selamat Berpuasa
Friday, 27 July 2012
Jam Baru..Nampak Cantik
Assalamualaikum
Hari ni genap 7 hari kita berpuasa..aku masih mampu nak tahan lapar dahaga.Walaupun kadang-kadang tu rasa macam..aduhh sakit tekak sebab tak minum air, bibir mula kering sebab tak minum air.Tapi tak apa, sudah kewajipan kita sebagai umat Islam untuk berpuasa.Tinggal berapa hari je lagi, lepas tu nak raya dah.Yeah!! Ni yang aku suka ni.Aku memang tak miss punya kalau beraya ni.Jadi sebab tu lah aku rasa macam nak beli jam baru sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang ke-17 dalam hidup aku ni.Kenapa raya beli jam? Ohh sebabnya adalah kerana jam aku memang magic.Aku baru pakai 8 bulan, kanta jam tu dah tercabut.Beli yang baru, kat Nose Boutique..hmmm hampeh sama juga.Pakai tak lama dah tertanggal kanta dia.Pelik sangat ni, semakin aneh aku rasa.Nasib baik kat dalam kelas aku ada jam.Laptop ada jam.Handphone ada jam.Astro ada jam.Bolehlah juga aku tengok waktu dah pukul berapa.Tapi alhamdulillah aku ada jam baru.Wehee, warna merah tapi aku suka warna pink.Huahua, virus pink gitu.Haa buat masa ni jam tu masih elok, berbaloi aku beli.Dapat juga membantu aku.Memang susah aku kalau tak ada jam.Rasa macam waktu tak bergerak,gelisah dibuatnya.
So nak dijadikan cerita tengah syok belek-belek majalah, tiba-tiba ternampak gambar-gambar jam.Memang lawa, ada diamond lip lap lip lap.Tapi aku tak minat sangat, tapi tapi kalkulator aku ada manik-manik tu,Agak gegirl kan, aku nak cabut nanti, terlampau bling-bling.Jam yang aku tengok tu memang lawa.Disebabkan tertarik dengan semua jam tu, terus aku buka website Coach nak tengok jam.Mana tahu ada yang berkenan di hati.Yes! Ada ada.Aku rasa jam ni memang cantik, sama macam jam aku yang pecah tu.
Perghh..terpikat hati aku tengok.Paling mengancam warna putih tu.Memang aku minat warna pink, tapi kalau jam, aku takkan pakai warna terang.kebanyakan jam aku warna hitam.Tapi entah kenapa, jam Coach putih ni cantik sangat.Tali getah dan tulisan Coach di keliling jam berjaya menambat hati aku ni.
Amboi, banyak betul model ni pakai.Tapi aku tak faham kenapa dia tulis
NEED A NEW boyfriend? pandai buat iklan nak tarik perhatian orang ramai.Ya aku akan anggap jam tu sebagai Boyfriend aku..hehe.Cantiknya yang warna putih tu,wow!
Okaylah, sampai sini dulu.Aku saja je nak share pasal jam ni. :D
See you later,
Selamat Berbuka Puasa.
Wednesday, 11 July 2012
11 July 2012
Assalamualaikum
Hai guys! So how are you doing? Hope you are in the pink of health okay.
I just got back after we finished the Annual Sports Day at AU2.I think this is the best activities after Merentas Desa.Actually I didn't participated at all masa sek kita orang buat larian ni, aku tak nak, malas nak lari..aku lagi suka bagi check point kat pelari tu.Ini tahun terakhir aku bertugas, ketua QM cakap, "thanks sangat-sangat sebab membantu dalam hal pengurusan hari sukan". Mestilah ini kerja yang paling best aku rasa, dapat pakai seragam QM warna merah sama-sama.Dapat makan sama-sama dengan semua QM dan cikgu-cikgu.Bergurau senda,gelak ketawa, senyum-senyum,angkat barang sama-sama..bestnya.Aku rasa nak terus kekal jadi QM even lepas aku habis sek nanti.
So dipendekkan cerita pagi tadi aku sampai kat padang AU2 tu pukul 7.01 minit pagi.Ambil kau, semangat aku nak bersukan.Semalam tak dapat tidur sebab excited nak bertugas jaga stop-watched hari ini.Sampai-sampai je rehat kejap kat bawah khemah.Tak ada benda nak buat, aku bergambar dulu.Simpan kenangan setelah 4 tahun aku berkhidmat dengan QuaterMaster ni. *Mak nak nangis, tak kira tahun depan aku nak beli juga baju QM yang baru.If boleh, sampai aku kerja pun aku still nak beli baju QM.Buat koleksi, biar penuh almari aku dengan baju Merah ni.
Kejap aku baru teringat yang aku belum habis edit gambar lagi.Lol, serious aku pelupa orangnya, haha.Tak apa, Insya-Allah aku habiskan kerja meng-edit tu malam ni.Ohh before that bila mula je perbarisan sampailah habisnya ucapan oleh Guru Besar sek, maka secara automatiknya, Sukan Tahunan sek aku dirasmikan.Aku rasa kat situ ada mood birthday party sikit, sebab ada belon.Banyaknya belon.Dengan pantas aku terus snap gambar tu.Weheee...
Aku semangat zoom kat langit, takut kalau tiba-tiba belon tu terbang jauh, rupa-rupanya dah siap ikat dengan tali, baru nak minta satu.Tapi tak apalah, balik dari padang tu aku beli belon sendiri.
Sampai sini dulu tau..nak iron baju sek dulu..hehe
by
Sunday, 8 July 2012
Nak Tulis Apa Ni??
Assalamualaikum to all my readers
^,^
Miss you sangat-sangat.Aku tak tahulah nak tulis apa untuk entry kali ni.Ada idea tak?Aku nak main game pun tak tahu nak main dengan siapa.Main dengan adik aku, memang berjanggut plus gugur baliklah kalau nak main dengan dia.Aku tengok adik aku ni memang kusyuk kalau dia tengah main PES 2011 dia tu.Sampai aku kat sebelah dia pun, dia tak sedar.Tau-tau je sofa dalam bilik dia dah bersepah, aku dah lipat-lipat bantal tu.Hahaha, kejam tak? *selang beberapa saat... "kejam",jawab adikku Ashraf tu.
Eh aku tak ada idea betul ni.Chopp! Ahha, aku tau.Kita cerita pasal Hari Raya Aidilfitri nak.Even puasa pun belum, tapi semangat raya aku ni dah berkobar-kobar jadinya.Tambah pula mak aku dah tanya, tahun ni baju raya nak warna apa.Tapi dalam kepala aku time tu hanyalah, rendang,ketupat,sambal udang, paling-paling aku tunggu Duit Raya.Dapat duit raya dari parents aku, memang terus simpan dalam purse, standby sebelum keluar shoping.Selalunya aku just beli barang-barang korea dan jepun je.Sometimes aku beli makanan macam coklat,sweets,potato chips*yeah my fav .
Kalau balik kampung untuk raya, tempat yang paling best untuk dilawat ialah sawah padi.Fuhhh kalau pergi sini rasa macam berlakon drama cinta-cinta je.Huahuahua. Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa, meniup menyapa tubuhku yang sedang berdiri menungkan sesuatu. *Macam ayat untuk karangan bm UPSR aku je.Okayla tu, inspirasi dari novel, hehehe.
Ni je ke yang aku nak tulis, macam bosan je.Jap-jap fikir lagi.Aah la, memang ni je yang aku boleh tulis pun, tak ada idealah, Buntu kepala fikiran aku.
Sampai sini je la dulu.
See you later guys.
By,
Sebelum tu nak ucap
Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya Aidilfitri
Friday, 29 June 2012
Kentang Lecek Ala KFC
Assalamualaikum
Ok untuk entry kali ni aku nak share resipi untuk masak
KENTANG LECEK ALA KFC
Dua hari lepas, aku duduk rumah tengok cerita apa entah, tengah syok layan movie tu, tiba-tiba perut aku ni buat hal pula.Dia minta makanan untuk memenuhkan tangki perut aku ni.Aku off tv pergi dapur, buka peti sejuk nak cari makanan apa yang aku rasa sedap.Tengah sedap mata melilau cari makanan, tiba-tiba aku terpandangkan buttercup, cuba teka aku nak buat apa.Confirm aku tak buat roti gula punya.Tapi otak aku lebih terarah kepada kentang lecek KFC.Disebabkan aku malas nak keluar pergi KFC setiawangsa, maka 6 biji kentang mak aku menjadi mangsa kepada Cik Syahirah Mulberry.Hehehehe *ketawa ala ahli sihir gitu.
Resipi, lets check it out!
Untuk membuat kentang lecek, bahan-bahannya ialah
- 6 biji kentang *yang ni aku masak cukup untuk 3 orang
- 1 sudu besar garam untuk dimasukkan bersama kentang sewaktu direbus bersama 2 liter air
- 1 sudu besar buttercup *ni untuk letak lepas kentang sudah siap dilecek
Untuk membuat sosnya pula, bahan yang diperlukan
- 2 sudu besar marjerin * aku guna Planta
- setengah cawan tepung gandum *kalau nak lebih pekat tambahkan lagi tepung (aku tak tau macam mana tiba-tiba ada line putih ni)
-lada hitam 4 sudu besar *kalau nak kurang pedas, gunakan 2 setengah sudu
-setengah kiub ayam maggi
- satu sudu kecil ajinomoto, untuk tambah perasa *kalau tidak menggunakan ajinomoto pun tak apa, kerana rasa masih sedap.
- air masak lebih kurang 600 ml *kalau nak kurang pekat tambahkan lagi air, kalau nak lebih pekat kurangkan air
Okay, ni cara-cara untuk memasak sos kentang ni.
1 - Cairkan planta yang dipanaskan di dalam non-stick pan, *selalunya aku guna dalam periuk, senang nak mix bahan-bahan tu nanti.
2 - Masukkan tepung gandum gaul hingga sebati, pastikan api sentiasa kecil, untuk memudahkan tepung ni dimasak dengan sempurna.
3 - Setelah beberapa minit, bila you all tengok tepung tu dah berwarna emas, masukkan air masak yang 800 ml tu sedikit demi sedikit, gaul perlahan-lahan untuk mengelakkan tepung tadi berketul.Tekan tepung tu dengan senduk supaya rata.
4 - Bila dah pekat, cepat-cepat masukkan kiub ayam dan ajinomoto.Jika anda rasa kurang masin, tambahkan sedikit garam.
5 - Masukkan lada hitam bila sos tadi dah mendidih, gaul hingga rata.
6 - Tunggu dalam 2 minit, tapi sentiasa kacau.Then dah siap, boleh dituangkan ke dalam mangkuk.
Untuk kentang tadi pula, buang air rebusan.Masukkan ke dalam mangkuk dan anda lecek sehingga betul-betul hancur.Jika anda dapati yang kentang tu macam sedikit kering, tuangkan 2 sudu air masak.Masukkan buttercup tadi untuk menambahkan lagi rasanya.
Now kentang dan sos dah siap.Aku pun terus letak dalam piring, tak sabar nak makan, setengah jam aku duduk kat dapur masak benda ni.
Taraaa...dah siap, sedap.,
Emmm, menyelerakan, sedap betul aku masak.Hahaha, kita boleh menikmati ni sambil menonton tv, ataupun sewaktu minum petang.
Selamat mencuba..
Okay, jumpa lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)